Pengurus Rumah VS Cicak...
Saturday, November 14, 2009
Titipan buat sang cicak,
Argh!!! Cicak oh cicak kau sangka aku makcik cleaner? Kau ingat kerjaku membuang tahimu yang hitam putih? Berani sungguh kau buat hatiku panas, bikin jiwaku jadi gila. Kau memang tidak punya rasa, tidak milik hati dan perasaan. Sampai hati kau kotori lantai rumah yang baru sebentar tadi aku mop. Engkau fikir ‘Kiwi Kleen’ floor cleaner itu aku beli semata-mata membersihkan sisa buanganmu?
Cicak… aku tahu telapak kakimu punya rerambut halus membolehkan engkau memanjat dan bersembunyi. Dengan itu, bolehlah engkau mencari rezeki, entah halal entahkan haram tetapi engkau apa peduli. Yang penting, perutmu mesti diisi. Tanpa rasa bersalah, engkau bermain kejar-kejar di atas hidanganku. Bukan itu sahaja bahkan tanpa rasa sesal kau kotori minum petang yang telah kusediakan buat suamiku. Engkau memang tidak berhati perut. Ah, dasar engkau seekor binatang yang bernama cicak.
Cicak… tahukah engkau makna syukur? Dengan kata lain, tahukah engkau erti terima kasih? Tuhan yang Maha Tahu itu lebih arif tentang dirimu. Agar engkau tidak terkapai-kapai sendiri, dikurniakan kelebihan buatmu. Engkau mungkin tidak boleh terbang menerkam mangsamu tetapi engkau boleh sahaja menggunakan lidahmu yang panjang serta matamu yang tajam. Untuk apa? Renungkan sendiri wahai cicak. Rezekimu ada di hadapan mata namun yang tetap menjadi persoalan dalam mindaku, kenapa engkau masih suka bermain sorok-sorok di atas hidanganku?
Tuhan mengurniakan engkau kelebihan yang tidak dimiliki oleh kucing, tikus dan burung tetapi kenapa engkau tetap mahu memungkiri-Nya? Bukankah sebagai khalifah di atas muka bumi ini engkau harus : 1- Mengabdikan diri kepada Tuhanmu; 2- Mengajak manusia lainnya kepada Pencipta; dan 3- Memakmurkan alam namun sewenang-wenangnya engkau melupakan amanah itu. Suka benar engkau mencacatkan alam ini dengan tahi hitam putihmu.
Eh, aku tersilap. Engkau bukan manusia yang dicipta Tuhan sebagai khalifah. Engkau hanya seekor cicak yang menjadi musuh ketatku. Bukan aku sahaja bahkan setiap manusia lain yang menjawat jawatan sepertimana diriku. Engkau tidak bertanggungjawab menjaga bumi ini kerana engkau hanyalah seekor binatang reptilia, berdarah sejuk dan membiakkan keturunanmu di merata-rata tempat. Tidak kira sama ada di bawah sofa yang baru aku import dari Itali, almari pakaian yang baru semalam aku beli di Ikea dan banyak lagi tempat privasiku menjadi mangsa keganasan dan kerakusanmu. Habis harta-hartaku dikotori telur-telur putihmu.
Cicak… apa kata kita membuat perjanjian MOU? Engkau dibenarkan menduduki kediamanku tetapi dengan syarat: 1- Engkau harus mematuhi undang-udang yang telah ditetapkan olehku; 2- Engkau perlu membuang najismu di luar kediamanku; dan 3- Jangan sekali-kali kau menghampiri hidanganku, tidak kira sama ada hidangan itu masih baru atau telah terperap di dalam almari lauk berhari-hari lamanya. Ada setuju? Aku tidak ada sebarang kompromi dan jika engkau menolaknya, nyahlah engkau dari sini. Aku tidak mahu memandangmu dan aku tidak sanggup menjadi kuli batakmu yang tidak kau bayar gaji walau setengah sen pun.
Sebentar wahai cicak… perjanjian yang kucadang sebentar tadi aku tarik balik. Sukar untuk mempercayai ketulusanmu. Mana tahu engkau sebenarnya merupakan pengikut setia kaum Quraisy yang melanggar perjanjian Hudaibiyah. Tanpa berfikir panjang, perjanjian yang dimateri bersama Rasulullah dikhianati bulat-bulat. Mereka lupa bahawa perancangan busuk dan kotor mereka sama sekali tidak dapat melawan perancangan yang telah ditetapkan Tuhan-nya. Aku takut engkau pun begitu. Bukankah lidahmu bercabang, bisa sahaja engkau membohongiku. Jadi, apakah solusi yang paling cocok untuk menyelesaikan persengketaan antara kita?
