Panduan pemakanan pada bulan puasa

Assalammualaikum. Apa khabar? Sudah masak untuk berbuka? Ehe. Insya-ALLAH, jam 6.15 nanti Muthiah masuk dapur. Rancangnya, hendak berbuka dengan ayam masak kuzi. Ada jadi? Hahaha... oh, tidak. Pertama kali mencubanya. Doakan berjaya ya :)


Macam mana dengan tarbiah Ramadhan kita semua? Moga-moga...

  • ibadah akan bertambah baik dari sehari ke sehari.
  • akhlak akan semakin elok dari sehari ke sehari.
  • butir bicara kita... berhati-hatilah dalam menuturkan kata. Moga tidak sampai mengguris hati sesiapa (dengan niat). Percayalah... sekiranya kita tidak kisah untuk memikirkan hati dan perasaan orang lain, akan ada 1001 manusia lain yang tidak akan peka terhadap perasaan kita juga.
(Peringatan buat Muthiah khususnya yang selalu lupa)


Okey. Berbalik kepada perkongsian hari ini, Muthiah petik dari page Kementerian Kesihatan Malaysia. Moga kan mendapat manfaat daripadanya, insya-ALLAH.
Panduan pemakanan semasa berbuka
  • Tidak gelojoh.
  • Berbuka mengikut sunnah.
  • Makan 3 biji kurma dengan 1 gelas air kosong.
  • Minum 1 gelas minuman manis sahaja. 
  • Bersederhana dalam pengambilan makanan.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang memudaratkan; berlemak, berminyak, tinggi garam dan tinggi gula. 
Panduan pemakanan semasa bersahur
  • Makan makanan mengenyangkan; nasi, roti atau oat.
  • Makan buah-buahan dan sayur.
  • Minum air secukupnya. 
  • Lewatkan waktu bersahur (perkara sunat dalam bersahur). 
Amalan pemakanan yang memudaratkan pada bulan puasa
  • Makan berlebihan sewaktu berbuka.
  • Makan makanan berat sewaktu moreh dan tidur sejurus makan.
  • Minum banyak air manis sewaktu berbuka dan bersahur.
  • Kurang mengambil buah-buahan dan sayur.
Panduan membeli atau menyediakan juadah berbuka
  • Mencatat senarai makanan yang perlu sahaja untuk dibeli.
  • Kurangkan santan dan minyak.
  • Kurangkan membeli kuih-muih manis. 
  • Elakkan membeli minuman yang dijual.
  • Masak sendiri di rumah (kawal penggunaan garam dan gula).
  • Membelilah di gerai/ kedai yang bersih dengan makanan tertutup.
Okey. Cukup untuk hari ini. Selamat berbuka puasa buat semua :)
Labels: | edit post
2 Responses
  1. Moga panduan ni menjadi panduan kak.


  2. Tetamu Istimewa @ Helmi,

    Salam Ramadhan. Insya-ALLAH... moga-moga... tak dapat ikut semua, ikutlah sebanyak mungkin :)