Cerita hantu di KK1, UM (i)


Assalammualaikum. Apa khabar semua. Ada sihat? Muthiah, 'ala kullihal Alhamdulillah. Syukur kerana dikurniakan nikmat yang tidak terhitung banyaknya. Hmmm... kita sering kali melihat sesuatu yang kita tidak dapat/ miliki. Bukan itu sahaja, kita juga sering mengenangkan sesuatu yang mendukacitakan/ menyakitkan hati. Kita mungkin lupa untuk mengingati segala apa yang sudah menjadi milik kita (sementara) dan kita mungkin teralpa untuk mengenang kembali sesuatu yang menggembirakan. Fikir-fikirkan...

Semalam, Muthiah YM dengan seorang teman akrab. Dia masih di pejabat, menyiapkan tugasan yang telah diberikan kepadanya.

Muthiah : Aku rasa macam nak tumbuh tanduk kat kepala aku.
Sahabat : Nape?
Muthiah : Mu nak tahu ke? Kalau mu nak tahu, aku khabor la.
Sahabat : Weh, aku tengah buat kerja ni. Mu tahu, tadi ada orang jenguk kepala. Rupa-rupanya, guard.
Muthiah : Mujur Pak Guard. Kalau orang tanpa kaki????
Sahabat : Weh, bengong mu.

Hahaha...

Muthiah pun menceritakan perbualan ini kepada suami. Suami cakap, Muthiah ada niat hendak mengusik orang sedang diri sendiri 2x5, jawabnya 10 ~ PENAKUT. Tetapi, Muthiah jawab dalam hati sahajalah.

Hmmm... Muthiah bukan hendak bercerita tentang kisah sahabat Muthiah dengan lelaki tanpa kaki di pejabatnya. Muthiah ingin berkongsi satu pengalaman yang agak menakutkan bagi Muthiah tetapi mungkin tidak bagi mereka yang kuat jati diri.

Namun, sebelum itu... Muthiah ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat tentang kriteria yang perlu dimiliki oleh seorang Muslim, yakni SALIMUN AQIDAH (aqidah yang selamat):

1- Tidak meruqyah kecuali dengan ayat Al-Quran yang ma'tsur.
2- Tidak berhubung dengan jin.
3- Tidak meminta tolong kepada orang yang berlindung kepada jin.
4- Tidak meramal nasib dengan melihat tapak tangan.
5- Tidak berjumpa dengan dukun atau peramal.
6- Tidak meminta berkah dengan mengusap-usap kuburan.
7- Tidak meminta tolong kepada orang yang telah mati.
8- Tidak bersumpah dengan selain daripada Allah.
9- Tidak tasya'um (merasa sial apabila melihat atau mendengar sesuatu).
10- Mengikhlaskan amal kerana Allah.
11- Mengimani rukun iman.
12- Beriman kepada nikmat dan seksa kubur.
13- Mensyukuri segala nikmat Allah.
14- Menjadikan syaitan sebagai musuh.
15- Tidak mengikut langkah-langkah syaitan.
16- Menerima dan tunduk secara penuh kepada Allah.


Jadi, sebenarnya tidak ada apa yang perlu ditakutkan melainkan Allah.

Alamak, macam panjang pula. Kita sambung kisah KK1 esok, ya ;)

Muthiah : Kadang-kadang berani, kadang-kadang takut.

Rujukan Buku (tentang kriteria seorang Muslim) : Manajemen tarbiyah anggota pemula - DPP Partai Keadilan Sejahtera
Labels: | edit post
0 Responses