Mencari Naurah (Bab 56)
Saturday, September 29, 2012
Novel | Mencari Naurah
TELEFON bimbit Natasha berdering-dering minta diangkat. Dia yang ketika
itu berada di dalam bilik air di rumahnya hanya membiarkan sahaja telefon itu
berbunyi. Deringan itu mati begitu sahaja tanpa sesiapa mengangkatnya. Beberapa
minit kemudian, telefonnya berbunyi lagi.
“Azmar, tolong Asha angkatkan
telefon. Sakit perut daaa...”
|
“Baik,
puan,” balas Azmar lantas mencapai telefon bimbit Nokia milik Natasha yang
terletak di atas meja makan.
“Helooo...” panjang sungguh salam yang diberi.
“Assalammualaikum.
Boleh saya bercakap dengan Natasha?” kata si pemanggil.
“Siapa
yang bercakap ini? Asha tengah ‘sibuk’. Sedang menguruskan sesuatu yang sangat
penting dan tidak boleh ditangguhkan. Boleh telefon dalam lima minit lagi?”
Azmar berbasa-basi.
“Saya,
Asyraf. Maklumkan kepada Asha saya akan hubungi dia dalam sepuluh minit,
insya-ALLAH,” jawab Asyraf lalu meletakkan telefon.
“Ashaaa...
teman lelaki terbaru telefon. Dia hendak berkenalan.” Azmar menjerit dari luar
tandas.
Aku
hanya diam.
“Mar
nak keluar sekejap. Dia cakap akan hubungi Asha dalam sepuluh minit lagi.
Cepat-cepatlah selesaikan ‘urusan’ itu.” Azmar segera mencapai beg tangannya
lalu berjalan keluar rumah.
Setelah
siap urusanku, aku segera mencapai telefon bimbit yang telah ditinggalkan
Azmar. Sejak akhir-akhir ini, dia memang kerap keluar. Entah dengan siapa dia
berpacaran, aku pun tidak tahu. Namun pasti! Terpancar kegembiraan pada
wajahnya. Mungkin dia sudah bertemu dengan Mr. Right yang dicarinya. Siapa
tahu?
Telefon
bimbitku berdering lagi. Aku segera mengangkatnya.
“Assalammualaikum...” aku
memberi salam. Lupa untuk bertanya dengan Azmar, siapakah gerangan yang
menghubungiku. Maklumlah, lokasi aku sedang berurusan tidak mengizinkan aku
berbuat demikian.
“Waalaikumussalam.”
Aku
kenal suara ini. Diam...
“Asha,
balik kampung minggu ini?” Tanpa sebarang pembuka bicara, dia cepat-cepat
bertanya.
‘Minggu
ini minggu ketiga, bukan? Okey... Balik,’ aku berkira-kira sendiri.
“Asha?”
suara itu menyebut namaku.
“Insya-ALLAH,
balik. Kenapa?” soalku kembali. Adakah mamanya mahu berjumpa denganku lagi buat
kesekian kalinya? Tidak! Mamanya mahu bertemu pula dengan makku? Mungkin tidak.
Aku tidak akan membenarkannya sama sekali. Biarlah aku seorang yang dihina dan
dikeji. Asal bukan mak yang aku kasih dan cintai.
“Papa
saya akan datang merisik.”
Diam.
Lidahku kelu. Antara percaya dengan tidak. Adakah aku bermimpi?
“Asyraf,
ya?” aku mahu mengesahkan meskipun sudah kukenal suara itu.
“Ya,
saya,” jawab Asyraf. Diam lagi... Dia juga kelu bicaranya.
“Datin
Khatty dan Tengku Amalin macam mana?” Entah mengapa aku berasa gusar.
“Mama
saya tidak akan hadir. Tengku Amalin pula tidak ada kena mengena dengan hidup
saya. Bukan adik beradik. Bukan juga saudara terdekat. Hanya saudara sesama
Islam,” ungkap Asyraf bersahaja. Tenang...
“Maksud
Asha...” Tidak tahu bagaimana untuk memulakan. Setelah berdiam diri sekian
lama, Asyraf tiba-tiba muncul. Aku juga sebenarnya sudah hampir melupakan
dirinya dan...
“Asha...” Panggil Asyraf dengan lembut.
“Asha...”
Ah,
aku mengelamun rupanya. Entah berapa kali Asyraf memanggil namaku dari corong
telefon. “Saya tidak pasti...” balasku perlahan. Cukup perlahan tetapi aku
yakin masih dapat didengari olehnya.
“Apa
yang Asha tidak pasti?” Suara Asyraf sedikit meninggi. Aku benar-benar terkejut
dengan perilakunya. Macam bukan Asyraf. Adakah dia sedang berada dalam keadaan
yang amat terdesak? Apa yang sudah berlaku, sebenarnya?
“Asha...”
Asyraf menyebut namaku lagi. Diam...
“Beri
saya tempoh dalam seminggu,” ujarku perlahan tetapi sedikit tegas.
“Seminggu?”
Lelaki
itu seolah-olah terkejut dengan tempoh yang kuberikan. Sama sepertiku, aku juga
terperanjat dengan perilakunya. Asyraf yang aku kagumi adalah seorang pemuda
yang begitu tenang dan tidak tergesa-gesa. Asyrafkah ini???
‘Ah,
dia juga manusia biasa. Bukannya Nabi yang maksum,’ desis hatiku.
“Astaghfirullah,”
Kedengaran
Asyraf beristighfar perlahan.
“Ya?”
“Tidak...
baiklah. Asha ambil masa seminggu untuk berikan jawapan,” suara Asyraf
mendatar.
“Assalammualaikum,” Dia memberi salam sebelum sempat aku membalas
apa-apa. Gagang telefon diletaknya perlahan.
Aku
memandang telefon bimbitku tanpa berkelip. Adakah aku benar-benar tidak
bermimpi???
~bersambung~