Tentang sikap (di rumah)

Assalammualaikum. Mulakan hari dengan senyuman. Yuk...

  • Lapangkan dada. 
  • Bersihkan hati. 
  • Memaafkan kesilapan. 
  • Bersangka baik. 
  • Muhasabah diri.


Kata-kata yang mudah diungkapkan tetapi amat sukar untuk diaplikasi dalam kehidupan. Hmm... agak lama tidak menulis di blog. Masa amat-amat tidak mengizinkan. Ditambah dengan kelajuan internet yang _________, membuatkan mood untuk mengemaskini blog menghilang bagai dibawa angin lalu.



Sebagai pemula bicara...

Hari ini, Muthiah ingin berbicara tentang SIKAP. Iyalah. Tindak-tanduk kita sehari-hari, tidak mustahil bertitik-tolak daripada  sikap yang dilazimi selama ini.  Kena ingatkan diri selalu agar tidak menganggapnya sebagai satu perkara yang biasa dan tidak apa-apa. Banyak perkara yang boleh diperbincangkan tentang sikap tetapi fokus Muthiah hari ini ialah berkenaan sikap kita di rumah. Tidak kiralah sama ada sikap kita di...

  • Rumah sendiri (tempat kita tinggal).
  • Rumah ibu bapa (apabila kita balik kampung).
  • Rumah saudara mara (tatkala kita bertamu).
  • ___________________
Terdapat beberapa amalan yang nampak remeh tetapi hakikatnya sedikit-sebanyak turut memberi gambaran terhadap keperibadian kita sendiri.

1- Tutup suiz yang tidak digunakan.

Kadang-kadang, kita masuk bilik air. Kita 'lupa' untuk menutup suiz berkenaan. Mungkin sebab sudah terbiasa. Begitu juga dengan suiz kipas, TV dan banyak lagi. Nampak kecil, bukan? Namun sedarkah kita - kadang-kadang sikap kita yang tidak peka ini menimbulkan rasa jelik di hati orang lain? Ada ke??? Hmm...  Kalaupun tidak membuahkan rasa (meluat) tersebut pada diri seseorang (apalah sangat), bukankah amalan sebegitu merupakan amalan yang wajar dijauhi? 

Pernah lalui??? 

Kalau anak-anak yang tidak berdisiplin (contohnya tidak menutup suiz TV, lampu, kipas dll), ibu ayah boleh meminta mereka untuk menutup suiz yang tidak digunakan. Bagaimana pula tatkala kita menjadi tetamu yang bertandang di rumah sang teman? Okey. Jom letakkan diri selaku tuan rumah - Hendak minta tetamu menutup suiz lampu bilik air/ kipas dll yang ter'lupa' untuk ditutupi? Atau kita yang tolong tutupkan? Insya-ALLAH, buat dengan ikhlas, ganjaran pahala menanti. Atau kita biarkan sahaja? Hujung bulan bayar bil. Bagaimana halnya sekiranya kita 'terlupa' sebanyak lima kali sehari? 

Di sini, bukan persoalan suiz yang ditutup atau tidak yang diberi keutamaan. Pokoknya ialah tentang sikap sendiri.

Maka...
  • Letakkan diri kita sebagai tuan rumah. Mungkin perkara yang kita anggap remeh itu adalah besar bagi mereka. Mungkin juga tidak. Lagipun, kita tidak tahu kedudukan ekonomi tuan rumah, bukan? Kereta besar; rumah besar; bukan tanda mereka kaya-raya. 
  • Jadikan amalan atau disiplin dalam diri - tutup suiz yang tidak digunakan. Sebenarnya, ia turut memberi impak positif pada diri kita dan keluarga. Iyalah. Apabila pembaziran dikurangkan, bil pun berkurang. Ehe... 
  • Bagi yang biasa tidur dengan lampu menyala, cuba dapatkan lampu meja ya (di rumah sendiri).
2- Buang sampah di tempat yang sepatutnya (tong sampah).

Pernah jumpa putik kapas, plastik roti, bekas air mineral dll di bawah meja... bawah katil dll? Kalau pernah, cuba tanya diri - siapakah yang membuang barang-barang tersebut di situ? Siapakah yang akan membuang barang yang kita buang merata-rata tadi ke dalam tong sampah? Rumah yang kita duduki (termasuk yang kita tumpangi) bukanlah hotel atau rumah tumpangan. Kalaupun kita mempunyai pembantu rumah (orang gaji) atau bermalam di hotel, mungkin adalah lebih baik jika kita membiasakan diri membuang barang-barang yang tidak diperlukan itu terus ke dalam tong sampah. Insya-ALLAH, sekiranya kita mempermudahkan urusan orang lain (walaupun kecil), ALLAH pasti akan melorong kemudahan pada kita.

3- Letak pakaian kotor di tempat yang sepatutnya.

Apabila kita bermalam di hotel, di manakah kita letakkan tuala yang telah digunakan? Di atas katil? Di atas lantai? Atau dekat singki dalam bilik air? Itu hotel. Lain pula halnya dengan rumah sendiri (atau rumah tempat kita bertamu). Pasti ada tempat tersedia. Jika tiada, letaklah di tempat yang wajar (jangan hanya dibiarkan di atas lantai). Maka, untuk memudahkan ibu kita atau diri kita sendiri ataupun tuan rumah... alangkah baik andai kita meletakkan pakaian kotor tersebut di tempat yang sepatutnya. Seperti kes-kes di atas... andai kita mempermudahkan urusan orang lain, insya-ALLAH urusan kita lain-lainnya akan dipermudahkan oleh Allah. 

Okey. Cukup tiga aspek untuk hari ini. Maka, sedari hari ini... yuk kita jadikan disiplin dan peka dalam diri. Biasakan. Biasakan. Biasakan.

Lain-lain amalan yang wajar diamalkan:
  • Flush selepas guna (tandas).
  • Elakkan merokok di dalam rumah (lebih-lebih lagi apabila tuan rumah sendiri tidak merokok).
  • Sekali-kali tidak buang putung rokok di luar jendela. 
  • Jangan biarkan pinggan/ mangkuk/ cawan yang digunakan diletak sahaja di atas meja. Tolong basuh lagi bagus. Dapat pahala.
Muthiah: Usaha praktikkan amalan baik di mana-mana, yuh....
0 Responses