Personaliti Diri
Wednesday, November 18, 2009
Assalammualaikum.
Apa khabar? Hmmm… Muthiah baru membereskan sedikit kerja, Alhamdulillah. Sekarang, mahu berehat sambil menonton CD Brightgirl. Jam 11.00 nanti ada urusan lain pula, insya-Allah.
Pagi tadi, Muthiah terbaca sebuah majalah. Hmmm… tentang rahsia personaliti diri. Jom kita kutip sedikit info…
PERSONALITI PERIANG
1-Selesa berada di dalam kelompok orang ramai dan berasa seronok bertemu dengan orang lain.
2-Lebih suka berhubung dengan dunia luar berbanding dengan dunia sendiri.
3-Lebih suka berbincang daripada membuat keputusan sendiri.
4-Lebih banyak bercakap daripada mendengar.
5-Berkebolehan menganalisis.
6-Gemar dengan aktiviti keramaian.
7-Happy go lucky.
PERSONALITI PENDIAM
1-Lebih suka menyendiri.
2-Sanggup melakukan apa sahaja menjayakan apa-apa yang disukai.
3-Mudah berasa diketepikan dalam keramaian.
4-Lebih suka berfikir dan mencari penyelesaian yang dihadapi bersendirian.
5-Menjadi pemerhati dan berfikir lama sebelum melibatkan diri dengan seseorang/ sesuatu.
6-Seorang pendengar yang baik, kurang gemar dipuji dan tidak suka berbual/ mencapuri urusan orang lain.
Mana satukah personaliti diri kita? Apapun, yang paling penting … elakkan diri daripada menjadi seorang yang menyakiti hati orang lain, tidak kira melalui kata-kata kita… tindakan/ perilaku kita… mahupun tanggapan kita.
Muthiah : Kadang-kadang macho...kadang-kadang bagai KANAK-KANAK RIBENA…