Kisah Tijah dan Mamat | Puasa 6
Thursday, August 14, 2014
Assalammualaikum. Salam Idil Fitri.....
Lama tidak menjengah. Kekangan internet. Moga sahabat-sahabat berbahagia dan dirahmati ALLAH selalu. Bagaimana dengan sambutan hari raya? Muthiah... Alhamdulillah. Untuk raya tahun ini, kami sepakat (sepakat membawa berkat)...
- Balik berbuka puasa di Terengganu (rumah keluarga Muthiah) dalam pertengahan Ramadan.
- Dua hari sebelum Syawal, berbuka puasa di Kelantan (rumah keluarga suami).
- Raya pertama sampai tiga, kami berhari raya di Kelantan.
- Raya keempat sehingga enam, beraya di Terengganu.
- Raya ketujuh, pulang ke Selangor.
Sekali jalan.
Hindari kesesakan lalu lintas.
Jimat petrol.
Hmm...
Okey. Hari ini, Muthiah ingin bercerita (kisah pendek). Kali ini, Muthiah mahu wujudkan nama pada watak iaitu Tijah (nama ini ialah nama kegemaran arwah ibu Muthiah sewaktu bergelar penulis) dan Mamat (huhaha... ayah Muthiah suka panggil Muthiah dengan nama ini).
Kisah Tijah dan Mamat |
Akhirnya, Mamat berjaya menyelesaikan puasa enam pada bulan Syawal. Lantas Mamat pun berkata kepada isterinya, "Yahu. Esok dah boleh raya."
Tijah yang sedang melipat pakaian ternganga mulutnya.
"Yahu..." ucap Tijah dengan tidak semena-mena.
Dahi Mamat berkerut.
"Kenapa pula? Awak belum boleh beraya," soal Mamat ingin tahu.
Tijah tersegih. Dia mencapai kain pelikat yang berada di hujung permaidani.
"Yahu. Mulai esok tak payah bangun awal masak sahur untuk awak lagi," suka benar nampaknya Tijah.
Mata Mamat membulat.