Solat sunat tasbih
Thursday, August 09, 2012
Assalammualaikum. Selamat berpuasa :) Apa macam... apa yang berada di dalam minda sahabat-sahabat semua sekarang?
- Mahu memanfaatkan 10 malam terakhir pada bulan Ramadhan? Yuk!!!
- Balik kampung?
- Persiapan raya?
- Raya?
- Duit yang bakal digunakan nanti? Lebih bajet? Cukup-cukup?
Apapun yang berada di dalam benak kita ketika ini, moga-moga dapat mendekatkan diri kita kepada ALLAH, insya-ALLAH. Amin.
Okey. Hari ini, Muthiah ingin berkongsi info tentang solat sunat tasbih. Bagi yang mahu melaksanakannya... JOM!
Solat sunat tasbih
- Dinamakan solat sunat tasbih kerana di dalamnya terdapat banyak ucapan tasbih (300 kali).
Waktu solat
- Malam = 4 rakaat dengan 2 salam.
- Siang = 4 rakaat dengan 1 salam.
- Pada setiap rakaat, terdapat 75 kali bacaan tasbih menjadikannya 300 kali (4 rakaat)
1. Niat
- 2 rakaat
- 4 rakaat
2. Doa Iftitah
3. Membaca al-Fatihah
4. Membaca mana-mana surah pilihan (surah-surah yang dianjurkan) :
- Rakaat 1: Surah at-Takathur atau ad-Dhuha.
- Rakaat 2: Surah al-Ashr atau al-Insyiraah.
- Rakaat 3: Surah al-Kafirun atau al-Kauthar.
- Rakaat 4: Surah al-Ikhlas atau an-Nashr.
5. Selepas membaca surah tersebut, tasbih sebanyak 15 kali.
6. Selepas membaca bacaan rukuk, tasbih 10 kali (ketika rukuk).
7. Selepas membaca tasmi', tasbih 10 kali (ketika i'tidal).
8. Selepas membaca bacaan sujud, tasbih 10 kali (ketika sujud).
9. Selepas membaca bacaan antara 2 sujud, tasbih 10 kali (ketika duduk antara 2 sujud).
10. Selepas membaca bacaan sujud (pada kali kedua), tasbih 10 kali (ketika sujud).
11. Tasbih 10 kali (ketika berehat sekejap sebelum berdiri).
(Lakukan perkara yang sama pada rakaat kedua dan keseterusnya).
12. Sebelum memberi salam, tasbih 10 kali (selepas tasyahhud).
Okey. Moga kan dapat memanfaatkan info ini sebaiknya. Salam 10 malam terakhir Ramadhan :)
Yuk kita kejar sama-sama ~ Muthiah H <3 font="font">3>
Nota : Mohon bertanya kepada yang lebih arif untuk mengetahui lanjut dan dalam tentangnya.