Anda ditahan atas kesalahan ... (i)


Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah. Alhamdulillah. Sihat tetapi batuk sedikit. Ditambah dengan ehe... capek. Normallah. Nama lagi manusia. Manusia ini lemah... lalai... alpa... lupa. Perlu diingatkan sentiasa. Betul?

Capek? Dari 28-30 Oktober baru-baru ini, Muthiah telah pulang ke Terengganu menghadiri Fiesta Novel 1 Malaysia Terengganu yang diadakan di TTC. Berkebetulan, tidak ada bas ekspres yang turun ke Kuala Terengganu dari Taiping. Jadi, Muthiah perlu menaiki bas ke Kota Bharu dan dari sana berperjalanan pula ke ... oh, negeriku. Eh, silap. Bas dari Taiping pun tidak ada. Maka, suami menghantar Muthiah ke Kuala Kangsar. Adventure, bukan?

Hmmm... Mahu berbicara tentang apa, ya? Banyak tetapi... tidak sempat pula untuk mencoret semuanya. Apa kata Muthiah bercerita tentang pengalaman Muthiah (semalam) di Balai Polis Taiping. Huhu... BERTUAH PUNYA BINI tetapi inilah SITI MUTHIAH.

Tersebutlah kisah... Ehe. Macam syair pula.

Begini, sewaktu Muthiah sedang membeli belah (barang-barang dapur), suami telah menghubungi Muthiah. Beliau telah meminta Muthiah mengambilnya di Balai Polis Taiping.

Balai polis??? Sebenarnya, telah berlaku kecurian. Jadi, repot polis perlulah dibuat ~ Macam biasa ;)

Ada dua cerita yang boleh Muthiah kongsikan.

1- Huhu....

Serius. Akal yang waras tentu tahu. Apabila berlaku kecurian, repot polis perlu dibuat. Namun, apabila suami memberitahu Muthiah agar mengambilnya di balai polis… yang tergambar di fikiran ialah ….

Suami dan kereta sudah ditahan polis. Kesalahannya? Hmmm… otak Muthiah tidak berfikir sampai ke situ. Muthiah pun, cepat-cepat memberesi segala urusan Muthiah untuk ‘menjamin’ suami.

Setelah bertemu dengan suami, Muthiah memberitahu segala sesuatu yang berada dalam benak Muthiah. Suami tergelak. Hmmm… sememangnya Siti Muthiah. Kadang-kadang bijak. Kadang-kadang blur. Mujur bijak mengatasi ke ‘blur’an. Adoi ;) Naik lif tingkat 20, tekan sendiri.

“Jadi, Muthiah bawa berapa ringgit hendak jamin Abe?” Suami lantas bertanya.

Dengan selamba Muthiah menjawab, “RM50.”

Suami menggeleng… RM50???

Kesimpulannya… hmmm… entahlah. Apapun, setiap manusia itu lemah. Banyak khilafnya.

Kadang-kadang bijak.
Kadang-kadang blur.
Kadang-kadang rasional.
Kadang-kadang beremosi.


Jadi…

Fikir dan renung. Ehe…

Akhbar hari ini : Audit ~ tanda aras tandas RM871. Hmmm... Jadi, PILIHLAH yang telus dan tulus ;)

Kuliah hari ini : Tentang PTPTN. Sudah mula bayar? Hmmm... Muthiah tidak bayar. Ehe... Sebab????

Muthiah : Mengantuk...
Labels: | edit post
2 Responses
  1. ainhany Says:

    Salam Muthiah,

    Muga2 cepat sembuh..:)
    hmm...nie dikatakan akal perempuan..Rasa2nya majority perempuan jika menghadapi situasi yg sama akn berfikir begitu..Balai sinonim dgn tempat mengadu, penyelesai dan tempat sensasi.Minda kita perlu berfikir sblum meletakan hukum pada sesuatu.w'aklam


  2. Salam, Ainhany.

    Jzkk. Alhamdulillah. Semakin baik hari ini. Bagus juga sebagai penghapus dosa yang dilakukan (dalam sedar ataupun tidak).

    Ya. Fikir dan fikir. Letakkan ALLAH di tempat teratas dalam membuat keputusan/ pilihan.

    Jzkk kerana sudi menjengah ke sini ...