Mencari Naurah (Bab 51)
Sunday, August 05, 2012
Novel | Mencari Naurah
DARI atas rumah,
aku melihat Helmy cuba menghidupkan motosikalnya. Sekali… tidak hidup. Dua
kali… tidak hidup. Kemudian, dia menolak motor tersebut dan terus memasukkan
gear. Alhamdulillah. Hidup.
"Kreatif," puji Adilla.
"Itu asaslah, Dilla. Kalau
motor tidak hidup, memang buat macam tu," Efendy menjeling adiknya yang
tidak berkelip memandang Afzan Helmy.
"Hmmm…" Adilla segera
masuk ke dalam rumah.
"Kenapa akak senyum
sorang-sorang? Tidak baik, kak gelakkan orang yang motornya tidak hidup,"
adik perempuanku ini nampaknya tidak berpuas hati.
"Hisy… tidak adalah,"
aku terus meninggalkannya terkebil-kebil sendiri.
Efendy pula masih setia berdiri di hadapan rumah. Entah apa yang difikirkan, aku sendiri tidak tahu. Aku tersenyum lagi. Sebenarnya… tindakan Afzan Helmy sebentar tadi telah mengingatkan aku kepada Pak Madi sekeluarga. Bagaimanalah keadaan Nadia dan Shazleen sekarang?
Efendy pula masih setia berdiri di hadapan rumah. Entah apa yang difikirkan, aku sendiri tidak tahu. Aku tersenyum lagi. Sebenarnya… tindakan Afzan Helmy sebentar tadi telah mengingatkan aku kepada Pak Madi sekeluarga. Bagaimanalah keadaan Nadia dan Shazleen sekarang?
“Macam mana, kak?”
Efendy menghampiriku lalu duduk bersila di tepiku.
“Abang Helmy beri,” tambahnya lalu menyerahkan sebuah bungkusan yang berwarna hijau tua.
“Abang Helmy beri,” tambahnya lalu menyerahkan sebuah bungkusan yang berwarna hijau tua.
“Hmm...” Aku
memerhati sekeliling.
“Mana mak?”
soalku. Adilla juga tidak nampak kelibatnya.
“Mak dengan Dilla
sudah keluar. Pergi rumah Pok Long Soh katanya,” jawab Efendy perlahan.
“Oooo...” baru aku
teringat. Esok, ada orang hendak merisik anak dara Pok Long.
Setahu aku,
hubungan Nani dan Suhaimi sudah terjalin sejak di bangku sekolah. Jodoh mereka
memang panjang. Tahun lepas, Adilla memberitahu bahawa Nani sudah dirisik
tetapi bukan keluarga Suhaimi yang datang ke rumahnya. Setelah Nani putus
tunang tiga bulan lalu, Suhaimi pula masuk meminang. Nasib badan...
“Kak...” Efendy
menepuk-nepuk belakangku.
“Eh. Kenapa, Ady?”
“Akak khayal, ya?
Macam mana, kak? Okey tak Abang Helmy tu? Memenuhi cita rasa akak tak?”
Huh... banyak
sungguh soalan yang diajukan.
“Hmm...” diam.
Aku berjalan ke arah bakul yang terletak di sebelah tempat menggosok pakaian. ‘Dilla! Kata hendak lipat,’ aku merungut sendiri.
“Hmm...” diam.
Aku berjalan ke arah bakul yang terletak di sebelah tempat menggosok pakaian. ‘Dilla! Kata hendak lipat,’ aku merungut sendiri.
“Kak...” Efendy
memanggilku lagi.
“Iya, sayang.” aku
sebenarnya mahu melengah-lengahkan masa. Aku pun tidak tahu sama ada aku sudah
bersedia untuk mengenali Helmy dengan lebih lanjut atau sebaliknya.
“Macam inilah,
kak. Baik akak istikharah dahulu. Bagi tempoh tiga bulan kepada Abang Helmy.
Kalau Akak rasa okey, kita teruskan. Kalau akak rasa berat hati, hendak buat
macam mana,” Efendy memberi cadangan.
“Bagus juga idea
adik akak ni.” Aku terdiam sebentar.
“Ady, nikah kahwin bukan macam masak nasi kerabu. Mudah. Nasi kerabu pun kalau silap buat jadi tidak enak untuk dimakan,” aku menyambung.
“Melangkah ke alam perkahwinan membawa kita ke alam baru. Tanggungjawab kian bertambah. Setiap amanah akan dipersoal ALLAH kelak. Baik buat suami mahupun kepada si isteri,” aku merenung matanya.
“Ady, nikah kahwin bukan macam masak nasi kerabu. Mudah. Nasi kerabu pun kalau silap buat jadi tidak enak untuk dimakan,” aku menyambung.
