C . A. B. L. E ???


Assalammualaikum...

Pertama-tamanya, syukur ke hadrat Ilahi... 'operasi' rumah akhirnya selesai.

Pagi semalam, seawal jam 7.00 sudah bersiap-siap ke Kuala Lumpur. Ada majlis perkahwinan... Muthiah dan suami ke sana menaiki Naza (kenderaan jabatan, tempat suami bekerja). Balik dari Kuala Lumpur, Muthiah beritahu suami, 'Mahu buat operasi rumah (menyapu, mop lantai dan membasuh),' tetapi letih bangat... Muthiah terlelap... suami pula tengok bola... Apapun, TAHNIAH buat Kelantan dan Negeri Sembilan kerana berjaya mara ke peringkat separuh akhir... Huhu... 'Merah Kuning' apa cerita?

Kedua... Lili.... anak kucing terbuang peliharaan Muthiah telah... huhu... mati. Suami, terlanggar sewaktu hendak mengambil Muthiah dari kelas memandu. Lagipun, memang Lili agak degil dan aktif berbanding Lulu.... Dua kali suami meletakkannya jauh dari kereta tetapi tetap mahu duduk di bawah tayar. Perasaan? Sedih... kasihan Lulu tidak ada kawan.

Hmmmm... mahu berbicara tentang apa ya? Argh.... tiada idea. Astaghfirullah...

Tadi, sebelum memasuki kelas 6 jam Pra L (3 jam di dalam kelas dan 3 jam belajar asas memandu), Muthiah perlu beratur dahulu tetapi hari ini... bukan isu beratur yang ingin Muthiah utarakan tetapi...

Isu CABLE...

Cable??? Apa ya?

Barisan agak panjang. Calon yang mahu belajar memandu pun agak banyak. Muthiah dapat nombor 22.

Tiba-tiba... datang seorang gadis dan beratur bersama-sama kami untuk mendaftar.

Kemudian... datang pula seorang staf yang bekerja di situ dan mendaftarkan calon tersebut mendahului mereka yang sudah lama beratur panjang (gadis tersebut memanggil staf tersebut dengan nama Mak Ngah). Dari apa yang Muthiah dengar, ada yang datang seawal jam 7.00 pagi (Muthiah pula waktu itu sedang masak nasi lagi).

Reaksi Muthiah? Biasa-biasa sahaja lagipun, Muthiah pun datang lewat dan hehe... sudah membawa 'buku' kegemaran Muthiah. Jadi, tidak kisah untuk beratur panjang. Santai santai sahaja ;) Sambil beratur, sambil membaca. (Buat Abang, Amir dan Bobo - Detektif Conan volume 65 sudah berada di pasaran dan... Kakak sudah beli... hehe...)....

Sekembalinya dari kelas memandu... Muthiah terfikir...

Beginilah agaknya sekiranya seseorang itu mempunyai 'orang dalam' pada sesuatu tempat. Tidak kira bagi mereka yang mahu mendapatkan kerja atau... apa sahaja...

Hmmm... tidak mahu bercerita panjang. Apapun, setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dan akal manusia amat terbatas untuk merungkai (segala sesuatau yang tersurat dan tersirat) setiap perencanaan Allah SWT. Belajarlah untuk redha dan sentiasa berlapang dada. Apa-apa yang kita fikirkan tidak semestinya tepat (anggapan daripada apa yang kita lihat). Boleh jadi ada sesuatu yang tidak kita ketahui (yang sebenarnya) atau selaminya... Huhu... dalamnya maksud ;)

Maaf salah silap ...

Muthiah : Suami cakap, 'Inilah kehidupan dan kita tidak boleh lari daripada berhadapan dengannya.'
Labels: | edit post
0 Responses