Kisah Tijah dan Mamat | Miss Universe

Bagi perindu Tijah dan Mamat...

#KisahTijahMamat

Tijah membaca satu artikel di internet...

Tijah : Awak, saya CANTIK tak? LANGSING tak?

Dahi Mamat berkerut. Dia memandang Tijah atas bawah.

Mamat : Cantik. Allah cipta semua orang cantik-cantik belaka. Paling utama di sisi Allah ialah yang paling takwa. Bersyukur dengan kurniaan Tuhan (Mamat memulakan syarahnya).

Tijah mengangguk-angguk.

Tijah: Saya ni REAL tak? Maksud saya, cantik saya semulajadi kan? Bukan tempek sana, tempek sini.

Mamat menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

Mamat: Ya. Real. Awak adalah diri awak. Apa yang penting, cuba jadi hamba Allah yang terbaik. (Kalau tak jawab, merajuk pula - rungut Mamat dalam hati).

Tijah tersenyum nipis.

Tijah: Saya ada NILAI KOMERSIAL tak? Wajah dan personaliti saya boleh menarik perhatian tak?

Mamat mengeluh kecil.

Mamat: Ada. Kalau awak berbudi bahasa, baik, suka tolong orang, pasti akan didekati. Awak ramai kawan kan? Adalah nilai komersial tu.

Dahi Tijah berkerut. Jawapan yang diberi Mamat dirasakan tidak mengikuti skema jawapan yang dikehendaki.

Tijah: Saya ni PELBAGAI tak? Maksud saya, awak lihat saya ni seorang yang multi-tasking tak?

Mamat mengangguk-angguk.

Mamat: Ya. Awak boleh masak, membasuh, mengemas, belajar blablabla dalam masa satu masa. Kira multi-taskinglah tu.

Senyuman Tijah melebar.

Tijah: Soalan akhir. Saya ni seorang yang BERKEYAKINAN tinggi tak?

Mata Mamat mengecil sedikit. Sedang mencari jawapan yang sesuai agaknya.

Mamat: Ya. Awak seorang yang berkeyakinan tinggi kalau dibuang ke laut. Kalau tak, awak nak harapkan saya saja.

Tijah lalu meletakkan telefon bimbitnya di atas meja.

Tijah: Kalau macam tu, saya layak dan boleh masuk pertandingan Miss Universe. Semua ciri-ciri yang perlu ada bagi seorang ratu ada pada diri saya.

Mamat menggeleng laju.

Tijah: Kenapa pula?

Mamat: Sebab mungkin suami awak tak akan izinkan awak masuk pertandingan tu.

Mamat lalu bangkit dari duduknya dan beredar dari situ. Tijah mengetap bibir tidak puas hati. Angan-angan Mat Jenin saja pun.
0 Responses