Cemburu

Assalammualaikum. Salam Nuzul Al-Quran (Fuh. Muthiah tulis catatan ini pada hari Nuzul Quran namun baru siap dan dikongsi hari ini. Huhu). Moga ALLAH merahmati kita semua. Apa khabar? Muthiah... Alhamdulillah. Kondisi baik-baik sahaja. Cuma ada sesuatu yang sedang berlegar-legar di minda. 

Beberapa hari tidak menulis di blog. Ehe. Muthiah balik berbuka puasa di kampung bersama ibu ayah. Alhamdulillah. Suka dan gembira apabila dapat bersama insan-insan yang pasti sayang dan hargai kita. Pasti? Insya-ALLAH. Kalau bukan keluarga dan adik-beradik yang sayang, hargai dan berbaik sangka pada kita, siapa lagi? Moga ALLAH memberi kesihatan yang baik serta kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat buat mereka serta semua yang Muthiah kasih, juga yang kasihkan Muthiah.

Okey. Hari ini, Muthiah ingin berbicara tentang...

Cemburu



Pernah berasa cemburu?

  • Pernah.
  • Tidak pernah.
  • Kadang-kadang.
  • Acap kali.
  • Ikut keadaan, masa, tempat blablabla.
Jawapan saya : __________________.

Kenapa berasa cemburu?

  • Melihat orang lain lebih daripada kita (Lebih cantik, lebih pandai, lebih kaya, lebih mendapat perhatian, lebih serba-serbi dll).
  • Bagi yang sudah menikah, cemburu melihat kemesraan pasangan kita dengan orang lain dll. Alah, macam kes isteri/ suami cemburu tengok pasangan yang akrab dengan rakan sekerjalah ni. 
  • Saja-saja.
  • 'Sakit' di hati.
Jawapan saya : __________________.

Dulu murabbiah Muthiah pernah cakap, ada cemburu yang dibenarkan. Contoh. Kita cemburu tengok sahabat kita yang istiqamah membaca al-Quran satu juz sehari. Maka dek kerana rasa tersebut, kita pun berusaha keras untuk sama-sama memperbanyakkan bacaan al-Quran. Namun jangan dilupa. Dalam masa yang sama, perbaharui niat agar apa yang dilakukan itu adalah kerana ALLAH.

Walaupun demikian, ada juga cemburu yang tidak elok. Contohnya, kita mencemburui rakan kita yang disenangi oleh orang di sekelilingnya. Kawan-kawan suka akannya. Kawan-kawan gemar berbual dengannya. Akibat daripada rasa cemburu tersebut, maka kita pun membuat fitnah agar kawan kita dibenci oleh orang lain. Dengan kata lain, dek kerana rasa cemburu, kita cuba melakukan sesuatu yang bisa menjatuhkan seseorang. Hmm... dalam kes sebegini, apa kata kita melihat sisi positif yang menyebabkan kawan kita disenangi? Sikapnya? Cara dia berbicara? Yang baik, kita cuba amalkan. Dalam masa yang sama, niatkan dalam hati kita lakukannya kerana ALLAH. 

Okey. Cukup pasal cemburu yang OK dan tidak OK.

Muthiah dan cemburu.

Ya. Sebagai hamba ALLAH yang lemah, Muthiah pun punya rasa cemburu dalam diri.  Namun dalam banyak-banyak cemburu, ada beberapa hal yang ketara...

  • Cemburu melihat orang lain yang Muthiah akui baik akhlak dan tingkahlakunya. Dia tidak menyakitkan hati. Sudahlah cantik. Ada serba-serbi. Cakapnya elok. Sikapnya menyenangkan. Kita buat macam mana pun, dia tetap mengukir senyum manis. Sungguh. Bagi Muthiah, orang sebegini memang hebat.
  • Cemburu melihat orang kaya (atau biasa-biasa) yang suka menderma dan mengeluarkan segala apa yang dimiliki ke jalan ALLAH. Lagi cemburu kalau dengan kelebihan yang dia ada, dibantu ibu ayahnya tanpa mengungkit satu pun. Fuh. Sudahlah kaya, pemurah pula. Harta yang dimiliki dimanfaatkan ke jalan ALLAH pula. Berbakti pada ibu ayah pula.
  • Cemburu melihat orang yang pada kaca mata Muthiah sangat akrab dengan TUHAN-nya. Mereka tidak menyatakan apa yang mereka buat tetapi kita sendiri dapat melihat apa yang telah dilakukan mereka.
Cemburu yang negatif? Hmm... sesuatu yang perlu kita semua hindari. Khuatir mengundang murka ALLAH. Jom LARIK!!!

Sahabat-sahabat, bagaimana? Apa yang menyebabkan kalian berasa cemburu?

____________________________
____________________________



Hmm...

Cemburu tanpa berbuat apa-apa, tidak ke mana kan? Jadi, macam mana? Ayuh berusaha jadi baik di sisi ALLAH. Insya-ALLAH akan baik juga pada kaca mata manusia. Asal mana kita sudah berusaha, serah segalanya pada penghitungan ALLAH yang Maha Teliti.

Yuk kita...

  • Berusaha mendekatkan diri dengan ALLAH melalui :

  1. Banyakkan berzikir. 
  2. Banyakkan membaca al-Quran.
  3. Banyakkan berdoa.
  4. Pelihara aurat.
  5. Jaga makan/ minum/ pakai. Biarlah yang halal.
  6. Membaca terjemahan al-Quran.

  • Berinfaklah semampu mungkin. 
  • Perbaiki akhlak kita. 

  1. Bercakap yang baik-baik. Kalau tidak mampu, mungkin diam itu lebih baik.
  2. Senyum (Huhu. Suami cakap, kalau Muthiah dalam keadaan biasa, nampak masam cetung (kata orang Ganu). Sudah berlatih senyum namun belum capai target).

  • Setiasa bermuhasabah. 
  • Bersangka baik. 
  • Bersyukur dengan apa yang ada.
Nota : Kalau diperhatikan, nota di atas merupakan sisi positif yang membawa ke arah kebaikan. 

Hehe... Banyak reminder untuk diri ni. Kalau tidak mampu buat semua, jangan ditinggal segalanya. Moga ALLAH pilih kita semua menjadi hamba-NYA yang soleh/ solehah.

Selamat memanfaatkan Ramadan yang berbaki.

Muthiah :Senang diungkap, sukar diaplikasi.

Akan datang ~ #TipBahagia (1) | Dekatkan diri dengan ALLAH.

Labels: | edit post
0 Responses