Ayah, Amir nak jadi doktor! tersenarai dalam Top 10!
Saturday, September 22, 2012
Alhamdulillah.
Berita gembira lagi. Buku remaja Ayah, Amir nak jadi doktor! tersenarai dalam Top 10 Novel Remaja Teen@Prima.
Terima kasih yang tidak terhingga Muthiah ucapkan kepada semua terutama En. Suami dan ahli keluarga tercinta.
Sungguh! Sedikit sebanyak, Muthiah termotivasi.
Sebenarnya,ada unsur-unsur down dalam diri sebab apa yang Muthiah harapkan untuk tahun ini (dalam karier penulisan Muthiah) belum menampakkan tanda untuk direalisasi. Namun setelah bermuhasabah, Muthiah renung kembali...
Berita gembira lagi. Buku remaja Ayah, Amir nak jadi doktor! tersenarai dalam Top 10 Novel Remaja Teen@Prima.
Terima kasih yang tidak terhingga Muthiah ucapkan kepada semua terutama En. Suami dan ahli keluarga tercinta.
Sungguh! Sedikit sebanyak, Muthiah termotivasi.
Sebenarnya,
- Percaya! ALLAH lebih tahu apa-apa yang terbaik untuk diri kita ~ Perkara yang kita rasa baik, tidak semestinya baik untuk kita (begitulah sebaliknya).
- Lihatlah kepada nikmat dan banyakkan kejayaan yang ALLAH bagi, usah menumpu pada sesuatu yang belum kita kecapi ~ Apabila kamu bersyukur, ALLAH akan menambah nikmat buatmu dan bilamana kamu kufur, sesungguhnya seksaan ALLAH amat keras.
- Buat diri... usah sekali-kali berputus asa. Tempuhi ujian yang pelbagai ini dengan keyakinan bahawa diri kita sama sekali tidak sendiri ~ ALLAH dekat, lebih hampir daripada urat merih kita.
Justeru...
- Jom usaha!
- Minta dengan ALLAH tanpa putus asa. Dalam masa yang sama, perlu taat pada perintah-NYA.
Okey, beransur dahulu. Ada urusan sekejap. Assalammualaikum.