Mencari Naurah (Bab 30)
‘PENING...’ fikir Asyraf. Ditelan mati emak, diluah mati bapak. Itulah perumpamaan yang paling sesuai digunakan. Siapa sangka, dalam usia yang masih muda, dia akan menerima ibu tiri yang sama umur dengannya. ‘Susah juga,’ bisik hatinya lagi. Mahu panggil apa? Mama? Atau sekadar menyebut namanya? |
Namun, papa berhak untuk berbuat demikian. Papa sudah sanggup dan dia mampu. Sebagai suami, papa tidak memerlukan keizinan mama untuk berkahwin satu lagi. Bukan sahaja satu bahkan dua... tiga. Islam membatasi poligami sehingga empat. ‘Jadi, sepatutnya tidak akan menimbulkan sebarang masalah.’ Asyraf berkira-kira sendiri.
Dari sudut kewangan, papa tidak berhadapan dengan masalah. Papa punya harta yang melimpah ruah tetapi jika dilihat dari sudut batiniah, hanya papa yang tahu kemampuannya. Bolehkah papa membahagikan kasihnya kepada dua isteri secara adil lagi telus? Bukankah sukar untuk berlaku adil? Mama yang sudah hampir menopaus manakala mama baru berada dalam kedudukan ‘cergas’.
Hmm... walaupun sukar untuk menerima hakikat ini, Asyraf cuba berfikir secara waras mengikut syariat Islam. Tidak salah berpoligami. Firman ALLAH dalam s
Ya, nikahilah dua, tiga atau empat yang kamu senangi. Mungkin papa berasa senang untuk membuka cawangan baru. Lebih-lebih lagi dengan keadaan mama yang tidak mengambil peduli keperluan papa. Betullah sepertimana yang diperkatakan papa, “Air pun bibik kena buat. Baju bibik kena basuh. Nasi bibik kena masak. Sampaikan bilik tidur pun bibik kena kemas...urah an-Nisa’ ayat 3 yang bermaksud, ‘maka kahwinilah wanita-wanita lain yang kamu senangi; dua, tiga atau empat. Kemudian sekiranya kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja.’
Saya mendambakan seorang isteri yang dapat memenuhi segala keperluan saya...” Dengan kata lain, keperluan
papa semuanya diuruskan bibik tetapi bibik bukanlah isteri papa.
Mungkin mama beranggapan bahawa usia sudah lanjut. Maka, belaian sudah tidak bermakna lagi tetapi tanggapan itu sama sekali salah dan terpesong. Bukankah seorang lelaki itu sentiasa berasa muda? Lebih-lebih lagi setelah melepasi angka 40, merasakan diri sentiasa gagah dan hebat. Entahlah, Asyraf masih buntu untuk menyelesaikan permasalahan antara ibu dan bapanya.
Ingin menuding jari pada mama? Tidak boleh juga kerana papa yang berperanan membimbing mama. Seingat Asyraf, papa tidak pernah melarang mama melakukan apa sahaja yang disukainya. Papa memberi sepenuh kebebasan kepada mama. Ingin pergi gim, salun, berenang... papa tidak pernah larang.
Selain itu, papa juga tidak pernah menegur penampilan mama. Gayanya tidak ubah seperti pelakon Hollywood, yang sudah tua usianya tetapi masih kelihatan bergaya. Satu ketika dahulu, papa begitu berbangga dengan mama. Papa berbesar hati apabila kecantikan mama dipuji-puji orang di sekelilingnya.
Itu dahulu, sebelum papa mendapat hidayah daripada Yang Maha Esa. Waktu papa masih muda... waktu papa mula-mula mendapat gelaran dato’. Kejayaan papa dalam bidang perniagaan melayakkan papa memperoleh status tersebut. Asyraf tumpang gembira. Mama apatah lagi.
Namun, manusia berubah. Dan hamba TUHAN yang berubah itu adalah papanya. Ya! Tidak ada yang pelik dalam kehidupan ini. Apabila hidayah itu datang, perkara yang mustahil itu akan menjadi tidak mustahil. Seseorang yang jahil bisa menjadi insan yang berilmu. Asal mana dia sentiasa mahu merendahkan dirinya di hadapan TUHAN.
Sekiranya ia berubah sebanyak 360 darjah, siapakah yang berhak menyangkalnya? Bukankah semua itu datangnya daripada RAB yang menjadi Tuan Punya?
Sesungguhnya, kuasa ALLAH tidak ada batasannya. DIA memegang hati-hati manusia dan DIA bisa membawa mereka ke jalan yang diredhai-NYA. Malanglah bagi insan yang merasakan dirinya begitu besar dan hebat. Tanpa sedar, perkara tersebut telah menghalangnya daripada melihat cahaya yang sedang menghampirinya. Seterusnya, gagal untuk menggapai cahaya yang tidak banyak orang memperolehinya.
Asyraf berfikir lagi. Lebih mudah mengajak orang lain kepada TUHAN berbanding menyeru keluarga sendiri mengenali agama. Dia merasa kecil di hadapan TUHAN. Dia bersungguh-sungguh mengingatkan orang lain kepada PENCIPTA tetapi keluarganya?
Dia muhasabah sendiri. Nabi SAW sendiri tidak dapat membawa bapa saudara yang banyak membantunya dalam perjuangan Islam untuk mengikuti agama tauhid. Sehingga ajalnya, Abu Talib masih kekal dengan agama anutannya. Itu Muhammad bin Abdullah. Inikan pula dirinya yang begitu banyak melakukan dosa, dalam lena mahupun jaga.
Hidayah itu daripada ALLAH. Yang penting, tidak berputus asa dalam menyampaikannya. Dia sedar, bukan dirinya yang membawa manusia kepada RAB tetapi DIA yang membuat pilihan terhadap insan-insan yang dikasihi-NYA.
Asyraf berdoa agar satu hari nanti, mamanya akan kembali ke pangkal jalan. Mungkin lambat lagi tetapi dia tidak akan berhenti berdoa. Papa dan mama barunya? Moga mereka bahagia dengan kehidupan yang dipilih mereka. Dia yakin papanya mampu dan dia turut berdoa agar papanya berlaku adil. Khuatir andai papanya tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya...
~bersambung~