Apa lagi yang boleh aku katakan? Blur… lidahku kelu tidak mampu berbicara. Baru sebentar aku terpijak tahi hitam putihmu. Cicak!!!! Lekatkanlah tubuhmu di mana sahaja dalam rumahku tetapi jangan sekali-kali kau menghamburkan najismu. Dasar pengotor dan binatang keji! Aku geli, bisa sahaja buat aku termuntah dan tidak berselera untuk makan tetapi perutku meronta-ronta mahu diisi. Cicak oh cicak, kau miliki daya lekatan tahap nano… itu aku tahu namun usahlah engkau menyalahguna kelebihan Tuhan kepadamu dengan menimbulkan amarah dalam hatiku. Hatiku bukan sahaja menggelegak tetapi suhunya sudah meningkat sehingga 200 darjah celcius. ‘Panas panas panas’, bak kata Iffa Raziah dalam lagu dandutnya.
Aku letih… senarai tugasan harianku padat. Seawal 6.00 pagi, aku sudah memulakan kerjaku. Ke sana ke sini aku melangkah, kadang-kadang membuatkan aku capek. ‘Capek bangat sik…’ Kemudian, nafasku bergerak laju. Satu… dua… tiga… empat!!! Engkau bukan sahaja membuang tahi hitam putihmu di atas lantai rumahku tetapi tanpa rasa belas dan ehsan, kau kotori minuman yang baru sahaja aku sediakan. Tahukah engkah berapa mahal harganya susu dan Milo hari ini? B dot N bersamaan Barang Naik… harga minyak naik namun gaji suamiku tidak naik-naik. Lantas, aku kira engkau boleh fikir sendiri betapa luluhnya hatiku tatkala melihat tahi hitam putihmu di dalam cawan kaca milikku. Itupun yang aku beli di Langkawi.
Argh! Aku masih belum berpuas hati. Cicak oh cicak… apa salahku sampai kau sanggup khianati aku? Aku tidak pernah mengganggu habitatmu. Rumah ini suamiku beli dengan keringatnya. Ia tidak merompak hasil usahamu. Ia juga tidak pecah amanah, aku tahu ia masih takut pada Tuhan dan hari pembalasan. Itu aku pasti dan engkau perlu sedar bahawasanya aku sama sekali tidak menyusahkan hidupmu. Mana pernah aku merampas mata pencarianmu. Jadi, buat apa engkau mahu sakit hati kepadaku. Seharusnya, akulah yang marah, akulah yang benci. Tidak pula aku membuang najisku di kediamanmu. Perlu diingat, najisku lebih busuk daripada tahi hitam putihmu. Bukan sahaja berwarna hitam tetapi kuning, coklat dan jingga… kadang-kadang berwarna merah dengan bauan yang sungguh hapak.
Entahlah cicak. Ikut hati, mahu sahaja aku membunuhmu. Lagipun, aku pernah terbaca sesungguhnya Saad bin Abi Waqqas menyebut bahawasanya Rasulullah SAW menyuruh membunuh cicak malahan menyatakannya sebagai binatang kecil penyeleweng (HR Ahmad dan Muslim). Namun, bila sahaja aku mengancammu dengan segera engkau memutuskan ekormu membuatkan aku kaget sehingga bulat mata biruku. Waktu itu, cepat-cepat engkau berlari menyelamatkan nyawamu yang sama sekali tidak punya harga. Bijak sungguh engkau menipu aku.
Hmmm… sudah tiba masanya aku menyambung tugasanku. Sebelum itu, ingin aku perkenalkan diriku kepadamu agar kau ingat sampai akhir hayatmu. Cicak yang kurus kering, tahukah engkau siapakah aku? Aku adalah seorang pengurus. Maka, kerjaku banyak dek posisi yang kusandang. Aku sudah tidak larat memikirkan dirimu yang sama sekali tidak kuundang hadir dalam hidupku. Lantai rumah belum kusapu, baju seluar belum kubasuh, hidangan tengah hari belum kumasak… sudah dapat tangkap jawatan yang aku sandang? Ya, akulah si Pengurus Rumah.
