Singgah sekejap
Thursday, August 16, 2012
Assalammualaikum. Apa khabar? Agak lama Muthiah tidak menjengah ke sini. Sedikit sibuk dengan urusan di luar. Pada hari Sabtu lepas, Muthiah telah menghadiri satu majlis perjumpaan dengan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka di Pulau Pinang. Ahadnya pula, Muthiah ke KL mengikut suami. Pagi Selasa, pergi cari tudung raya (hahaha). Pagi Rabu pula mengemas rumah dan membuat apa-apa yang patut (untuk balik kampung, yahu). Petang dan malam, Muthiah tidak available berblog. Intai-intai sahajalah ^_^ A
Hendak tulis apa ya?
Apapun kondisi kita, moga kita semua sentiasa berada dalam redha ALLAH.
Masa agak mencemburui Muthiah. Di kesempatan ini, Muthiah ingin mengucapkan ...
Okey. Beransur dahulu. Muthiah mungkin offline sampai 26 Ogos ini namun jika berkesempatan dan ada ruang dan peluang, insya-ALLAH Muthiah berceloteh lagi. Terima kasih sahabat-sahabat (yang Muthiah kasihi) kerana sudi menjengah teratak Muthiah ini.
Sokongan dan doa kalian, amatlah Muthiah hargai. Moga ALLAH merahmati.
Hendak tulis apa ya?
- bila balik raya?
- bagi yang sudah menikah, raya pertama di kampung siapa? Ahaks :)
- sekarang berada dalam mood akhir Ramadhan, atau beraya sudah?
Apapun kondisi kita, moga kita semua sentiasa berada dalam redha ALLAH.
Masa agak mencemburui Muthiah. Di kesempatan ini, Muthiah ingin mengucapkan ...
- Selamat hari raya Aidilfitri. Moga tarbiah Ramadhan tahun ini menjadikan kita insan yang istiqomah dalam kebaikan. Jom usaha!
- Maaf andai ada tersalah tulis, tersilap bicara, terlanjur dengar/ lihat (sesuatu yang tidak elok) dan yang seangkatan dengannya.
- Berhati-hati di jalan raya. Banyakkan zikir dan istighfar kepada ALLAH. Ayuh, basahi bibir kita dengan sesuatu yang mendatangkan pahala.