Terima kasih
Friday, August 10, 2012
Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Macam mana dengan ibadah puasa?
Moga kita semua masih berada dalam mood 10 malam terakhir Ramadhan. Jom...
Hendak cerita apa ya? Tadak idea. Penat sedikit. Mungkin dek kerana berjalan di bawah terik matahari tadi. Okey. Santai-santai sahajalah...
Di sini, Muthiah ingin mengucapkan terima kasih kepada insan-insan yang Muthiah tidak cukup kenal tetapi sungguh baik dan berakhlak mulia.
Masjid Putrajaya
Pertama kali solat di sini. Muthiah 'sesat'. Tidak jumpa di manakah ruang solat wanita. Blur... Seorang adik yang comel manis, belajar di India menyatakan arah. Muthiah terus berjalan, mencari dan mencari tetapi tetap tidak nampak arah. Fikiran masih kabur. Letih agaknya. Kemudian, sang adik datang kepada Muthiah lalu menunjuk jalan ~
Nusha_Reen : Moga berjaya menjadi doktor gigi satu hari nanti, insya-ALLAH.
Masjid Hospital, Ipoh
Hendak ambil wuduk tetapi barang ni nak letak di mana? Iyalah. Seorang mak cik ada berpesan agar Muthiah menjaga barang peribadi sebaiknya. Ada kes kecurian di masjid ini. Kemudian hendak dijadikan cerita, seorang adik yang baik budi pekerti menawarkan diri untuk menjaga barang-barang Muthiah sementara Muthiah mengambil wuduk ~
Diyana : Moga menjadi anak dan kakak solehah, juga berjaya menyambung pengajian di IPTA. Satu hari nanti, boleh menjadi seorang akauntan berjaya ya, insya-ALLAH.
Maybank Ipoh Garden, Ipoh
Ah! Dekatnya orang ni parkir Hilux. Macam mana? Silap hari bulan, terlanggar.. kemudian, tergores. Hati sendiri akan terguris pulak. Oh, tidak. Tidak sampai sebulan Muthiah mencalarkan kereta. Tidak mahu kuulanginya lagi. Sekejap Muthiah memandu ke hadapan. Sekejap Muthiah memandu ke belakang. Kemudian, seorang lelaki tua berbangsa Cina menggerakkan tangannya, meminta Muthiah mengundurkan kereta. Muthiah tetap risau. Hilux tu.... kalau calar, siapa nak bayar? Lelaki tersebut mengangguk-angguk dan menggerakkan tangannya lagi. Perlahan-lahan, Muthiah pun mengundurkan kereta ~
Pak cik Cina : Moga dikurniakan hidayah oleh ALLAH satu hari nanti, insya-ALLAH.
Kadang-kadang, kita tidak sedar pun. ALLAH mempermudah urusan kita dengan 'menghantar' seseorang untuk membantu kita. ALLAH itu dekat, bukan? Kita sahaja yang buat-buat lupa atau lupa sungguh-sungguh. Kesimpulannya, apa jua kondisi kita sebenarnya tidak sendiri.
Maka, jom kita buat kebaikan; Peka pada perasaan orang lain. Prihatin pada mereka yang sayang. Elakkan mengguris dan menggores...
Kebaikan itu boleh jadi tidak berbalas... tidak juga dihargai namun percayalah... ALLAH ada dan hampir memberi kebaikan. Apabila kita mengharapkan balasan dan penghargaan daripada manusia... SUNGGUH! Kita akan kecewa.
ALLAH itu Maha Adil lagi Teliti Penghitungan-NYA.
Okey, meleret sudah. Salam memanfaatkan 10 malam terakhir Ramadhan. Yuk!
- bangun sahur tak?
- percepatkan berbuka apabila masuk waktu?
- makan kurma dahulu sewaktu berbuka?
- solat tarawih?
Moga kita semua masih berada dalam mood 10 malam terakhir Ramadhan. Jom...
Hendak cerita apa ya? Tadak idea. Penat sedikit. Mungkin dek kerana berjalan di bawah terik matahari tadi. Okey. Santai-santai sahajalah...
Di sini, Muthiah ingin mengucapkan terima kasih kepada insan-insan yang Muthiah tidak cukup kenal tetapi sungguh baik dan berakhlak mulia.
- Moga ALLAH merahmati.
- Moga dipermudahkan segala urusan hidup.
- Moga berbahagia dan sukses di dunia akhirat.
- Salam ukhwah daripada Muthiah.
