Duit isteri

Assalammualaikum. Apa khabar? Moga jasad dan jiwa kita baik-baik hendaknya, insya-ALLAH, amin. 


Elok jasad dengan memakan makanan yang halal... datangnya (makanan itu) dari sumber yang halal dan baik-baik. Bagaimana pula yang dikatakan dengan sumber yang halal tersebut? Tepuk dada, tanya iman. Sejauh mana kita berlaku amanah dalam melaksanakan kerja yang telah dipertanggungjawabkan ke atas diri kita?



Seorang teman ada bercerita...
perihal perbelanjaan dalam rumah tangga
sedih mengenangkan dirinya yang keluar duit lebih dalam keluarga
sedang sang suami agak boros dalam berbelanja
itu ini mahu dibelinya
jauh di sudut hati
beliau mengimpikan
rumah tangganya... di mana suamilah yang menyediakan segalanya
ia pula membantu meringankan beban sang lelaki 
namun sayang
yang berlaku adalah sebaliknya
duit sewa rumah, dia yang bayar
duit pinjaman kereta, dia juga yang bayar
duit itu ini begitu begini, dia perlu tanggung
jadi, jadi bagaimana?


Hmm...


Entahlah... 
Muthiah bukanlah insan yang selayaknya untuk berbicara tentang ini.
Ilmu Muthiah tidaklah setinggi mana (bahkan tidak arif pun)...
Namun Muthiah berharap agar...



Sang teman terus bersabar dalam mengharungi kehidupan berumah tangga
setiap perkahwinan ada cabarannya
ada mehnahnya 
ada onak dan durinya


dugaan itu pula macam-macam
macam-macam ada


ada orang, diuji dengan pasangan sendiri... sikapnya, butir bicaranya
ada orang, diuji dengan uang, harta
ada orang, diuji dengan keluarga (tidak kiralah sama ada keluarga sendiri mahupun si mentua)
ada orang, diuji dengan kerjaya
ada orang, diuji dengan orang ketiga
maka, bertabahlah


ALLAH tidak akan menguji seseorang sesuai dengan kesanggupannya


jika tetap tidak mampu menahan rasa


merintihlah kepada DIA yang Maha Mengetahui
berceritalah kepada DIA yang Maha Arif... ALLAH dengar, ALLAH lihat
mohonlah kepada-NYA agar menunjuki jalan yang benar... jalan yang membawa bahagia
berharaplah kepada-NYA agar sentiasa diberi kekuatan dan ketabahan jiwa
moga rumah tangga ini kekal aman bahagia sampai ke syurga


tidak mampu juga?
minda dan hati asyik terkenangkannya
hendak tidak hendak
nyatakanlah  dengan  penuh hemah dan kasih sayang
moga-moga si dia memahami


Hmm...

Okey. Macam merapu dan tidak tersampai maksud pula. Apa-apa yang dirasakan baik, ambillah dan jadikan pedoman namun jika memudaratkan... letak ke tepi, usah ambil peduli...


BAHAGIA...


Insya-ALLAH sebuah rumah tangga itu akan bahagia (namun jika tergigit lidah itu, asam garam) andai...

  • kita sama-sama berusaha mendekat pada ILAHI
  • saling berkongsi rasa, tidak memendam di dalam hati (melainkan sekiranya perkongsian itu lebih memudaratkan)
  • saling menerima kelemahan dengan berlapang dada (dalam masa yang sama, berusaha untuk memperbaik kelemahan yang ada)
  • suka sama-sama suka... menangis pun sama-sama, susah senang bersama
  • tidak selfish atau ego dengan kehendak sendiri
  • percaya dan jujur pada diri dan pasangan
  • memberi dan menerima seadanya

Peringatan buat diri Muthiah yang acap kali lupa dan alpa ^__^
Labels: | edit post
5 Responses
  1. As Says:

    Salam alaik.. k.adeq..

    Masih ingat insan bernama yasmira?
    Bukan mahu komen atau ingin memberi sesuatu daripada entri k.adeq..kerana siapalah saya yang tiada pengalaman dalam berumahtangga..namun...hanya sekadar pandangan manusia biasa..yang melihat mereka..yang telah berumahtangga. Yang menilai melalui pengalaman orang lain...

    Bahagia... Bukan pada banyaknya nikmat yang kita terima..bukan jua pada ujian yang bertimpa-timpa..tapi ungkapan bahagia itu adalah pada hati yang redha.. yang mahu sentiasa kembali padaNYA... Saat diri lemah dengan ujian.. saat diri senang dengan segala nikmat terbentang....

    Perkahwinan menuntut 1001 pengorbanan kerana hidup berdua tidak sama dengan hidup sendirian. Ada hati yang perlu di jaga, ada perut yang perlu di sara, ada keluarga yang akan sentiasa bertanya... Mahu tidak mahu... minda yang sejahtera harus memandu setiap perlakuan... Harus sentiasa adakan perbincangan.. Selesaikan semuanya di atas meja. Jika tak dapat diselesaikan dengan cara berbincang juga... pendamkan saja. Biar keadaan dan masa yang menyelesaikannya. Kerana Allah tak pernah leka pada manusia yang berusaha..

    Semoga bermanfaat..

    Doakan adikmu ini menjalani kehidupan dengan bahagia, duhai kakakku..


  2. Siti Muthiah Says:

    Salam, Yasmira.

    Mana mungkin akak lupa padamu <3

    Naam. Banyak sebenarnya perkara yang mendatangkan bahagia. Asal mana kita ingat pada PENCIPTA... letakkan ALLAH pada tempat yang utama... hidup mati ini hanya untuk-NYA.

    Moga dirimu dirahmati ALLAH selalu, juga berbahagia di dunia dan akhirat.

    ps : Bila mahu jaulah dengan kawan-kawan ke Ipoh? ;)


  3. As Says:

    Alhamdulillah..nilaian ukhuwah adalah bila mana tidak luput ingatan pada saudaranya..syukran...

    Ameen kak..semoga ALLAH sentiasa merahmati kita..

    Mahu jaulah??? Amat padat rasanya waktu..tapi tak mustahil..inshaALLAH bila berkesempatan akan sampai jua akhirnya..syukran kak.


  4. Siti Muthiah Says:

    Afwan. Apa-apa, maklumkan pada akak. Ada nombor telefon bimbit lagi? Kalau ada, sms-lah kalau turun Ipoh tapi jangan lupa bagitahu nama. Telefon bimbit akak baru diformat. Maka hilang kesemua data di dalamnya. Salam menjalani tarbiah Ramadhan :)


  5. As Says:

    Ada..nanti saya mesej. Terima Kasih dan sangat-sangat menghargai nasihat2 k.adeq...TQ~