Awas, gerak langkahmu!

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... Alhamdulillah. Sihat. Batuk sikit-sikit sahaja.

Baiklah. Hari ini, Muthiah ingin berkongsi satu cerita yang mungkin (dan sewajarnya) direnung bersama.

Isu | Sticker pada cermin kereta

Pernah tengok?
  • Ya.

Apakah ayat pada sticker yang kita biasa baca?
  • Baby on board ~ Jadi, bertimbangrasalah T______T
  • P (~_^). Hahaha ~ Jangan marah jika aku memandu 20km/jam ('')
  • Ya, ALLAH. Jadikanlah aku orang kaya beriman ~ Satu doa ni ;) Jadi, tampallah sticker yang tertulis kata-kata positif. Kenapa? Apabila orang baca, insya-ALLAH akan menjadi doa pada diri kita.
  • Membangun bersama ISLAM ~ Ehe. Juga satu doa. Jom doa ramai-ramai!
  • Tiada TUHAN melainkan ALLAH ~ Bangga pada agama.
Ada satu lagi yang Muthiah biasa baca. Iaitu Amita***. Pernah baca? Satu hari, Muthiah bertanya kepada suami, "Apalah agaknya maksud Amita*** ini?"

Suami menjawab, "Entah."

Muthiah menambah lagi, "Takut kalau membawa maksud yang boleh memesongkan akidah. Kita pula selalu menyebutnya tanpa sedar."

Suami pun membalas, "Betul juga."

Lalu, Muthiah pun menghantar mesej kepada seorang sahabat berbangsa Cina.

Muthiah | May I know, what is Amita*** means?

Sahabat Muthiah pun menjawab | Amita*** is a buddist way of saying something like bismillah.

Ayuh, kita renungkan bersama.

Muthiah : Ya, ALLAH. Kurniakan aku zuriat yang soleh.
Labels: | edit post
4 Responses
  1. ainhany Says:

    salam dik,

    Mudah2an kita peka dgn persekitaran..Terima kasih atas info ini..

    Kt d'va ada 'AQSA SHARIF- mmperkasa ummh membebaskan al aqsa" boleh kan??


  2. Siti Muthiah Says:

    Salam.

    Sama-sama kasih, Kak. Ya. Moga kita lebih prihatin dan peka.

    Jika bukan kita yang menganggungkan ALLAH dan agama kita, siapa lagi? Hii...

    Muthiah : Proud to be MUSLIM T___T


  3. ainhany Says:

    Amin....
    Semuga ALLAH mmakbulkan doamu jua dik. InsyaALLAH


  4. Siti Muthiah Says:

    Amin ya Rabbal 'Alamin, Kak Ain.

    ALLAH sebaik-baik Perencana (~_~)