Wednesday, November 27, 2013
Nurliza Mohd Nasir
Wednesday, November 27, 2013
Nurliza Mohd Nasir
"Tiadakah kamu mengetahui bahawa kerajaan langit dan bumi adalah kepunyaan ALLAH? Dan tiada bagimu selain ALLAH seorang pelindung mahupun seorang penolong." (al-Baqarah, 2:107)#Terjemahan
Al-Baqarah, 2:101-110.
#Tazkirah
Syahadatain - tiang utama dan landasan penting bagi rukun Islam; tertegak syahadah, maka tertegaklah ibadah dalam diri; mewujudkan sikap rohaniah yang memberi impak kepada tingkah laku fizikal dan akal; tunduk, taat dan patuh hanya pada ALLAH.
#Muhasabah diri
Pelihara hati, lidah, mata, telinga
Hindari syak, perasaan negatif, cemburu
Cakap dan menulis yang baik-baik, bermanfaat
Berusahalah untuk istiqamah. Tidak mampu buat semua, jangan tinggal segalanya
Tuesday, November 26, 2013
Nurliza Mohd Nasir
"Tidaklah menimpa seorang Mukmin satu penyakit yang berpanjangan; kesulitan; sebarang jenis kesakitan; dan kesedihan, bahkan kedukacitaan; melainkan dihapuskan sebahagian daripada dosa-dosanya." (H.R. Bukhari dan Muslim)
#Terjemahan 2:51-100
#KisahNabiMusa, sapi dan kaumnya 2:67-73.
#PeliharaHatiLidahMataTelinga
#HindariSyakNegatifCemburu
Andai tidak mampu lakukan semua, usah tinggal segalanya. Berusahalah untuk istiqamah
Monday, November 25, 2013
Nurliza Mohd Nasir
"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya, yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk..." (al-Baqarah, 2:45)#Terjemahan 2:1-50.#PeliharaHatiLidahMataTelinga
#HindariSyakNegatifCemburu
Andai tidak mampu lakukan semua, usah tinggal segalanya. Berusahalah untuk istiqamah
Saturday, November 23, 2013
Nurliza Mohd Nasir
Sayang kamu... dia... mereka... semuanya "Apabila seseorang insan mengasihi saudaranya, maka beritahulah kepadanya bahawa dia mengasihi saudaranya itu." (H.R. Abu Daud & Tirmidzi)~ Buatmu, sahabat ~
#Peringatan buat diri yang selalu lupa dan terlepas pandang.
Andai tidak mampu buat semua, jangan tinggal segalanya
Friday, November 22, 2013
Nurliza Mohd Nasir
Daripada Abu Hurairah R.A., Nabi SAW bersabda, "Barangsiapa yang beriman kepada ALLAH dan hari akhirat; janganlah dia menyakiti jirannya, dan barangsiapa yang beriman kepada ALLAH dan hari akhirat; hendaklah dia memuliakan tetamunya, dan barangsiapa yang beriman kepada ALLAH dan hari akhirat; hendaklah dia berkata yang baik atau diam." (H.R. Bukhari dan Muslim)
#Peringatan buat diri yang selalu lupa dan terlepas pandang.
