Anda ditahan atas kesalahan ... (ii)


Assalammualaikum. Apa khabar? Roh dan jasad, ada sihat? Ehe… soalan awal pagi….

1- Bangun qiam pagi tadi?
2- Solat Subuh bersendirian atau berjemaah?
3- Sudah membaca al-Quran?
4- Ada join AMT alias Ahli Mesyuarat Tingkap?


Okey.

2- Salah parkir daaaa…

Hihi… Semalam, Muthiah ada bercerita tentang reaksi awal Muthiah tatkala dihubungi suami, meminta Muthiah mengambilnya di Balai Polis Taiping. Sambungan semalam.

Al-kisah… al-tersebutlah kisah…

Sebaik sahaja sampai ke Ibu Pejabat Polis Taiping, tanpa berfikir panjang… Muthiah terus memandu masuk ke dalam kawasan balai polis (walhal, Muthiah sudah nampak kereta-kereta yang diparkir di luar). Berkebetulan pula, tidak ada polis yang bertugas di pintu pagar masuk. Apa lagi??? Muthiah jalan teruslah.

Muthiah mencari-cari tempat parkir. Nah! Ketemu. Ada banyak kereta diparkir di situ. Salah satu (yang Muthiah ingat) ialah kereta jabatan polis. Muthiah pun, memandulah ke situ. Alhamdulillah. Ada dua parkir kosong tetapi rapat-rapat pula. Oleh sebab mahu membuktikan kemampuan Muthiah memandu, Muthiah cuba juga masuk. Alhamdulillah. Boleh walaupun tidak sepakar pemandu lelaki.

Siap memarkir kereta di situ, Muthiah segera menghubungi suami. “Abe berada di mana?”

Suami lantas membalas. “Abe ada di dalam balai. Muthiah ada di mana?”

Dengan selamba Muthiah menjawab, “Dalam kawasan balai. Ada tempat parkir sebelah pondok jaga.”

“Apa?” Nampaknya, suami sedikit terkejut.

Muthiah pun ikut sama terpinga-pinga. “Kenapa, Be?” Soal Muthiah terus.

“Itu tempat parkir kereta polis.”

Adoi. Huhu… Gelabahlah juga. Cepat-cepat Muthiah berjalan mencari suami. Bertemu sahaja dengan suami, terus Muthiah menyerahkan kunci kereta kepadanya. Konon-kononnya, yang buat ‘kerja’ itu adalah suami. Bukan Muthiah!!!

Kesimpulannya… Entahlah. Mungkin….

1- Malu bertanya sesat cari jalan pulang. Ehe…
2- Belajarlah daripada kesilapan.
3- Hmmmm… Inikah Muthiah atau... perempuan memang begini? Muthiah sahaja agaknya. Hii...


Baiklah. Setakat ini perkongsian santai untuk hari ini. Sekian, terima kasih. Majulah sukan untuk negara…

Kuliah hari ini : Oh, wanita. Tolonglah....

Akhbar hari ini : 90% jemaah haji Malaysia wajib bayar dam.

Muthiah : Bercita-cita hendak menjadi detektif.
Labels: | edit post
2 Responses
  1. ainhany Says:

    Salam SM,


    Jawapan kpda soalan diatas , di tangguhkan kesatu masa dan keadaaan.. :(

    hihi...kelakaq laa Pn Muthiah nie..baling batu sembunyi tangan ek??
    Ini berpunca dari sikap gelabah dan prihatin seorang isteri.Kalau kat hspital, dah tentu terparkir kat tempat ambulan hihiii.Apapun misi tercapai dan suami ditemui..Kesilapan sebahagian dari proses pembelajaran. tak gitu?


  2. Salam Ainhany,

    Ehe... Baru pagi tadi terfikirkan ukhtie... Muncul juga. Panjang umur, insya-ALLAH.

    Ehe... Biasalah... banyak juga manusia yang begini, bukan? Baling batu, sembunyi tangan.

    Alhamdulillah. Misi dan visi tercapai. Apapun, belajar dan terus belajar. Banyak benda yang perlu kita pelajari.

    Insya-ALLAH... moga-moga kehidupan hari ini dan mendatang (jika dipanjangkan umur) akan lebih baik daripada semalam.

    Muthiah : Moga kan dipilih TUHAN sebagai salah seorang yang ISTIQOMAH menyampaikan kebaikan.. Amin.