“Melangkah ke alam perkahwinan membawa kita ke alam baru. Tanggungjawab kian bertambah. Setiap amanah akan dipersoal ALLAH kelak. Baik buat suami mahupun kepada si isteri,” aku merenung matanya.
“Sebab itu akak
perlu buat istikharah dahulu. Macam akak cakap semalam, sudah istikharah mesti
kita tidak akan dipersiakan TUHAN,” ujar Efendy.
Efendy masih ingat
pesananku. “Pandai, adik akak.” Perlahan-lahan aku melipat pakaian yang baru
sahaja aku angkat petang tadi. Sebenarnya, aku dan Adilla telah membuat satu
perjanjian. Jika aku angkat baju bermakna dia perlu melipatnya. Begitulah
sebaliknya tetapi adikku yang seorang ini memang panjang akal. Beria-ia mahu
mengikut ibu ke rumah Pok Long Soh.
“Akak bukalah
hadiah yang Abang Helmy bagi tu. Hadiah hari jadi, akak.” Efendy diam sejenak.
Dia bangkit dari tempat duduknya tadi dan melangkah ke arahku. Dia kemudiannya duduk bersila di
sebelah longgokan kain berdekatan denganku.
“Ady yang beritahu dia tentang hari jadi akak,” sambungnya lagi.
“Ady yang beritahu dia tentang hari jadi akak,” sambungnya lagi.
“Adoi, sakitlah
kak,” Efendy ketawa
berdekah-dekah apabila aku mencubit lengannya.
Suka-suka hati hendak mengumumkan tarikh kelahiranku. Aku membiarkannya. Tidak mahu melayan fiilnya yang kadang-kadang nampak lebih kebudak-budakan daripada Adilla.
Suka-suka hati hendak mengumumkan tarikh kelahiranku. Aku membiarkannya. Tidak mahu melayan fiilnya yang kadang-kadang nampak lebih kebudak-budakan daripada Adilla.
“Hmm... apa kata
Ady yang bukak hadiah ni?”
Aku hanya
mengangguk. Aku memang tiada hati untuk membuka hadiah tersebut.
Efendy mengambil bungkusan hijau yang kuletak
di atas meja di tepi televisyen. “Berat juga. Apa agaknya?” Dia tertanya-tanya
sendiri. Hadiah tersebut dia buka perlahan-lahan.
Jika diperhati
dari satu sudut, Efendy sememangnya seorang yang teliti. Aku sendiri kalah
dengan sikapnya yang satu ini.
“Subhanallah,”
Efendy terdiam.
“Ady suka buku
ini,” katanya lagi lalu menyerahkan buku-buku tersebut kepadaku.
“Cipta Syurga Hati,
Raihlah Bahagia dan Mencari Pasangan Hidup,” aku berkata ringkas. Itulah
tajuk-tajuk buku terbitan Karya Bestari yang dihadiahkan kepadaku.
“Ady ke beritahu
dia yang akak nak beli buku ini?” soalku. Terlupa sebentar dengan pakaian yang
sedang kulipat.
“Mana ada. Ady
rasa, akak dengan dia memang berjodoh. Istikharahlah.” Efendy terus berjalan
menuju ke tepi jendela. “Apabila selesai urusan akak, insya-ALLAH Ady pun akan
walimah,” ujarnya perlahan. Kalau tadi dia begitu galak memandang mukaku tetapi
tidak kini. Dia seolah-olah mengelakkan diri daripada bertembung mata denganku.
“Adik akak sudah
ada calon ke?” Aku tersenyum memandangnya.
“Macam ada,” dalih
Efendy. Itulah adikku yang nombor tiga. Lebih gemar melalui jalan yang lurus
menuju destinasi. Dia kurang suka bermadah dalam menyampaikan sesuatu. Dengan
kata lain, cakap terus. Tidak perlu belok-belok.
“Ady sudah
bersedia?” soalku lagi. “Fizikal dan mental. Hendak pelihara anak orang bukan
mudah,” tambahku.
“Kalau ikutkan
kemampuan kewangan, memanglah belum cukup bersedia tetapi...” Efendy diam. Kali
ini dia berjalan ke arah pintu.
Ekor mataku hanya
menuruti gerak langkahnya yang nampak tidak keruan. Tidak berkelip kupandang
wajahnya yang sudah berubah warna. “Ady tidak dapat kawal hati, ya?” Aku meneka.
“Ya. Ady pun tidak
tahu hendak buat macam mana lagi. Rasa berdosa pada TUHAN.” Efendy berterus
terang. Kemudian, dia diam kembali.
“Orang mana?”
hatiku berkobar-kobar ingin tahu. Siapalah gadis yang beruntung itu?
