Stim ayam
Monday, September 26, 2011
Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... Alhamdulillah. Sebenarnya, ada sesuatu yang sedang bermain di dalam jiwa namun... tidak terdaya pula untuk meluahkan kepada siapa-siapa. Eleh, cakap saja tu. Petang nanti, mesti En. Suami menjadi mangsa. Tidak!!!
Ehe. Oleh sebab suami Muthiah suka benar makan masakan berkukus, hari ini... Muthiah berkongsi resipi yang Muthiah namakan sebagaikan Ayam 1Malaysia. Huh! Adakah nama resipi ini agak meletup? Atau Muthiah sengaja mahu mencari glamor walhal tetap juga tidak popular. Ehe. Ada apa pada nama? Jom... kurangkan merapu walau hati sedang tepu untuk itu ^^
Bahan-bahan
Ayam - potonglah ikut suka tetapi biarlah besar sedikit daripada biasa.
Bahan ditumbuk
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
Sedikit halia
Sedikit lada hitam
2 biji cili api
Bahan yang dijadikan perhiasan
- Lada benggala - dihiris
- Lobak merah - dipotong
- Cili api merah - dipotong
- Tomato - dibelah 2
- Serai - ditumbuk hujung (Maaf. Muthiah guna istilah yang Muthiah faham)
- Kalau ada ubi kentang, belah 2 dan letak sekali. Mesti best! Ooo...
- Kalau nak letak cendawan pun OK juga (padahal, Muthiah letak sebab hendak habiskan stok sayuran).
- Sos tiram dan garam.
- Limau nipis, daun bawang dan daun sup.
Cara membuatnya
- Mula-mula, gaul ayam dengan sos tiram. Yang ini, Muthiah tidak letak garam. Suami cakap, OK. Sedap. Muthiah pula rasa, kurang perasa (garam). Jadi, terpulang kepada lidah sendiri.
- Gaulkan bahan ditumbuk pada ayam.
- Kemudian, letak bahan-bahan perhiasan dan segala bahan yang Muthiah tulis di atas ke atas ayam. Sudah letak, kukuslah selama 45 minit.
- Ehe. Siap dan bersedia untuk dimakan tetapi... jangan lupa tabur daun bawang dan daun sup di atas ayam yang sudah siap dikukus ini.
Selamat mencuba ^_____^
Persoalan : Kenapa dinamakan Ayam 1 Malaysia?
Jawapan : Kerana ada 1 Malaysia dalam dunia ini. Huhu... Budak 6 tahun punya jawapan. Budak 7 tahun punya soalan. Jadi, usah ambil serius dengan nama yang Muthiah berikan.
Muthiah : Teringin hendak buat chicken chop :)