Hadis | Selamat berpuasa 9, 10 & 11 Muharram ;)
Monday, December 05, 2011
Assalammualaikum. Apa khabar? Muthiah... Alhamdulillah. Baik-baik sahaja ^___^
Oh, lewat sudah mencatat di entri. Sibuk. Sibuk mengejar deadline sendiri. Namun tiba-tiba, teringat pesan suami, "Blog... blog.." Jadi, mencuri masa sekejap di sini.
Bagaimana dengan hati kawan-kawan hari ini? Ada baik? Muthiah terbaca catatan Personaliti TV3, Sdr.Fedtri Yahya yang berbunyi ~ Hati tidak tenang - hukuman halus daripada ALLAH ~
Jadi, jika berada dalam kondisi ini... Yuk kita...
- Beristighfar kepada-NYA.
- Banyakkan mengingati ALLAH kerana dengan itu hati akan menjadi tenang (Ar-Ra'd : 28)
^_____^
Di kesempatan ini juga, Muthiah ingin mengucapkan Selamat Berpuasa bagi teman-teman yang berpuasa. Bagi yang masih belum tahu, jom baca catatan Ustaz Zaharuddin pula...
Selamat berpuasa sunat bagi mereka yang sempat berpuasa hari ini (9 Muharram) dan esok Insya-Allah 10 Muharram. Imam Syawkani & Ibnu Hajar mengatakan puasa ‘Asyura ada tiga tingkatan.
Yang pertama puasa pada hari ke 10 sahaja.
Tingkatan kedua puasa pada hari ke 9 dan ke 10.
Manakala tingkatan ketiga ialah puasa pada hari ke 9,10 dan 11.
Ganjarannya, diampunkan dosa-dosa setahun yang lalu dan yang akan datang. (Dari hadis sahih Muslim) ~ UZAR#
Nota : Pertanyaan lanjut tentang hadis ini, bolehlah rujuk kepada UZAR atau mereka yang lebih pakar. Selamat beramal buat semua ^^
Okey. Muthiah masuk kerja balik. Jaga diri, semua <3
salam dik,
selamat berpuasa.
Mudahan ALLAH terima ibadah kita ini dan mmperolehi ganjaran seperti offer diberikan. InsyaALLAH
Salam.
Jazakillah, Kak Ain.
Selamat berpuasa buat Kak Ain juga. Moga diri kita hari ini kan menjadi lebih baik daripada hari sebelumnya. Insya-ALLAH, amin.