Wanita akhir zaman
Sunday, November 21, 2010
Assalammualaikum. Apa khabar? Muthiah... Ehe... Sentiasa bersemangat waja walaupun kalah di Galas. Aik! Bila masa Muthiah masuk bertanding? Hmmmm....
Jom nasyid...
Sekejap!!! Bukan setakat bernasyid tetapi ambillah pengajaran daripada seni katanya.
Oh mengapa semua ini terjadi
Kehancuran wanita akhir zaman
Martabatnya kini dipandang hina
Maruah tiada terbela
Anak gadis menjadi bahan mainan
Hamba nafsu serakah insan durjana
Apakan daya dirimu wanita
Akhirnya batinmu terseksa
Oh mengapa semua ini terjadi
Kehancuran wanita akhir zaman
Martabatnya kini dipandang hina
Maruah tiada terbela
Pilunya rasa di dalam jiwa
Hidupmu diselubungi duka
Jalan yang disangka membawa bahagia
Derita menanti di sana
Sedarlah, oh wanita
Dirimu amatlah berharga
Pertahankan maruah
Tinggalkan lembah hina
Kembalilah pada ALLAH
Carilah keredhaan-NYA
Masih ada kesempatan masa
Sebelum kau menemui-NYA
Justeru, wahai wanita. Sayangi dirimu.. Peliharalah maruahmu. Pertahankan martabatmu. Sesungguhnya, engkau sangat istimewa. Chewah...
Kuliah hari ini : Bolehkah wanita berdakwah melalui nasyid?
Akhbar hari ini : Siapa-siapa hendak buat publisiti mudah, sila ke .....
Muthiah : Bersyukur dilahirkan sebagai wanita.