Bapa tangkap sendiri perompak

Ekoran daripada kes kematian remaja 19 tahun yang mati setelah jatuh ke dalam tasik.




KUALA LUMPUR, (MLP) – Seorang bapa bertindak sendirian mencari dan menangkap ketua kumpulan perompak yang membunuh anaknya pada minggu lepas.


Dalam kejadian yang berlaku pada Jumaat lalu, Muhammad Khairul bersama lima rakannya diserang oleh 20 lelaki yang menunggang motosikal semasa berada di sebuah pondok yang terletak di Taman Tasik Ing Tai Kim, Setapak.



Kumpulan tersebut berniat merompak dua lelaki lain yang berjalan di taman rekreasi itu sebelum mendekati mangsa dan rakan-rakannya. 



Deputi Supritendan A. Asmadi Abd. Aziz, berkata, kumpulan 20 lelaki itu kemudian memaksa enam remaja terbabit menyerahkan telefon bimbit dan barangan berharga sehingga menyebabkan tercetus pergaduhan.



“Muhammad Khairul enggan mengikut arahan sehingga menyebabkan perompak terbabit berang dan memukulnya dengan objek tumpul. Mangsa terjatuh ke dalam tasik ketika pergelutan berlaku,” jelas Pemangku Ketua Polis Daerah Wangsa Maju itu lagi.



Salah seorang rakan Muhammad Khairul cuba menyelamatnya tetapi gagal. Polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat bergegas ke tempat kejadian dan menjumpai mayat mangsa pada pukul 1.30 pagi.



Bapa mangsa tiba di Setapak dari Johor dan bercakap dengan teman-teman anaknya mengenai kejadian itu. Salah seorang kawan mangsa memberitahu bahawa dia kenal dengan ketua kumpulan perompak berkenaan.



“Ahli perniagaan itu kemudian mencari dan menangkap seorang remaja lelaki serta menyerahkan kepada polis,” ujar A.Asmadi.



Hasil soal siasat telah membawa kepada penangkapan enam remaja yang berumur 13 hingga 16 tahun. Polis kini sedang mengesan tujuh lagi remaja yang disyaki mempunyai kaitan dengan kes tersebut - sumber MyLaunchPad News


Muda remaja 'perompak-perompak' ni.

#Semasa
0 Responses