^______^ (i)
Tuesday, January 31, 2012
Assalammualaikum....
Pejam celik, pejam celik... sudah 26 hari bulan. Esoknya, Muthiah ada program di Shah Alam (Festival Karangkraf 2012). Bertolak ke Pasir Mas dari Sungai Tong... bagi hadiah hari jadi ibu mertua yang terlewat. Kemudian, singgah ke Merapoh. Muthiah bergerak ke Kuala Lumpur pada malam 26 hari bulan.^____________________________^ (Senyum dulu)...
Apa khabar? Muthiah... selsema dan batuk sedikit. Beginilah Muthiah setiap kali lama/ jauh berperjalanan -> Batuk, selsema, tidak sedap tekak = satu pakej lengkap.
21 hari bulan Januari baru-baru ini, Muthiah balik Kelantan. Orang Cina beraya, Muthiah dan suami pun hendak berhari raya juga. Ehe... jalan-jalan cari pasal dengan keluarga mertua.
Kondisi badan -> gagah perkasa lagi, Alhamdulillah.
3 hari di Kelantan, kami balik Terengganu pula pada malam 23 Januari. Na na na na na, Ganu Kite. 'Sere sohor metar asa Ganu.' (Padahal kad pengenalan nombor 14). Seperti di Kelantan, aktiviti yang berlangsung pun sama iaitu jalan-jalan cari pasal. Noktah!
Kondisi badan -> Masih perkasa (Bukan PERKASA!).
27 hari bulan...
Pertama -> Majlis penyampaian hadiah, Jom Tulis Cerpen, 'Saya hidup positif, anda bila lagi?' di Studio F, Kompleks Karangkraf Shah Alam. Insya-ALLAH, nanti Muthiah kongsikan pengalaman di sebalik pertandingan yang Muthiah masuki ini.
Kedua -> Aktiviti di booth NUR bersama penulis Raihan Zaffya ;)
Tidak sabar untuk tidur di atas tilam di rumah, Muthiah terus balik ke Ipoh pada malamnya.
Terima kasih yang tidak terhingga Muthiah ucapkan kepada suami yang sentiasa menyokong, mengasihi Muthiah sepenuh hati... keluarga yang selalu dekat dalam sanubari Muthiah... rakan-rakan serta semua yang menyayangi Muthiah.
Mode keseluruhan -> ALHAMDULILLAH. Muthiah gembira. Gembira sebab...
Dapat bersama keluarga...
Dapat rasa diri berkerjaya... Chewah ;)
Noktah! Kenapa Muthiah merasakan diri Muthiah sedang merapu-rapu di blog sendiri ini? Sekadar perkongsian perjalanan. Jika ada yang boleh dikutip, ambillah. Jika tidak...
Geleng kepala atau senyum kelat sahaja^^
Nota :
Dalam hidup...
ada senyum... ada mencuka..
ada ketawa... ada air mata..
Apapun kondisinya, ketahuilah yang kita tidak sendiri.
Muthiah : Merapu ;)