Stim ikan siakap

Assalammualaikum, semua. Apa khabar? Bagaimana dengan puasa 6? Ayuh... bagi yang belum bermula. Jom kita sama-sama ^^

Terus kepada entri hari ini. Bukan entri syok sendiri tetapi perkongsian ilmu yang mungkin boleh dimanfaatkan bersama bagi mereka yang mahu memanfaatkannya. Selamat mencuba :)

Bahan-bahan

1 ekor ikan siakap yang siap disiang dan dibuang sisik

5 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 biji cili api *
Sedikit halia (tetapi Muthiah letak banyak juga) *
Sedikit lada hitam *

* Bahan-bahan di atas hendaklah ditumbuk

1 biji cili merah - dihiris
1/2 biji lobak merah - dipotong
1 biji tomato - dipotong dadu
1/2 biji bawang kuning - dimayang
1 batang serai - ditumbuk hujungnya
2 batang sayur bendi

1 atau 2 biji imau nipis

Sos tiram, sos tomato, sos cili dan kicap manis (Sos tomato dan sos cili tidak perlu jika tidak mahu. Suka-suki sahaja Muthiah letakkannya).

Cara membuatnya

1- Ikan siakap digaul dengan sos tiram dan bahan-bahan ditumbuk <- Perap jika mahu. Ehe. Muthiah pula suka ...

2- Letak semua bahan dihiris/ dipotong/ dimayang di atas pada ikan siakap. Jangan lupa dengan bendi <- Sambungan ayat di atas. Muthiah pula suka _____ letak sekali harung. Hisy....

3- Kemudian, kukus selama 1/2 jam paling sekejap dan 45 minit paling lama <- Tempoh masa ini adalah rekaan Muthiah sendiri. Its my way ^^

Dan... SIAP... jangan lupa perah limau nipis di atas ikan yang sudah siap dimasak, ya :)

Sedap ^_______^ <- Jangan termuntah atas kes naik lif tekan nombor sendiri ini. Selamat maju jaya.

Nota ** Kos keseluruhan adalah kurang RM10. Fikir-fikirkan...

Muthiah : Suami meminta Muthiah membeli ikan siakap dalam RM25. Jika 1 ekor bersamaan RM5, bermakna selama 5 hari berturut-turut Muthiah ter'paksa' makan ikan siakap masak stim merdeka ini (Meski Muthiah tahu, negara Malaysia tidak pernah dijajah. Orang putih hanya dapat berziarah).
Labels: | edit post
3 Responses
  1. Suka ayat Muthiah...'negara Malaysia tidak pernah dijajah...orang putih hanya dapat berziarah'...caya lu la!
    Anyway...thanks 4 the recipe. Sharing is caring.


  2. ainhany Says:

    salam dik,

    amboi2 kalau harga cemgini..nak order sekor laaa siap masak tau..serupa mcm pic juga...
    terliuq laaa pulak..

    nak alamaat ke ?? meh laa delivery sini...hihii

    salam ceria dan selamat merdeka..Malaysia no. wahid!!


  3. Kak Junie!!!

    Lama sudah tidak ketemu di sini mahupun facebook. Moga dirahmati ALLAH selalu. Hmm... Muthiah pun suka. Suka hati ^___^

    Kak Ain,

    Waalaikumussalam. Ehe. Mahukah? Datanglah ke rumah. Posmen tidak terima penghantaran ikan masak stim merdeka ni :)