Sekalung kasih wahai Pengurus Rumah, (bicara sang cicak kubing bertahi hitam putih)
Syukran jazillan kerana prihatin terhadap kehadiranku. Aku kira, badanku yang kecil pasti tidak diingati siapa-siapa tetapi rupanya menjadi perhatian dirimu yang begitu tinggi tempat dudukmu. Terima kasih kembali kerana arif tentang keturunanku sedang aku sendiri tidak pernah ambil peduli, sepertimana yang dikatakan olehmu.
Aku tahu, tahi hitam putihku merunsingkan dirimu. Membuatkan tidurmu tidak lena, makanmu tidak lalu, mandimu tidak basah. Aku tahu semua itu dan aku mengerti derita yang engkau tanggung. Namun, ingin kunyatakan di sini bahawa ‘AKU ADALAH AKU’. Aku hanyalah seekor binatang dan akalku terbatas untuk menyelami isi hati tulusmu.
Maafkan diriku wahai Pengurus Rumah. Entah kenapa, entah mengapa hidanganmu menarik perhatianku. Kucuba sedaya upaya untuk menjauh tetapi kaki kecilku tetap mahu menghampirinya. Semakin lama semakin dekat dan akhirnya, aku sampai padanya. Wah, hebat sungguh skill masakanmu sehingga membuatkan aku cemburu. Engkau tahu, aku tidak punya tangan untuk menanak nasi buat teman mengawanku. Justeru, aku melangkah dan mencari-cari rezeki yang ditetapkan Tuhan untukku.
Syukur? Ha ha ha… engkau Pengurus Rumah yang tidak tahu bersyukur atau aku seekor binatang? Sepatutnya, engkau harus berterima kasih kerana aku hanya meninggalkan buah tangan berbentuk bujur yang kau namakan sebagai tahi hitam putih buatmu, bukan peluru bukan bom yang bisa memusnahkanmu. Menghancurkan jasadmu satu persatu tinggal abu. Kemudian, tidak ada sesiapa yang mampu mendakwaku. Engkau tahu mengapa? Inilah kelebihanku dilahirkan sebagai seekor cicak yang pastinya tidak akan dipanggil di court pengadilan. Jadi… mana satu pilihanmu? Tahi hitam putihkah atau peluru dan bom mortar?
Hai Pengurus Rumah… baru sedikit engkau sudah melatah. Baru dicuit engkau hilang pertimbangan. Sanggup pula engkau membaziri masamu menulis coretan buatku sedang aku sama sekali tidak memahaminya. Kalau faham sekalipun, bak kata cikgu Bahasa Melayu di kelas darjah enam, ‘Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri’. Jadi, kan lebih baik jika masa yang ada engkau gunakan sebaiknya dengan bertadarus, berzikir mengingati Tuhan. Tahi hitam putihku engkau boleh biarkan atau minta sahaja suamimu membereskannya. Jika dia tidak mahu, izinkan aku menggelakkanmu sepuas hatiku. Ha ha ha… engkaulah manusia yang sering lupa.
Aduhai khalifah… tazkirah ini paling sesuai kau hayati di dalam hatimu, bukan kepada aku seekor binatang. Aku bukanlah khalifah dan aku hanyalah hamba Allah yang nakal tetapi tidak jahat. Bagaimana dengan dirimu? Sudahkah engkau melaksanakan amanah sebagai khalifah di atas muka bumi ini? Jika tidak, tergolonglah engkau bersama-sama orang munafik. Bukankah ustaz di surau belakang rumahmu ada menyebut, ciri-ciri si munafikin ada empat: 1- Apabila ia bercakap, ia dusta; 2- Tatkala ia diberi amanah, ia khianat; 3- Bilamana ia berjanji, ia mungkiri; dan 4- Ketika ia berkelahi, ia melampaui batas…
Jom kita koreksi diri. Bagaimana pengabdianmu kepada Tuhan wahai Pengurus Rumah? Mahu aku coretkan di sini satu-satu? Solatmu tidak khusyuk dan puasamu tanpa penghayatan. Engkau berpuasa di pagi hari tetapi malamnya engkau menjadi sahabat akrab buat sang iblis. Begitu banyak hidanganmu namun yang kau sentuh hanya satu. Akhirnya, tong sampahlah menjadi teman setia sisa-sisa makananmu. Aku sendiri tidak sanggup menjamah hidangan yang turut sama dijamah oleh musuh Tuhan-mu.
