Melamar (i)
Monday, January 10, 2011
Assalammualaikum. Apa khabar? Muthiah. Alhamdulillah, sihat. Sesak nafas sedikit. Mungkin disebabkan oleh cuaca yang sejuk.
Sudah lama rasanya Muthiah tidak menulis tentang ini. Jadi, dikesempatan ini, rasanya... ingin berkongsi serba-sedikit dengan sahabat-sahabat semua. Sebenarnya, Muthiah bukanlah insan yang arif tentang perkara ini tetapi apa salahnya, bukan jika kita sama-sama belajar. Maklumat lanjut, bolehlah ditanya kepada mereka yang lebih tahu ;)
MELAMAR...
Menurut kamus dewan, melamar membawa maksud meminta untuk berkahwin dengan; meminang.
Dengan lain perkataan, melamar (khitbah) merupakan satu tindakan awal menuju sebuah bangunan yakni rumah tangga.
- Pernah dilamar?
- Perasaan sesudah dilamar?
Hehe... Soalan di atas hanyalah iklan semata-mata tetapi kalau ada sesiapa yang mahu berkongsi rasa, Muthiah alu-alukan. Baik. Berbalik kepada soal melamar. Apakah langkah yang boleh diambil dalam proses lamaran ini?
- Lelaki yang hendak menikah bolehlah memberi isyarat kepada orang terdekat (seperti kaum keluarga contohnya) untuk melamar wanita yang berkenan di hati. Jangan lupa berbincang dahulu.
- Jika perkara di atas sudah dipersetujui, carilah beberapa orang wanita yang dipercayai untuk melihat secara lebih dekat gadis yang hendak dilamar itu. Manalah tahu... jika ada kecacatan yang tersembunyi dan diri pula tidak bersedia menerima kecatatan tersebut.
- Seterusnya, tanyalah kepada orang yang dekat dengan gadis itu tentang akhlak dan peribadinya. Iyalah. Gadis yang hendak dilamar ini bukan mahu dijadikan bibik tetapi isteri yang bakal berkongsi hidup dengan sang lelaki, insya-ALLAH sampai ke akhir hayat.
- Selesai sudah... Satu... dua... tiga.... bersedialah untuk meminang/ melamar secara rasmi.
-bersambung -
Muthiah : Teringat kisah lalu ... Ehe...
lamaran telah diterima
namun rancangan terpaksa ditangguhkan
kerana perancangan Allah lebih baik kan kak muthiah
saja berkongsi rasa
doakan saya kuat dalam mujahadah ini ^^
Insya-ALLAH... DIA lebih tahu segala sesuatu yang tidak kita tahu..percayalah, dik. DIA jua adalah sebaik-baik Perancang... tanpa sedar, ujian ini sebenarnya mendekatkan kita dengan-NYA. salam mujahadah, dik ;)
syukran akak ^^