Buang Anak!!
Sunday, November 01, 2009
Assalammualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar? Hmmm… sudah lama Muthiah tidak menjenguk blog, al-maklumlah… sibuk bangat. Ingin menyiapkan P-NKMM yang dateline-nya 15 Disember 2009. Jadi, agak terburu-buru juga. Sebelum ini, Muthiah ada 2P-DBP. Alhamdulillah, siap sudah. Apapun, doakan segala apa yang Muthiah hasilkan ini… BERKUALITI dan ada manfaatnya, insya-Allah.
Baca akhbar… tengok berita… ISU BUANG ANAK. Entah apa hendak jadi dengan masyarakat hari ini, Muthiah pun tidak pasti. Salah siapa? Hmmm… tepuk dada, tanya iman. Kurang tarbiyah??? Pengaruh rakan/ masyarakat/ media??? Perasaan ingin tahu yang membuak-buak - untuk mencuba sesuatu yang baru??? Tipisnya iman… yang berpunca daripada kurangnya tarbiyah dalam diri??? Astaghfirullah, manusia era milenium seakan-akan telah kembali kepada dunia/ zaman jahiliyah bahkan lebih hina dan keji daripada itu.
Mengapakah Muthiah berkata sedemkian? Dahulu… hanya anak perempuan yang ditanam hidup-hidup (namun, ada perdebatan tentang isu ini – ada yang kata, tidak ada bukti kukuh menunjukkan anak perempuan telah ditanam hidup-hidup) tetapi zaman sekarang, tidak kira lelaki mahupun perempuan - ditanam... dibuang di dalam tong sampah sehingga ada yang dimakan anjing (atau binatang lain)… dibuang di dalam tandas dan ada juga yang membuang anak di dalam masjid! Nauzubillah.
Tinggalkan seketika isu buang anak… hari ini, Muthiah ingin berkongsi cerita tentang…. seekor ibu kucing yang telah meninggalkan anaknya terkapai-kapai sendiri (boleh dikategorikan sebagai kes buang anak juga???). Di mana? Di tepi rumah Muthiah. Jadi…
Muthiah terfikir sendiri… adakah ibu kucing ini terdesak sehingga terpaksa berbuat demikian? Awalnya, anak kucing ini dilahirkan di sebelah rumah Muthiah. Namun, selepas beberapa ketika, muncul di dalam rumah Muthiah. Akibatnya, habis toto dikotori najis anak kucing. Bukan 1 tetapi…. 4… tambah tilam 2, bantal 1. Alhamdulillah, siap siap dibasuh semuanya. Dugaan… kafarah dosa :))
Seminggu… ibunya masih mengambil berat perihal anak-anaknya yang 3 ekor (kini tinggal 2 ekor – seekor telah mati). Hmmm… Muthiah dapati dalam pada itu, si ibu telah mengabaikan salah seekor daripada anak-anaknya. Ia menggonggong anaknya ke luar rumah, dan anak kucing yang malang itu diletakkan di bawah meja (tempat Kak Pah menjual nasi lemak). Mula-mula, Muthiah tidak sedar tetapi satu hari… Muthiah terdengar bunyi anak kucing mengiau dengan kuatnya. Cari punya cari… rupa-rupanya ibu kucing telah meletakkannya jauh daripada adik-adik yang lain dan ditinggalkan kesejukan di sana.
Justeru, Muthiah mengambil anak kucing tersebut dan meletakkannya kembali ke dalam kotak bersama anak kucing yang lain. Malangnya, si ibu mengalihkan lagi anaknya (tidak mahu anak-anaknya bercampur dengan anak kucing yang telah disisihnya itu). Oleh sebab Muthiah sememangnya tidak memahami bahasa kucing (atau bahasa kasarnya, ‘TIDAK FAHAM BAHASA,’), Muthiah pun menyatukan mereka kembali. Akibatnya…
Huhu… si ibu akhirnya menghilangkan diri. Sehingga ke hari ini, lebih 3 minggu ia tidak menampakkan mukanya. Aisey… macam berbicara tentang manusia pula… Jadi, bermulalah rutin Muthiah menjaga anak kucing tersebut.
Awal pagi – kena beri makan nasi yang dicampur ikan/ ikan bilis serta air susu. Pastikan tempat tidur mereka bersih dan cuci lantai yang telah dikotori najis kucing atau makanan yang tumpah.Huhu… banyak lalat maaa…
Tengah hari – beri susu (dalam sehari, mungkin 3-4 kali). Beri sedikit tetapi berkala.
Petang – beri susu / air kosong dan kalau suami rajin/ berkesempatan (hanya suami yang tahu)… suami akan memandikannya.
Hmmm… inilah serba sedikit coretan Muthiah tentang anak kucing baru peliharaan Muthiah. Moga-moga Lili dan Lulu akan dapat membesar dengan sihat walafiat. Hmmm…
Muthiah : Suami beri nama Pok Char dan Pok Chik tetapi akhirnya kini, memanggil mereka dengan nama yang diberikan Muthiah. Hehe…

sangat menarik, terima kasih