Jabat tangan dengan ajnabi!!!???? (i)
Assalammualaikum. Apa khabar? Muthiah... Alhamdulillah namun... terasa diri banyak buat salah sejak akhir-akhir ini. Ada rasa cemburu... sakit hati... penting diri... Pada siapa? Astaghfirullah. Walaupun, rasa ini punya alasan yang tersendiri, alangkah baik jika hati kita bersih daripada sifat-sifat mazmumah ini. Doakan Muthiah ya...
Baiklah. Isu berjabat tangan yang begitu hangat diperkatakan. Hmmm... Muthiah bukanlah insan yang searifkan untuk mengupas isu ini. Namun, insya-ALLAH... Muthiah tetap mahu berkongsi ilmu yang Muthiah baca daripada blog Ustaz Zaharuddin.net.
SOALAN
Saya bekerja di syarikat antarabangsa. Kerja melibatkan pergaulan dengan wanita dan kadang-kadang terpaksa bersalaman dengan wanita. Saya pernah tunduk untuk mengelakan bersalaman namun bagi wanita asing mereka akan menimbulkan persoalan yang agak negatif.
Pertama - Adakah rezeki saya dikategorikan dari sumber yang syubhah?
Kedua - Adakah cara yang terbaik untuk terus bekerja di syarikat seperti ini atau berusaha untuk mencari peluang pekerjaan di tempat lain.
JAWAPAN
Pergaulan antara lelaki dan wanita di tempat kerja sudah menjadi fenomena hari ini, dan ia telah tergolong dalam kategori ‘umum al-balwa' (kebahayaan dosa yang sukar dielakkan). Namun begitu, tidak semua jenis percampuran dan pergaulan lelaki dan wanita di tempat kerja itu jatuh dalam kategori haram. Jika ia dapat dikawal sebaiknya, dosa masih boleh dielakkan. Apa yang penting semua aspek komunikasi yang meningkatkan syahwat, menggoda, mendedah aurat, pandangan nafsu, sentuhan adalah antara faktor dosa berlaku di tempat kerja.
Walaupun begitu, gaji seseorang tidak semestinya menjadi haram disebabkan tingkah laku dosanya di tempat kerja kecuali apabila ia culas dan ‘mencuri tulang' semasa melaksanakan tugasan utamanya.
Sebagai contoh, seorang yang bertuags selaku pensyarah IT di sebuah universiti, tentunya gajinya halal, malah jika sekiranya dia culas dan melakukan maksiat seperti tidak solat, bergaul dengan syahwat dengan wanita di tempat kerja, gajinya masih halal kerana maksiat itu bukanlah BIDANG TUGASNYA, cuma perbuatan maksiat itu adalah dosa secara berasingan dan secara tidak langsung boleh memberi kesan kepada rezeki dan keberkatan pendapatannya. Namun jika, pensyarah ini ponteng dari tugasan mengajarnya tanpa sebab munasabah, menyelewengkan anak muridnya semasa pengajiannya, tatkala itu gajinya boleh berubah menjadi haram.
Isu berjabat tangan antara lelaki dan wanita telah lama diperdebatkan di kalangan ulama, keempat-empat mazhab, majority ulama silam dan kontemporari berpandangan ia aadalah haram kerana ia tergolong di dalam kategori perilaku yang boleh membawa kepada zina. Allah telah secara jelas melarang kita jauh dari mendekati zina.
Selain itu, terdapat beberapa hadis lain yang menyokong ijtihad ulama ini seperti hadis Nabi tidak pernah menyentuh wanita bukan mahram hatta di ketika berbai'ah, hadis yang menyatakan besi di atas kepala lebih baik daripada sentuhan sebegitu dan lain-lain. Walaupun kesahihan hadis-hadis yang dipegang masih diperdebat dan dibincang di kalangan ulama, saya tidak berhasrat memanjangkannya di sini.
Sebahagian kecil ulama pula, khususnya ulama kontemporari berpandangan berjabat tangan lelaki dan wanita boleh dibenarkan jika :-
Kesimpulannya, mereka yang membolehkan TELAH MELETAKKAN SYARAT-SYARAT dan bukannya diharuskan secara umum.
Apapun hujjah kedua-dua pihak (saya tidak menyertakan hujah dan perbincangan kedua-duanya bagi mengelakan ulasan terlalu panjang dan tersasar dari menjawab soalan), berjabat tangan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram bukanlah amalan Rasulullah dan para sahabat serta para solihin di kalangan tabi'en. Isteri nabi Aisyah berkata:-
ما مست يد رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يد امرأة قط
Ertinya : Tiadalah tangan Rasulullah menyentuh tangan mana-mana wanita dan baginda bersabda : " Aku tidak berjabat tangan dengan wanita" ( Riwayat Muslim)
Rasulullah juga bersabda :
إني لا أصافح النساء
Ertinya : Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan wanita ( Riwayat An-Nasaie ; Albani : Sohih)
-bersambung-
Muthiah : Riakkah aku kerana menulis blog???? Hmmm...
salam Muthiah,
salam berjabat, senyum bersambut..hihii
Msalah nie berlaku bila sama2 buat tak tahu hukum..niela fasa permulaaan yang perlu dielakkankan..Entah darimana puncanya salam berjabat nie kan??
Kongsi pengalamn sikit,sebenarnya non muslim lebih berhati2 nak menghulur tangan dan kita mnghargai penghormatan mereka tapi kalau dah berjabat...kena ayun tangan tu..Muga ALLAH memaafkan atas sbb2 yang tak dapat dielakkan dan mnghOrmati org yang tak faham agama kita ini..
astaqfirullahal azim..terima kasih dik..jaga diri...hiasi peribadi dan doakan kak ain jugak,,
salam kak, betul tu, dalam dunia skang mmg sukar nak elak tempat2 percampuran lelaki wanita. moga kita diberikan hidayah Allah :)
salam, kak ain...
moga kita kan lebih peka dan prihatin dan menunjukkan contoh yang terbaik buat orang lain...
muthiah pun... dulu, ada sekali...muthiah n the geng menziarahi seorang makcik... beliau kahwin campur...masa sampai, anak lelakinya yang muda setahun drpd muthiah datang bersalaman... utk menjaga air mukanya, salam itu disambut tetapi cukup2 syarat saja...
kemudian, murabbi menjelaskan tentang perkara ini... boleh tetapi jangan lama2 dan dengan syahwat dan jangan pula beria2 nak bersalaman dgn orang yang tak sepatutnya ;)
salam, azhan.
insya-ALLAH...mg2, ALLAH akan memelihara kita semua ;)