Andai tidak mampu buat semua, jangan tinggal segalanya
Friday, November 01, 2013
Nurliza Mohd Nasir
Taubat
"Sesungguhnya, ALLAH menyukai orang-orang yang bertaubat; dan menyukai orang-orang
yang mensucikan diri." (al-Baqarah, 2:222)
Takut kepada ALLAH
"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada ALLAH dengan sebenar-benar takwa
kepada-NYA..." (ali-Imran, 3:102)
Kasih kepada ALLAH
"...dan orang-orang yang beriman itu sangat mencintai Allah...” (al-Baqarah,2:165)
Zuhud
"Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang
kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya di sisi TUHAN-mu serta lebih baik
untuk menjadi harapan." (al-Kahfi, 18:46)
Sabar
"Hai, orang-orang yang beriman. Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu, dan
tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu), dan bertakwalah kepada ALLAH; supaya kamu beruntung." (ali-Imran, 3:200)
Syukur
"Oleh sebab itu, ingatlah kamu kepada-KU nescaya AKU ingat (pula)
kepadamu; dan bersyukurlah kepada-KU; dan janganlah kamu
mengingkari (nikmat)-KU." (al-Baqarah, 2:152)
Ikhlas dan benar
"Kecuali orang-orang yang taubat dan mengadakan pembaikan; dan berpegang teguh pada (agama) ALLAH; dan tulus ikhlas (mengerjakan) agama
mereka kerana ALLAH..." (an-Nisa', 4:146)
Tawakal
"Dan bertawakallah kepada (ALLAH) Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang." (as-Syu'ara, 26:217)
Reda dengan qadak ALLAH
"Sekiranya mereka sungguh-sungguh reda dengan apa yang diberikan ALLAH dan
Rasul-NYA kepada mereka, lalu berkata, 'Cukuplah ALLAH bagi kami,' ALLAH akan
memberikan sebahagian daripada kurnia-NYA dan demikian (pula) Rasul-NYA; sesungguhnya
kami adalah orang-orang yang berharap kepada ALLAH, (tentulah yang demikian itu
lebih baik bagi mereka)." (at-Taubah, 9:59)
Ingat mati
"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati..." (ali-Imran, 3:185)
Thursday, October 31, 2013
Nurliza Mohd Nasir
"Dan bersabarlah kamu; sesungguhnya janji ALLAH adalah benar dan sekali-kali janganlah orang-orang yang tidak meyakini (kebenaran ayat-ayat ALLAH) itu menggelisahkan kamu." (ar-Ruum, 30:60)#MenulisBercakapMelihatMendengarBerbuat yang baik
#PositifOptimis
#HindariPrasangkaNegatif
~Setiap amal bermula dengan niat. Perbetulkan niatmu, Muthiah ~
Tuesday, October 29, 2013
Nurliza Mohd Nasir
Daripada Abu Dzar R.A., dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Janganlah sekali-kali kamu meremehkan kebaikan, meskipun hanya berupa keceriaan wajah tatkala bertemu dengan saudaramu." (H.R. Muslim)Senyum sokmo #Sampaikan walau satu ayat.
#Pelihara hati, lidah, mata, pena, telinga.
#Positif, optimis.
#Hindari syakwasangka, gores hati, tuduh melulu.
Monday, October 28, 2013
Nurliza Mohd Nasir
Daripada Abu Musa al-Asy'ari, Nabi SAW bersabda, "Barang siapa yang berjuang untuk menjadikan kalimah ALLAH sebagai kalimah yang paling tinggi, maka dia berada di jalan ALLAH." (H.R. Bukhari dan Muslim)Andai tidak mampu buat semua, usah tinggal segalanya #Sampaikan walau satu ayat.#Pelihara hati, lidah, mata, pena, telinga.#Positif, optimis.#Hindari syakwasangka, gores hati, tuduh melulu.
Friday, October 25, 2013
Nurliza Mohd Nasir
Ukhwah."Orang-orang beriman itu adalah bersaudara. Oleh sebab itu, damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap ALLAH; supaya kamu mendapat rahmat." (al-Hujuraat, 49:10)Rukun usrah :
#Taaruf - saling kenal kerana ALLAH.
#Tafahhum - saling memahamkan.
#Takaful - saling menanggung beban.
Thursday, October 24, 2013
Nurliza Mohd Nasir
Positif...Daripada Abu Hurairah R.A., Nabi SAW bersabda, "ALLAH SWT berfirman,'AKU berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-KU sangkakan terhadap-KU; dan AKU berserta dengannya ketika dia menyebut-KU (berzikir kepada-KU)',". (H.R. Bukhari dan Muslim)#UsahaGigih#JagaLidahPenaMataTelinga#SangkaBaikCakapBaikTulisBaik
Thursday, October 24, 2013
Nurliza Mohd Nasir
Hati-hati, diri...Daripada Abdullah bin Abbas R.A., Rasulullah SAW bersabda, "Takutilah doa orang yang dizalimi, sesungguhnya tidak ada hijab di antaranya dengan ALLAH." (H.R. Bukhari dan Muslim)#AwasiDiri#JagaLidahMataTelingaPena#Istighfar#SangkaBaik
Friday, October 18, 2013
Nurliza Mohd Nasir
Buat mereka yang bergelar sahabat...
Daripada Anas R.A., Nabi SAW bersabda, "Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehinggalah ia mengasihi saudaranya sepertimana ia mengasihi dirinya sendiri." (H.R. al-Bukhari dan Muslim)
#JagaHati
#PeliharaLidah
#AwasiMataPena
Hormati dan sayangilah sahabatmu
Friday, October 11, 2013
Nurliza Mohd Nasir
Nabi
- Seorang lelaki yang merdeka; menerima wahyu daripada ALLAH; tidak ditugaskan untuk menyampaikannya kepada orang lain.
