Petua menulis (1)

Assalammualaikum. Apa khabar? Muthiah. Alhamdulillah. Ehe.

Seorang teman maya bertanya :

  • Apakah petua Muthiah menulis?
  • Bagaimana Muthiah membahagi masa untuk menulis?

T____T

Petua... petua... Apakah petua Muthiah, ya?

Muthiah kira, setiap orang punya cara yang tersendiri. Ada yang boleh menyiapkan satu manuskrip dalam tempoh sebulan dan ada juga menyudahkannya dalam tempoh setahun. Macam Puan Anis Ayuni ~ seperti yang disampaikan beliau sewaktu majlis Pelancaran Novel Anis Ayuni di PBAKL pada 24 April lalu.

Hmm... ada satu perkara yang Muthiah pegang erat-erat. Sekiranya kita hendak berjaya (tidak kira dalam apa jua lapangan kerja), bagi seorang isteri... perlulah menjaga hak suami sebaiknya.

  • Sekiranya kita hendak menerima tawaran kenaikan pangkat... terimalah. Peluang tu...
  • Sekiranya kita hendak menyambung pelajaran... pergilah. Untuk masa hadapan juga...
  • Sekiranya kita hendak menulis banyak buku... tulislah. Royalti banyak hati senang...
Namun, jangan sampai kita mengabaikan suami kita. Abai yang macam mana? Tepuk dada, tanya iman. Sejauh mana kita menunaikan tanggungjawab kita selaku seorang isteri (Peringatan buat diri Muthiah khususnya).

Ada suami, dia beritahu isterinya yang dia rasa terabai. Ada suami, dia tidak cakap pada kita tetapi cakap pada orang lain pula. Dia tidak mengeluh di hadapan kita tetapi merungut di tempat lain. Hmm... kalau begitu, bukan salah kitalah, kan? Suami yang tidak mahu cakap, kita manalah tahu. Masalah juga('') ~ Apapun, semaklah balik diri kenapa jadi begitu?

Dalam hal ini.... berbalik kepada ungkapan tadi, 'Tepuk dada, tanya iman.' Fikirkan kembali. Gunakan pertimbangan akal sewajarnya. Letakkan ALLAH di tempat teratas. Macam mana tu???

Okey... kita hendak menulis.

Situasi : Dari pagi sampai ke malam, kita hanya duduk di hadapan komputer riba.

Isu : Suami terabai, dia pula tidak berkata apa-apa. Memberi sokongan 100% kepada kita. Sebagai tanda cinta dia kepada kita. Dia rela berkorban demi kita. Bagaimana pula dengan diri kita? Ada berani berkorban dengan yang tercinta atau kita takut terkorban? Terkorban yang macam mana?

Pertimbangan akal : Hmm... walaupun suami sudah menyokong, dia cinta 150% kepada kita... Tidakkan kita sendiri selaku isteri mahu memberi yang terbaik buat suami? Menunaikan haknya sebaiknya??? Mana suami lebih suka? Kita kerja gila-gila demi masa hadapan keluarga atau kita bekerja sungguh-sungguh, dalam masa yang sama menunaikan hak suami sebaiknya.

Jadi??? Fikir dan renung.

Hehe... Apa kaitannya dengan petua menulis? Ada... tunggu...

Muthiah : Sayang pada yang sayang..
2 Responses
  1. salam kak

    byk tul tersirat susah nak faham.hehe


  2. Siti Muthiah Says:

    salam, dik.

    akak pun tak faham. eh.. betul ke? huhu...