“Indonesia.” Jawab
Efendy ringkas.
Mataku terbeliak.
Orang seberang rupanya. “Dia macam mana? Ada gambarnya?”
“Ady rasa dia
tidak ada masalah sebab kakaknya juga kahwin awal.” Efendy diam sebentar. “Ady
tidak simpan gambar dia. Cuma apa yang Ady boleh cakap, dia tidak cantik macam
akak. Kulitnya hitam manis. Dia juga tidak tinggi walaupun mempunyai berat
badan yang ideal.” Efendy menerangkan.
“Haaa... adik akak
tidak jaga pandangan,” aku mengusiknya.
“Dengarlah dahulu,
kak...” suara Efendy bergetar.
“Bapanya seorang
ustaz di sebuah pesantren.”
“Yang membuatkan
Ady jadi serba tidak kena ialah kerana apa yang ada dalam dirinya. Ia rajin
berpuasa, solat malam tidak ditinggalkan, berinfak, sedekah. Ia pasti tidak
ketinggalan untuk mengerjakan kebaikan,” ia mula bercerita tentang gadis yang
telah menambat hatinya itu.
“Hmm... Ady tahu
macam mana?” tanyaku meskipun aku sudah dapat mengagak jawapan yang bakal
diberi. Bukankah dia punya senior dan rakan-rakan sekuliah?
“Kak...” Efendy
diam. “Yang paling penting, apa yang dimilikinya. Insya-ALLAH...
kekuatan dalaman itu terpancar pada wajahnya. Ia mungkin tidak cantik tetapi wajahnya nampak jernih. Dia lembut tetapi tegas. Tidak pernah Ady bertemu wanita sepertinya.”
Dia memuji-muji gadis tersebut. Tidak pula dia menjawab persoalanku.
kekuatan dalaman itu terpancar pada wajahnya. Ia mungkin tidak cantik tetapi wajahnya nampak jernih. Dia lembut tetapi tegas. Tidak pernah Ady bertemu wanita sepertinya.”
Dia memuji-muji gadis tersebut. Tidak pula dia menjawab persoalanku.
“Siapa namanya?”
soalku lagi.
“Nazihatul Hanan
binti Abdullah,” jawabnya pendek.
“Cantik nama itu,”
kataku.
“Nazih bermakna
suci daripada perbuatan keji,” ujar Efendy.
Aku berfikir
sejenak. Teringat coretan Syeikh Ali Thantawi yang pernah aku baca, 'Puteraku… getaran serta godaan
perasaan yang disebabkan oleh nafsu syahwat yang membara, bukanlah dialami oleh
dikau seorang. Hal sedemikian merupakan penyakit umum sang remaja. Tenangkan
hatimu. Keluhan di dadamu bukan engkau seorang yang merasainya.'
“Kalau macam itu,
Ady teruskanlah niat Ady. Lagipun, ubat kepada penyakit permasalahan hati yang
boleh mendorong kepada zina itu ialah kahwin!” aku mencadangkan. “Tentang duit,
akak akan tolong selagi termampu,” ujarku menawarkan diri.
“Terima kasih,
kak. Ady sebenarnya ada buat kerja sambilan dengan syarikat penerbitan di
Malaysia. Jadi, sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaan Ady. Di Mesir pun
Ady bekerja jaga kedai roti.” Efendy memberitahu sesuatu yang tidak pernah
kuketahui sebelum ini. “Hendak salam, kak,” pintanya tiba-tiba.
Aku tersenyum.
“Dahulu... Arul, Ady dan Dilla akan salam akak sebab buat salah. Sekarang, Ady
buat salah apa?” usikku.
“Ady sayang akak.
Ady doakan yang terbaik sahaja untuk akak. Moga akak akan ketemu jodoh yang
paling baik dan serasi.” Efendy segera mencium tanganku.
“Assalammualaikum...”
kedengaran satu suara dari luar rumah. Macam kenal. Yang suka menjerit-jerit
dari kejauhan, siapa lagi kalau bukan adik bongsuku?
“Waalaikumussalam,”
aku dan Efendy menjawab salam tersebut serentak.
Kaki Efendy cepat-cepat
melangkah ke biliknya. Tidak bersedia untuk bertemu sesiapa agaknya.
“Ady...” aku
memanggilnya.
Efendy berpaling.
“Ya, kak?”
“Jaga hati dan
banyakkan berdoa kepada ALLAH. Pasti ada hikmah ALLAH lontarkan rasa sayang
itu. ALLAH hendak uji dan mahu menunjukkan jalan untuk Ady lalui kehidupan.
Apapun, akak akan sokong Ady."
Apapun, akak akan sokong Ady."
“Terima kasih,
kak...”
~bersambung~