- Jumlah : 124,000 orang.
Rasul
- Seorang lelaki yang merdeka; mendapat wahyu daripada ALLAH; ditugaskan untuk menyampaikan kepada orang lain.
- Jumlah : 313 orang.
- Rasul yang wajib diketahui : 25 orang.
- Adam A.S.
- Idris A.S.
- Nuh A.S.
- Hud A.S.
- Saleh A.S.
- Ibrahim A.S
- Lut A.S.
- Ismail A.S.
- Ishak A.S.
- Yaakub A.S.
- Yusof A.S.
- Ayub A.S.
- Syuib A.S.
- Musa A.S.
- Harun A.S.
- Zulkifli A.S.
- Daud A.S.
- Sulaiman A.S.
- Ilyas A.S.
- Ilyasa' A.S.
- Yunus A.S.
- Zakaria A.S.
- Yahya A.S.
- Isa A.S.
- Muhammad SAW
- Ulul 'Azmi : 5 orang (NIMIM)
- Nuh A.S.
- Ibrahim A.S.
- Musa A.S.
- Isa A.S.
- Muhammad SAW
Thursday, October 10, 2013
Nurliza Mohd Nasir
".... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu; dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (al-Baqarah, 2:216)Fikir, renung, muhasabah sendiri.
ALLAH Maha Tahu, fikiran manusia terbatas
Wednesday, October 09, 2013
Nurliza Mohd Nasir
Daripada Abu Dzar R.A., Nabi SAW bersabda, "Takutilah ALLAH di mana sahaja kamu berada; dan iringilah perbuatan buruk itu dengan perbuatan yang baik kerana kebaikan bisa menghapus kejahatan; dan bergaulah sesama manusia dengan budi pekerti yang baik." (H.R. al-Tirmizi dan al-Hakim)
Berbuat baiklah sentiasa agar hidup bahagia, insya-ALLAH
#Berfikir yang baik.
#Berkata yang baik.
#Menulis yang baik.
Moga ALLAH merahmati
Tuesday, October 08, 2013
Nurliza Mohd Nasir
Daripada Aisyah R.HA., Nabi SAW bersabda, "Wahai manusia, lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya, ALLAH tidak pernah jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling ALLAH sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit." (H.R. Bukhari dan Muslim)
Sekiranya tidak mampu buat semua, usah tinggal segalanya
Wednesday, October 02, 2013
Nurliza Mohd Nasir
Assalammualaikum. Apa khabar? Muthiah... Alhamdulillah. Masih 'off' menulis. Insya-ALLAH, jadual kerja bermula pada minggu hadapan. Apa pasal lama sangat bercuti? Oh, bukan saja-saja. Ada urusan lain yang perlu diberesi terlebih dahulu. Doakan Muthiah ya.
Hmm... sambil duduk santai, Muthiah sebut sendirian nama-nama malaikat. Daripada pembacaan Muthiah, malaikat ada banyak tetapi 10 yang wajib kita ketahui. Ingat tak nama-nama malaikat ni? Jom kita semak balik...
- Jibril A.S. - menyampaikan wahyu.
- Izrail A.S. - mencabut nyawa.
- Mikail A.S. - mengagihkan rezeki.
- Israfil A.S. - meniup sangkakala.
- Munkar A.S. - menyoal di dalam kubur.
- Nakir A.S. - menyoal di dalam kubur.
- Raqib A.S. - menulis perkara baik.
- 'Atid A.S. - menulis perkara jahat.
- Malik A.S. - menjaga neraka.
- Ridhwan A.S. - menjaga syurga.
Setelah mengetahui adanya malaikat ini, apakah yang perlu kita lakukan?
_______
_______
_______
Renung dan fikir...
Tuesday, October 01, 2013
Nurliza Mohd Nasir
Buat jasad yang selalu alpa.Daripada Abu Hurairah R.A., Nabi SAW bersabda, "Tidaklah seorang hamba yang menutup keaiban hamba yang lain melainkan ALLAH akan menutup keaibannya pada hari kiamat." (H.R. Muslim) Andai tidak mampu mengungkap kata yang baik-baik, lebih baik berdiam sahaja. Sesungguhnya, ALLAH Maha Teliti Penghitungan-NYA "... Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula." (al-Zalzalah, 99:7-8)