Sepetang di PBAKL

Assalammualaikum. PBAKL berakhir sudah. Banyak borong buku? Sedikit perkongsian Muthiah sewaktu berada di sana pada 24 April 2011, baru-baru ini. Ribuan terima kasih Muthiah ucapkan kepada semua yang sudi hadir ke sini. SELAMAT MEMBACA :)

Bersama adik-adik yang comel dan kacak. Sungguh... si anak gadis sangat cute ;)

Terima kasih kepada Kak Ain sebab sudi luangkan masa ke sini ;) Mwah...

Puan Salmi turut memborong buku untuk Adik Ilham. Terima kasih, Kak kerana turut mendapatkan Ayah, Amir nak masuk U! dan Ayah, Amir nak jadi doktor!

Bersama salah seorang penulis novel remaja Buku Prima, Kak Kusyi Hirdan. Selain menulis novel remaja, beliau juga menulis novel Islamik dengan PTS dan NB Kara (Jika tidak silap Muthiah).

Okey. Selamat berhujung minggu...

Muthiah : Alhamdulillah.
Labels: | edit post
4 Responses


  1. ainhany Says:

    wouuuw... kusyuknya si baju biru tu. Fokus x tak fokus!

    Tahniah :)
    alhamdulillah dah baca pun. Anak2buah yg telah baca buku2 tu kata..."best laa chuu...!idea yg bleh mmbantu dlam BMnya nnti" dan bagi anak buah darjah 1 dan 3, ada bebrapa istilah yg diguna pakai dalam ayat perlukan penjelasan...maklumlah bru balajar mengenal bahasa... teruskan bekarya samnil mendidik akhlak generasi kita mncintai ALLAH dan rasul. Amin


  2. Siti Muthiah Says:

    Terima kasih, Kak Ain.

    Itulah. Sedang berfikir juga untuk menulis sesuatu yang lebih mudah difahami adik-adik dalam usia tersebut. Insya-ALLAH. Doakan, ya.

    Ehe. Saya budak baru belajar. Moga kan mendapat manfaat dari apa yang tercoret dalam buku berkenaan.

    ps: Sampaikan salam Muthiah buat anak buah Akak (^_^)