Itu baru pengabdian, bagaimana pula dengan perananmu sebagai pendakwah? Bukankah setiap manusia itu berperanan mengajak manusia lainnya kepada Tuhan? Sehari-hari, kerjamu bermula seawal 6.00 pagi, berakhir pula jam 12.00 malam. Kadang-kadang, engkau OT (over time). Namun, 18 jam itu tidak kau gunakan sebaiknya untuk bertemu dengan mad’u-mu yang boleh kau ajak mereka kepada Tuhan. Engkau begitu sibuk dengan urusan duniamu sedang engkau tahu lagi pasti bahawa hidup itu kawannya mati. Sambil tersenyum, engkau berasa bangga kerana berjaya menjadi Pengurus Rumah terbaik di abad ini tetapi tidak pula engkau tersenyum dek kejayaanmu membawa mereka yang sesat ke dalam cahaya. Hai Pengurus Rumah, sedarlah engkau dari lenamu. Aku khuatir engkau terlena tidak bisa bangkit lagi.
Pengurus Rumah! Kenapa matamu merah? Maafkan aku kerana berterus-terang… baik, aku tidak akan bermuhasabah perihal perananmu sebagai sang khalifah. Kita melangkah ke diskusi baru. Ada setuju? Ha ha ha…kini tiba pula giliranku membasuh, mencuci pemikiranmu. Kan bagus jika engkau sendiri berusaha sedaya upaya untuk tazkiyah dirimu.
Tahiku hitam putih. Kotor, jijik lagi menjelikkan tetapi engkau lagi kotor, lagi jijik dan lagi jelik. Nasi yang engkau suap entah bersih entah kan tidak tetapi baru-baru ini, seorang lelaki tua bersongkok hitam datang menemui suamimu. Untuk apa? Jangan engkau terkejut! Dari bawah meja lelaki itu menghulurkan ringgit sebanyak RM100,000. Katanya, tidak mahu suamimu bertanding dalam jawatan itu. Jawatan apa, aku sendiri tidak pasti cuma… aku yakin lagi pasti bahawasanya lelaki kesayanganmu itu sudah hilang harga diri.
Jadi, siapakah yang lebih jijik? Aku sama sekali tidak pernah menerima uang sebegitu banyak daripada siapa-siapa. Aku sedar siapalah aku… hanya seekor cicak yang ingin menumpang di rumah besarmu. Entah dari mana suamimu mendapat uang membinanya, aku sendiri tidak pasti namun melihatkan situasi baru-baru ini, tidak mustahil andai mahligai ini dibina menggunakan uang gelapnya.
Aku, walaupun hanya seekor cicak yang bertahi hitam putih masih punya maruah dan harga diri. Mana mungkin aku mengaibkan seluruh kerabatku demi mencapai cita-cita menjadi sepertimu… punya mahligai indah, punya harta yang melimpah ruah. Kiranya, hanya engkau yang memiliki harta sebanyak itu di daerah sepi ini. Mereka? Ah, hendak mengisi perut pun keringat menyimbah, inikan pula ingin mendapatkan sesuatu yang begitu mahal harganya.
Ha ha ha… sudah terdiam wahai Pengurus Rumah? Selayaknya engkau menjadi kuli di rumah kerana akalmu cetek. Engkau juga gagal menilai kejelikan insan yang berada begitu hampir denganmu. Mungkin sahaja matamu sudah dibutakan dengan emas dan permata tetapi aku tidak peduli… yang penting usah lagi engkau membebel kepadaku kerana aku sudah bosan. Aku sudah bosan dengan kebencianmu yang tidak berpenghujung.
Oh ya, si kuli di rumah. Bukankah gelaran ini lebih cocok denganmu? Engkau hanya pandai dan arif menggunakan mop dan penyapu namun engkau tidak bijak menganalisa sesuatu di hadapanmu. Seorang pengurus bukan sahaja perlu pandai mengurus tetapi perlu cerdik dalam melihat sesuatu, yang tersurat lagi tersirat. Seandainya suamimu pulang dengan uang berjuta, dia pula hanyalah seorang pekerja biasa, kerahlah otakmu untuk mencari kebenarannya. Jangan engkau malas, jangan tidur!
Huahhhh… aku sudah mengantuk. Izinkan aku pergi dan usahlah engkau mencari-cari kelibatku. Biarlah aku dan keturunanku hidup damai di sini. Tahi hitam putihku, engkau anggap sahaja seperti emas dan permata yang tidak engkau kehendaki. Cuma satu pesanku, muhasabahlah selalu. Hentikan menuding jari kepada makhluk lain kerana ada empat jari setia menuding ke arah dirimu. Sayonara hai Pengurus Rumah… eh silap, hai si kuli di rumah.