Masjid Putrajaya
Pertama kali solat di sini. Muthiah 'sesat'. Tidak jumpa di manakah ruang solat wanita. Blur... Seorang adik yang comel manis, belajar di India menyatakan arah. Muthiah terus berjalan, mencari dan mencari tetapi tetap tidak nampak arah. Fikiran masih kabur. Letih agaknya. Kemudian, sang adik datang kepada Muthiah lalu menunjuk jalan ~
Nusha_Reen : Moga berjaya menjadi doktor gigi satu hari nanti, insya-ALLAH.
Masjid Hospital, Ipoh
Hendak ambil wuduk tetapi barang ni nak letak di mana? Iyalah. Seorang mak cik ada berpesan agar Muthiah menjaga barang peribadi sebaiknya. Ada kes kecurian di masjid ini. Kemudian hendak dijadikan cerita, seorang adik yang baik budi pekerti menawarkan diri untuk menjaga barang-barang Muthiah sementara Muthiah mengambil wuduk ~
Diyana : Moga menjadi anak dan kakak solehah, juga berjaya menyambung pengajian di IPTA. Satu hari nanti, boleh menjadi seorang akauntan berjaya ya, insya-ALLAH.
Maybank Ipoh Garden, Ipoh
Ah! Dekatnya orang ni parkir Hilux. Macam mana? Silap hari bulan, terlanggar.. kemudian, tergores. Hati sendiri akan terguris pulak. Oh, tidak. Tidak sampai sebulan Muthiah mencalarkan kereta. Tidak mahu kuulanginya lagi. Sekejap Muthiah memandu ke hadapan. Sekejap Muthiah memandu ke belakang. Kemudian, seorang lelaki tua berbangsa Cina menggerakkan tangannya, meminta Muthiah mengundurkan kereta. Muthiah tetap risau. Hilux tu.... kalau calar, siapa nak bayar? Lelaki tersebut mengangguk-angguk dan menggerakkan tangannya lagi. Perlahan-lahan, Muthiah pun mengundurkan kereta ~
Pak cik Cina : Moga dikurniakan hidayah oleh ALLAH satu hari nanti, insya-ALLAH.
Kadang-kadang, kita tidak sedar pun. ALLAH mempermudah urusan kita dengan 'menghantar' seseorang untuk membantu kita. ALLAH itu dekat, bukan? Kita sahaja yang buat-buat lupa atau lupa sungguh-sungguh. Kesimpulannya, apa jua kondisi kita sebenarnya tidak sendiri.
Maka, jom kita buat kebaikan; Peka pada perasaan orang lain. Prihatin pada mereka yang sayang. Elakkan mengguris dan menggores...
Kebaikan itu boleh jadi tidak berbalas... tidak juga dihargai namun percayalah... ALLAH ada dan hampir memberi kebaikan. Apabila kita mengharapkan balasan dan penghargaan daripada manusia... SUNGGUH! Kita akan kecewa.
ALLAH itu Maha Adil lagi Teliti Penghitungan-NYA.
Okey, meleret sudah. Salam memanfaatkan 10 malam terakhir Ramadhan. Yuk!
Salam, Ramadan. Kak, cepat pergi kedai beli Aniqah bulan September ada cerpen akak. Tahniah ya.
Ada soalan nak tanya ni, bila hantar? Kalau sudi kongsikan alamat emel editornya dengan saya.
Salam Ramadhan buat Helmi dan keluarga juga. Moga memanfaatkan 10 malam terakhir Ramadhan ini sebaiknya. Yuk, sama-sama kita. Jika tidak mampu buat semua, jangan tinggal seluruhnya. Caiyok, buat diri sendiri khususnya.
Alhamdulillah, dengan izin Allah. Akak hantar akhir bulan Mei lalu. Syukur... Sudah dekat 3 bulan akak tidak menulis cerpen. ALLAH bagi semangat untuk menulis kembali ni(padahal, draf PCS pun tidak beres lagi).
InsyaAllah, dalam esok akak kongsikan alamat e-mel tersebut. Akak guna telefon ni, tak reti nak selongkar di gmail. Sabar ya.
ps: Tahniah atas Bunga Telur Kenduri Kahwin ya. Aku datang tengah berada di tangan akak sekarang. Mahu belajar dengan penulis-penulis hebat yang menang ni:-)
Salam, Helmi.
Nanti, bolehlah e-mel kepada raihanah.abdullah@mmpcommunications.com dan cc kepada aniqah@mmpcommunications.com.
Okey. Selamat maju jaya dan selamat memanfaatkan 10 malam terakhir Ramadhan. Jom!
Terima kasih ya, kak.
Selamat menikmati "Aku Datang"-Bunga Telur Kenduri Kahwin. Rasanya masih boleh diperbaiki.
Sama-samalah kita memberi tunjuk ajar.