Khabar gembira buat mereka yang sabar (al-Baqarah, 2:155-157)

Assalammualaikum. Apa khabar, semua. Dua hari tidak menjengah ke sini. Agak 'sibuk'. Dua hari lepas, Muthiah dan suami berbuka puasa di Restoren Haji Sharin Low (cawangan Ipoh). Semalam pula, kami menghadiri majlis hari raya di P.O.R.T. Memang 'sibuk'.

Jom kita memotivasi diri sendiri dengan membaca terjemahan ayat-ayat ALLAH...




"Dan KAMI pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata, 'Sesungguhnya kami milik ALLAH dan kepada-NYA-lah kami kembali. Mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat daripada TUHAN-nya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk." (al-Baqarah, 2: 155-157)

....

Sesungguhnya, ALLAH pasti akan menguji kita (hamba-hamba pilihan-NYA) dengan :
  • ketakutan.
  • kelaparan.
  • kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.
Namun, ALLAH sampaikan khabar gembira buat kita yang bersabar dengan memperoleh :
  • ampunan daripada ALLAH.
  • rahmat daripada-NYA.
  • petunjuk daripada DIA.
Maka jom...perkuatkan hati dan jiwa. Kita sama-sama berusaha dan bersabar. Yuk, hati. Usahlah dikau sekali-kali berputus asa dalam mengharungi ujian-NYA. Sesungguhnya ALLAH Maha Melihat, Mendengar lagi Maha Mengetahui. 
0 Responses