Naik bas dahulu...


Inilah ungkapan kata-kata yang diucapkan oleh seorang tauke kepada suami Muthiah. Isunya… perihal wanita yang ‘ter’ mengandung dahulu sebelum menjadi isteri yang sah (dari kalangan bukan Melayu dan BUKAN beragama ISLAM. Kalau terjadi kepada mereka yang beragama ISLAM??? [Ada… tidak percaya? Bacalah akhbar :( ] Huhu… nauzubillah..).

Tambahnya, “Sekarang… dalam 70% pemuda/ pemudi memilih gaya hidup sebegini.” Dari mana sumber itu perolehi, Muthiah tidak tahu. Entah betul, entahkan tidak.

Kemudian, tauke ini berkata lagi, “Biasalah… mula-mula, naik bas. Kemudian, baru bayar…”

Hmmmm….

Bas apakah yang kita naik… duduk/ berdiri dahulu sebelum bayar?

a)RapidKL
b)RapidPenang
c)Metro …. Bla bla bla…


Muthiah nyatakan setakat yang Muthiah tahu/ ingat.

Biasanya… bagi yang menggunakan kenderaan awam seperti bas contohnya…

a)Perlu keluar awal dari rumah … kalau tidak, huhu terpaksa berada di barisan belakang (bagi yang ada keinginan untuk beratur- TAHNIAH!!!). Bilamana di belakang… kadang-kadang tidak boleh naik bas jam 7.00 pagi. Masuk kerja pukul 8.00 dan perjalanan …. mengambil masa lebih setengah jam. Kalau jem teruk… alahai… (tidak masuk isu menunggu lama lagi).

b)Perlu berhimpit-himpit di dalam bas. SESAK!!! Bak kata seorang penumpang (satu ketika dahulu ketika Muthiah sama-sama menjadi ‘teman’ setia pemandu-pemandu bas), “Macam sardin bahkan lebih teruk daripada itu”. Sekali pemandu bas brek… adoi…

c)Kadang-kadang, dimarahi oleh pakcik konduktor, “Tidak ada duit kecilkah?” Malu… oh, aku malu. Maklumlah, ada jejaka tampan sedang memerhati. Muka ala-ala Shah Rukh Khan (orang Bangladesh agaknya – Tidak kisahlah asal rupanya seperti hero pujaan). Hendak cari macam mana (duit kecil)? Hari-hari terpaksa naik bas. Bukan sekali tetapi dua kali sehari.

d)Macam-macam bau ada… waktu pagi… harum semerbak. Namun, apabila tiba waktu balik dari tempat kerja. Yang lelaki… sudah hilang machonya. Cuma si anak gadis nampak tetap maintain dengan lipstik di muka (Manakan tidak? Sebelum pulang, touch up dahulu) Huhu… mahu muntah rasanya. Bilalah hendak sampai rumah??

Hmmmm… bagaimana pula halnya dengan bas ekspres? Bayar dahulu… baru naik .

a)Insya-Allah lebih selesa daripada bas yang… ‘naik dahulu, baru bayar.’

b)Tidak perlu bersesak-sesak atau berhimpit-himpit. Bukan itu sahaja, tempat duduk kita sudah tersedia, ‘Single sit pula…’

c)Biasanya, bas ekspres akan bergerak bukan pada waktu puncak (sewaktu orang berpusu-pusu pergi/pulang dari tempat kerja). Jadi, tidaklah sesak dan berserabut melihat kereta yang…

i)Hon memanjang. Muka si pemandu pula kemerahan. Silap hari bulan, wujud pergaduhan kecil dengan pasangan di sebelah. Sudahlah pagi tadi dimarahi bos, terpaksa pula mendengar bebelan pada sesi petang. Muka yang sedia merah bertambah merah. Air-cond yang dipasang tidak terasa sejuknya, Maklumlah, marahkan si pemandu wanita di hadapan walhal sudah jelas lagi bersuluh… tertampal sticker P pada cermin sebelah kiri keretanya. ‘Sendiri mahu ingat daaa…’

ii)Penunggang motosikal yang selit sana, selit sini. Orang yang menyelit, tidak rasa apa-apa bahkan berbangga/ berbesar hati… orang yang diselit/ terselit… fuh… ‘Terlanggar, baru tahu…’ kata Zul kepada isterinya. Di tempat duduk belakang, anak-anak begitu asyik melihat kenderaan/ pemandu yang memandu dengan 1001 gaya. Ada yang menggigit jari dan ada yang sedang ‘jeling terbalik’ (bak kata orang Terengganu) kepada si anak yang tidak tahu apa-apa.

Si anak berfikir sendiri, ‘Oh, boleh buang sampah terus dari tingkap….’

“Boleh memotong ikut suka hati…” huhu… didikan tidak langsung yang sering dilupakan oleh kita semua.

Terlupa… ada tambahan dari dalam hati Zul, ‘Kena langgar, baru PADAN MUKA!’

Apapun…fikir-fikirkan. .. Yang betul/ baik…jadikan panduan. Yang salah/ buruk… jadikan sempadan. Insya-Allah, hidup pasti gumbira ;)

Muthiah : Mencari syurga yang hakiki…
Labels: | edit post
0 Responses