Aku bukanlah siapa-siapa

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... ketepuan sedang melanda. Blank... blur...Namun, jika dilihat dari sisi positif... ALLAH mahu memberi kerehatan kepada Muthiah. Sahabat-sahabat, bagaimana? Jika berhadapan dengan sesuatu yang tidak diingini (sebagai contoh bagi penulis ~ idea tidak ada). Cuba fikir positif ;) Hmm... kena rompak pun kena fikir positifkah???? Hiii... Tepuk dada, tanya iman.

Okey. Jom kita berpuisi...

Jeng jeng jeng (Puisi sedih atau ceria? Sedihlah...Ehe...)


Tatkala ku terkenangkan dia
Hatiku rawan tidak semena-mena
Burukkah aku pada kaca matanya?
Hinakah aku kerna meragut cintanya?
Tidak... tidak
Sama sekali tidak ku rampas jantung hatinya
Sama sekali tidak ku musnah kebahagiaannya
Yang aku mahu
Hanyalah secebis kasih yang tidak seberapa
Kerna ku tahu

AKU BUKANLAH SIAPA-SIAPA

Muthiah : Hmm... tidak sedih pun :P
Labels: | edit post
2 Responses
  1. semantik betul puisi tu..hehe