Cerita hantu di KK1, UM (ii)

.... Al-kisah di KK1 @ ASTAR UM... Jeng jeng jeng...

Sewaktu Muthiah berada di semester pertama, tahun satu. Muthiah sebilik dengan Kak Ida dan Kak Nie di blok C (rasanya blok C: blok di atas dewan makan). Lazimnya, sebelum azan Subuh... Muthiah dan Kak Ida akan turun bersama-sama ke surau yang terletak di blok D (sebelah asrama pelajar lelaki).

Hendak dijadikan cerita, satu hari Muthiah terjaga awal daripada tidur. Muthiah sangka Muthiah telah lewat kerana lazimnya, Muthiah akan bangun sendiri, tanpa dibangunkan oleh alarm handphone Muthiah atau jam loceng Kak Ida. Akan tetapi, hari tersebut... tidak terjaga pula. Jadi, tanpa lengah... bangun sahaja daripada tidur, Muthiah segera bersiap-siap untuk ke surau. Muthiah biasa ambil wuduk di dalam tandas sebelah surau. Muthiah mengejut Kak Ida tetapi Kak Ida minta Muthiah pergi dahulu.

Muthiah pun pergi... sesampainya di surau... Huhu... jarum jam belum lagi sampai ke angka 5.00, terlebih awal pula Muthiah. Kemudian, Muthiah membuat apa-apa yang patut sementara menunggu pelajar siswa (atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz datang azan Subuh).

Tiba-tiba... bulu roma Muthiah rasa meremang. Tidak ada yang perlu ditakutkan sebenarnya (tetapi takutlah juga... sunyi). Tunggu Kak Ida, tidak sampai-sampai. Tunggu ustaz-ustaz, pun tidak datang. Terasa begitu lambat masa berlalu.

Huhu... tap tap tap... bunyi seperti orang berjalan di tepi surau (arah sebelah gimnasium). Muthiah sangka, Kak Ida telah tiba. Lazimnya, kalau Muthiah turun ke surau dahulu, Kak Ida akan menyusul tidak lama kemudian. Namun, tunggu punya tunggu, Kak Ida tetap tidak memunculkan diri. Apa lagi... semakin kecut perut Muthiah.

Apa yang Muthiah buat???? Hehe... Muthiah sujud, tidak bangun-bangun... sampai Kak Ida sampai. Itupun agak lewat. Ustaz-ustaz pun tiba lewat. Muthiah??? Hanya Tuhan yang tahu perasaan Muthiah.

Keesokannya, Muthiah bertanya kepada Kak Ida, "Kenapa turun lambat?" dan Muthiah menceritakan apa yang berlaku. Hendak tahu apa jawapan Kak Ida? Katanya, ia terdengar bunyi anjing menyalak, menyebabkan ia membantutkan diri untuk turun awal ke surau.

Selepas itu, Muthiah tidak lagi turun terlalu awal ke surau. Agak-agak sebelum masuk waktu, baru Muthiah turun.


Muthiah : Kadang-kadang, kita diuji tatkala mahu mendekatkan diri dengan Pencipta. Bilamana kita berjaya melepasi ujian tersebut, kemanisan pasti kan dapat dirasai....

Suka Casper... tidak suka pengundi hantu...
Labels: | edit post
0 Responses