Sedih lagi???


Assalammualaikum… apa khabar semua? Hehe… pagi ini, Muthiah ingin bertanya satu soalan cepuk emas :

Siapa sedang bersedih hati… senyum cepat? (bukan angkat tangan sepertimana lazimnya… cepat senyum)…

Sudah senyum? OK… cari cermin… Cuba tengok wajah/ muka kita…

a)Cantik?
b)Menawan?
c)Penuh dengan kepura-puraan???
Maklumlah, senyum paksa…

Hmmm… Muthiah menerima satu kiriman sms daripada seseorang. Katanya, ia SEDIH dan MALU sebab…

Sedih… sebab tidak dapat/ peroleh apa yang dihajati…
Malu… dengan tanggapan dan kata-kata orang (kadang-kadang, hanya hati kita yang berfikir sedemikian)..

Hmmm… ungkapan yang biasa diucapkan… namun… inilah kata-kata yang bisa menenangkan hati yang sedang gundah… jiwa yang sedang lara…

“SABAR… SABARLAH demi mencapai keredhaan Tuhanmu, Sayang..”

Allah sedang ingatkan kita ~ daripada kealpaan dan kelekaan… Bukan kita yang hebat tetapi DIA… DIALAH pemilik segala KEHEBATAN.

Allah sedang ingatkan kita ~ agar mensyukuri nikmat-nikmat yang dikurniakan-Nya…Kadang-kadang, kita mudah nampak/lihat/ berasa sedih dengan apa yang tidak kita perolehi tetapi kita lupa dengan segala apa yang telah menjadi milik kita (milik yang tidak mutlak…)…

Kita mahu jadi doktor…
Allah izinkan…
Alhamdulillah, dapat ambil jurusan perubatan…
Alhamdulillah, dapat grad…
Tetapi…
Tiba-tiba diri telah diuji…
Sakit… tidak dapat mula posting…
Atau… sudah posting tetapi tidak lepas…


….

Akibatnya, kita berasa sungguh sedih dan malu… sebab… ‘tersekat’ di situ…

‘Sabar, Sayang. Setiap apa yang berlaku, tentu ada hikmah-Nya. Allah tidak akan melakukan sesuatu sia-sia. Segalanya adalah demi kebaikan diri kita sendiri.’

…..

Allah mahu kita terus merintih dan merayu kepada-Nya. Boleh jadi sebelum ini kita terlupa daripada mengingati-NYA? Atau boleh jadi… kita telah meletakkan Allah bukan pada tempatnya… tidak lagi berada di tempat yang teratas.

Sedih… pengalaman yang mendukacitakan…
Sebenarnya, tanpa sedar bisa mematangkan diri kita… menjadikan diri kita seorang yang lebih kental dan tabah. Membolehkan kita bangkit dan terus berdiri… Alhamdulillah, kita sudah bersedia dan kuat untuk menghadapi/ mendepaninya. Kekuatan itu tidak lain dan tidak bukan… kita peroleh daripada TUAN PUNYA alam. Yang menghidupkan dan mematikan… Yang menjadikan daripada tiada kepada ada…

Muthiah : Kadang-kadang, tidak cukup kuat mendepaninya…
Labels: | edit post
0 Responses