Kadar nafkah bagi isteri
Tuesday, January 17, 2012
Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Ada baik? Jom muhasabah sama-sama muhasabah hati sekejap...
Ada perasaan cemburu pada siapa-siapa?
Ada rasa benci pada siapa-siapa?
Ada marah pada siapa-siapa?
Ada meluat pada siapa-siapa?
Ada sakit hati pada siapa-siapa?
Ada dan ada....
Persoalannya, KENAPA? ^______^
Kemudian, ayuh kita sama koreksi lagi...
Bagaimana dengan solat?
Bagaimana dengan tadarus al-Quran?
Bagaimana dengan ketaatan kepada ALLAH?
Resolusinya ..... Buat sendiri.
Hari ini, Muthiah ingin berkongsi kuliah Ustaz Azhar Idrus yang Muthiah baca di wall seorang teman (KISAS) dahulu. Yuk, kita bermuhasabah lagi ^^
Asas kadar nafkah wajib asas bagi seorang isteri.
1- Makan
- 2 kali sehari sahaja (Pagi dan petang/ malam).
- Kadar kenyang bagi isteri (termasuk lauk).
- Sama ada dibeli/ suami atau isteri masak/ suami beli bahan mentah untuk dimasak/ suami beri duit untuk beli barang mentah.
2- Pakaian
- 2 kali setahun.
- Pakaian yang menjaga aurat.
3- Tempat tinggal
- Sama ada sewa/ rumah sendiri/ menumpang rumah sesiapa.
- Dengan syarat, tempat itu disukai isteri (tidak boleh mengumpulkan isteri dengan sesiapa yang menyakitkan hatinya).
- Keadaan rumah, biarlah dapat memelihara aurat sang isteri.
Nota : Di atas, Muthiah hanya salin bulat-bulat dari apa yang UAI nyatakan. Sebarang pertanyaan lanjut, boleh terus ke Page beliau, ya. Apa yang penting...
Baik jadikan ikutan.
Tidak elok jadikan sempadan.
ALLAH telah kurniakan kita akal untuk berfikir dan menilai.
Muthiah : Hmm...