Belajarlah untuk...
Monday, November 02, 2009
Assalammualaikum… apa khabar? Hmmm… Muthiah sudah mengantuk tetapi bilamana memikirkan banyak perkara yang perlu dilakukan pada waktu pagi… Muthiah gagahkan diri untuk menulis. Bukankah… Power Rangers? Apa punya mengarut daaa…
Baru-baru ini, seorang adik ber ‘YM’ dengan Muthiah. Adik kesayangan Muthiah ini masih belajar… ‘Selamat Maju Jaya, Adikku…’
Ia bertanya…. “Bagaimana hendak bayar tunggakan CELCOM Postpaid?” – terbergayut lebih gamaknya. Apapun, insya-Allah… kalau untuk tujuan yang bermanfaat… tidak ada salahnya. Kalau tidak ! Jangan bimbang… kadang-kadang kita TERLUPA dan TERALPA. Bilamana sudah menyedarinya…. Kita koreksi kembali dan insya-Allah… kita pasti boleh menjadi lebih baik daripada sebelumnya.
Setelah memberitahu apa-apa yang Muthiah tahu, Muthiah pun bertanya, “Kenapa tiba-tiba?”
Jawabnya… “Over budget… kena tunggu pinjaman PTPTN masuk pada semester hadapan, baru bayar tunggakan tersebut.” Alhamdulillah… sikap TANGGUNGJAWAB yang harus dipuji. Kenapa???
1-Mungkin telah tersilap (dalam membuat penghitungan) dan yang paling utama, TELAH SEDAR daripada kesilapan tersebut.
Muthiah pun banyak buat silap dalam membuat tindakan!! Namun, belajar…
2-Punya rasa TANGGUNGJAWAB dalam diri.
Mahu melunaskan hutang tersebut sendiri. Sebenarnya, ada cara jika mahu mengambil jalan mudah. Biarkan terus tertunggak. Kemudian, hehe… bil sampai ke rumah. Serahkan pada ibu dan ayah. Masakan mereka sanggup melihat anak kesayangan mereka dilanda masalah? Kan untung sebegitu tetapi baguskah kalau bersikap sedemikian?
…. “Kenapa over budget?” – Tanyakan pada diri ; Terpaksa, perlu, tidak cukup, cuai dan lain-lain.
…. “Silap strategi dalam menguruskan kewangan…” Biasalah… kadang-kadang kita tersilap… acap kali juga kita tersalah. Lebih-lebih lagi bilamana tidak ada siapa yang mahu mengingatkan. Tambahan pula, ada sahaja insan yang sudi cover line atau menyelesaikan permasalahan yang kita hadapi namun sampai bila??? [Hendak memotivasi diri untuk lebih berdikari sebenarnya ;)].
Kalau sudah tersilap… hendak buat macam mana? Jadikanlah pengalaman itu sebagai satu pengajaran yang paling bermakna. Jom sama-sama belajar (huhu… Muthiah lagi-lagilah kena belajar sebab … bekerja sebagai Pengurus Kewangan Syarikat : MRS.A Sdn. Bhd.).
1-Tengok kemampuan bilamana hendak membeli atau mendapatkan sesuatu. Kita ada RM100, mampukah kita membeli telefon bimbit yang berharga RM1,000? Hehe… minta dengan emaklah. Mungkin kita sudah terbiasa dimanjakan sedari kecil namun cubalah sekali-sekala berdiri atas kaki sendiri. Kalau duit poket sebulan RM500, atur perbelanjaan agar duit tersebut mencukupi sehingga akhir bulan (ada hal kecemasan, lain cerita). Katakan boleh, insya-Allah boleh!!
2-Bilamana hendak membeli-belah, senaraikan keperluan utama yang hendak dibeli. Jangan main ambil sahaja. Mula-mula nikah, Muthiah selalu tulis senarai barangan yang hendak dibeli di dalam kepala sahaja. Namun, suami berpesan agar menulis di atas kertas (baru tidak lupa/ tersasar). Awalnya, Muthiah bawa senarai yang ditulis dalam buku lejar. Kemudian, tukar buku tulis dan kini… senarai barang yang hendak dibeli… Muthiah tulis dalam buku kecil. Bukankah ada peningkatan begitu? Dan pasti, Muthiah juga belajar daripada kesilapan dan bersedia untuk menerima teguran.
3-Jangan terpedaya dengan… ‘Sale!!!’ ‘Jualan Murah’…. Kadang-kadang, kita terlebih belanja tatkala berada di tempat-tempat sebegini.
Hmmm… jam menunjukkan pukul 11.00 malam. Ingin beransur dahulu. Apapun, marilah sama-sama kita belajar untuk menguruskan wang secara bijak…
….
Jom semak. Bilakah kita mahu bermula???
1-Sewaktu belajar… sekurang-kurangnya, kita sudah BERMULA. Salah, boleh belajar dan terus belajar.
2-Sewaktu bekerja…
3-Sesudah berumahtangga… boleh dikatakan kemuncak sebab waktu ini kita yang akan menjadi ‘pengurus’.
Semuanya memerlukan kebijakan kita dalam menguruskannya.
Muthiah : Walaupun perlu bijak menguruskan wang… jangan sampai kita menjadi seorang yang kedekut… sukar untuk mengeluarkan duit untuk membelanja/ membantu orang lain - dengan alasan - kena 'jaga bujet'. Insya-Allah, bilamana kita melakukan sesuatu kerana Allah… pasti Dia akan memudahkan jalan kita.