Calon isteri pilihan ... (v)


Assalammualaikum. Ehe. Ada dua lagi entri tentang calon isteri pilihan. Baik, terus kepada isinya :

- Nikahilah wanita yang subur-

Dengan kata lain, yang bisa melahirkan anak untuk menambahkan keturunan. Bagaimana pula hendak mengenalpastikannya? Caranya... lihatlah kepada kesihatan jasmaninya dan juga keadaan ibunya, saudara perempuannya yang telah bernikah serta emak saudara dari belah ayah dan ibunya. Jika mereka termasuk dalam golongan yang banyak melahirkan anak, maka suburlah wanita itu.

Seorang lelaki datang menemui Rasulullah. Dia lalu bertanya, "Wahai Rasulullah. Saya menyukai seorang wanita yang baik akhlaknya, berkedudukan tinggi dan kaya tetapi tidak boleh melahirkan anak. Adakah boleh saya menikahinya?"

Nabi SAW pun bersabda, "Nikahilah wanita yang subur, yang boleh melahirkan anak. Sesungguhnya, aku akan berbangga dengan umat yang banyak pada hari kiamat nanti."

Bagaimana pula halnya jika sudah bernikah bertahun-tahun lamanya tetapi masih belum dikurniakan anak? Bukan setahun dua tetapi sudah lebih lima enam tahun! 'Sudah buat medical check up, doktor kata, semua okey.' ~ Seperti apa yang telah diluahkan oleh seorang teman kepada Muthiah. Huhu... Silap luah kot.

;) Bersabarlah. Insya-ALLAH, apabila sampai ketentuan ALLAH untuk memberi dan mengurniakan, setiap pasangan yang berumah tangga pasti akan memilikinya. Apa yang penting, peliharalah keharmonian keluarga bersama. Amalkan ISLAM dan cara hidup yang telah digariskan ALLAH di dalamnya. Kita tidak mahu...anak ada berbelas-belas,

Suami dan isteri acap kali bertelagah...
Isteri tidak menghormati suami...
Suami tidak menjalankan amanah yang berada di bahunya sebaik mungkin.
Suami pening kepala dengan karenah isteri....
Anak-anak, ada yang jadi perompak, penagih dadah dan pencuri... Nauzubillah...

Justeru... huhu..idea tidak ada..boleh sambung?

Kuliah hari ini :Memilih sahabat (ii)

Akhbar hari ini : Sultan Kedah dukacita.



Muthiah : Percaya kepada ketetapan TUHAN dan yakin pada-NYA.
Labels: | edit post
4 Responses
  1. ainhany Says:

    salams Muthiah,

    Indahnya perkahwinan disertai ciri2 pilihan. Andainya sunnah dipatuhi hidup makin harmoni..

    masih adakah harpn berbaki untuk diriku dimiliki..hihii


  2. Insya-ALLAH, ain. Apabila sampai ketentuan buat diri kita, bernikahlah seorang manusia itu sampai dia sendiri tidak menjangkanya. Yang penting, kejarlah..dambalah cinta-NYA. Insya-ALLAH, kita kan bertemu dengan seseoang yang kelak kan turut sama melorong jalan buat diri kita...


  3. azian_ab Says:

    salam,

    smoga sy dipertemukan Allah dgn jodoh yg baik dan soleh. amiin. selamat hari raya Adidiladha :)


  4. Salam.

    Insya-ALLAH, percayalah. Segala apa yang telah ditetapkan oleh-NYA adalah yang paling baik buat diri kita cuma kadang-kadang kita tidak menyedarinya. Mungkin dek persekitaran... Apapun, doa dan perbanyakkan doa. Insya-ALLAH, sampai masa yang sesuai, ALLAH akan tunjuki jalan. Salam Aidiladha, buat yan dan famili ;)