Calon isteri pilihan ... (iii)


Assalammualaikum. Apa khabar? Lagi tentang calon isteri pilihan.

Ketiga ~ Cantik.

Namun, sebelum Muthiah bercerita panjang, Muthiah ingin berkongsi satu cerita tentang sesuatu...

Kisah ini berlaku sewaktu Muthiah tinggal di rumah sewa di Setapak. Muthiah mempunyai seorang teman (berpangkat adik) yang Muthiah kira... cantik akhlak dan keperibadiaannya. Namun, satu hari... dia meluahkan rasa kepada Muthiah.

Katanya, "Kak Deq, saya redha kalau satu hari nanti tidak ada ikhwah yang hendak menikahi saya."

Mata Muthiah membulat. Bagi Muthiah... beruntunglah sesiapa sahaja yang dapat memperisterikannya. Sebab... dia baik bangat dan rajin juga. Pandai memasak pula. Jadi, apa lagi yang hendak diragukan?

"Kenapa pula, sayang?" Balas Muthiah pendek sambil memandang tepat wajahnya.

Teman Muthiah ini terdiam sejenak. Dia semacam ragu-ragu untuk berterus-terang. Kemudian, dia menambah. "Sebab saya tahu saya tidak cantik macam akhuwat lain. Ikhwah pun, pilih yang cantik-cantik sahaja. Saya sedar diri saya, Kak Deq..."

Hmmm... sebak Muthiah mendengar luahan hatinya. Bagi Muthiah... dia cantik. Sungguh cantik. Cantik budi bahasa. Cantik tingkah laku. Tidak suka berbicara keburukan orang lain. Tidak berkira bahkan, Muthiah sendiri 'cemburu' dengan kecantikannya ini. Muthiah mahu menjadi se'cantik'nya.

Baiklah, berbalik kepada persoalan faktor kecantikan dalam memilih isteri.

Islam sebenarnya tidak memandang kriteria ini secara mutlak. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa (terkadang), kecenderungan memilih isteri yang cantik bisa menambah kadar cinta sang suami, memberi ketenangan jiwa dan menjadikan perasaan terbuai-buai. Dengan lain perkataan, dapat menggembirakan hati. Betul, begitu?

Bagaimana halnya pula dengan isteri yang cantik tetapi...

Buruk tingkah laku...
Suka meninggikan suara...
Cakapnya tidak berlapik...
Pemalas...
Suka mengumpat dan mengata...
Suka bersangka-sangka...
Suka memandang negatif terhadap orang lain...

Bahagiakah sang suami beristerikan wanita sebegitu? Kalau si isteri itu cantik tetapi banyak melakukan kemungkaran pula??? Huhu... kasihan sang suami yang tidak 'berani' menegur dan menasihati. Iyalah... Bukankah seorang suami itu bertanggungjawab ke atas isterinya?

Hmmmm....

Lelaki :Mahu pilih yang cantik rupa dan elok akhlaknya.

Andai ketemu, Alhamdulillah. Kalau tidak??? Kitalah (sang lelaki) yang membuat pilihan. Tepuk dada, tanya iman.

Nabi SAW bersabda, "Sebaik-baik wanita ialah yang membuatkan kamu bahagia tatkala dipandang, menurut jika diperintah, jika kamu menyatakan dia membenarkan, berasa adil jika kamu memberi dan sekiranya kamu tidak ada, dia mampu menjaga kesucian dirinya dan hartamu."

*** Tidak cantik pada kaca mata seorang lelaki, boleh jadi cantik pada kaca mata lelaki lainnya. Kecantikan itu sendiri sebenarnya satu perkara yang subjektif. Sedap mata memandang, insya-ALLAH cantiklah tu. Wanita yang cantik akan bertambah menawan dengan keelokan akhlaknya. Justeru para wanita... percantikkanlah keduanya... ***

Kuliah hari ini : Kebinasaan bagi suami (iv)

Akhbar hari ini : BERSIH kembali.

Muthiah : Hmmm... cantik akhlak, nampak bertambah cantiklah rupa. Buruk akhlak, bertambah buruklah rupa. Betul?
Labels: | edit post
7 Responses
  1. ainhany Says:

    Salam Muthiah,

    oooo...
    "cantik rupa dan elok akhlaknya"
    Hakikatnya kini amat sukar memilih spesis yng begini..Elok depan mata kita belum tentu sama dibelakang. Benar cantik itu subjektif..

    Kekadng kita kesian dgn sisuami yng membiarkan suri hati mereka mmdedah kecantikan fizikal dimiliki. Sbb itu perlu sama-sama mmiliki ilmu yg cantik supaya diri yg cantik mempamirkan akhlak yng baik.
    wallahu aklam


  2. Anonymous Says:

    salam..:)

    wanita cantik tetapi buruk perangai itulah Khadra ad diman.. (bahasa arab) maknanye hijau yg menawan.-


  3. ain,

    moga-moga diri kita kan tergolong dlm golongan yang cantik rupa dan akhlak...amin...

    anonymous,

    oh... bahasa arab... boleh guna dalam novel nih... ehe...


  4. Ckin Kembaq Says:

    Allah tidak memandang kpd bentuk rupa parasmu, tetapi melihat kpd hatimu.. n_n


  5. Ckin kembaq,

    Benar... pandangan ALLAH lebih utama... Insya-ALLAH, hidup akan bahagia selamanya...


  6. ainhany Says:

    Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya sebab keelokan paras dapat menyesarkan.Jangan pula tertarik kepada kekayaan kerana kekayaan boleh musnah.Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatkan dikau tersenyum kerana hanya senyuman yang dapat membuat hari2 yang gelap menjadi cerah."

    fikiq2kan


  7. Namun, sayang... kerana acap kali kecantikan itu yang dijadikan pilihan utama... lalu mengenepikan selain daripadanya...