Isteri genius, suami super genius

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... Alhamdulillah, sihat. Insya-ALLAH, pagi ini hendak ke Ipoh atas satu urusan. Doakan semuanya dipermudahkannya ^___^

Hmm... Satu perkongsian yang boleh jadi buat kita ...

  • Geleng kepala...
  • Gelak sampai terguling-guling...
  • Hmm... terus statik, tidak rasa apa-apa pun, syok sendiri sahaja.

Satu hari, suami yang sepatutnya sudah kenyang menghadiri jamuan di pejabat tidak semena-mena balik pada waktu tengah hari. Untuk apa?

  • Saja-saja untuk habiskan NGV yang ada.
  • Hendak balik solat zohor secara berjemaah dengan isteri di rumah.
  • Blablabla...
Jawapan sebenar ialah membuat spot check - Adakah isteri ini masak untuk dirinya atau tidak? Al-maklumlah, si isteri agak kurang rajin untuk memasak kepada diri sendiri.

Oleh sebab si isteri belum masak lagi... maka, tertangkaplah si isteri dengan 'kesalahan' yang ia lakukan.

Berkata si suami, "Apa sogokan yang Muthiah hendak berikan kepada Abe atas kesalahan ini?"

Dengan selamba, si isteri menjawab, "Apa kata Muthiah belanja Abe makan mi udang malam nanti?"

Mata si suami membulat. Dia diam sejenak, kemudian bersuara semula, "Sebenarnya, siapa yang hendak makan mi udang ni???"

Tengok. Isteri ini memang genius kerana mahu mengambil kesempatan ke atas suaminya namun jangan lupa! Sebenarnya, suami ini lebih genius kerana dapat menangkap, apa yang berada di dalam hati isterinya.

Kesimpulannya :

Isteri.. dengarlah cakap tok laki.
Sekali-sekala, jom kita pergi makan mi udang di Kuala Sepetang.

Muthiah : Semua bahagia di dunia dan akhirat ^^
Labels: | edit post
2 Responses
  1. bungkuskan satu untuk saya..hehe..moga terus berbahagaia =)


  2. Siti Muthiah Says:

    Makan sejuk, tak sedap, dik. Nanti, datanglah ke Kuala Sepetang. Makan panas-panas.

    Insya-ALLAH... terima kasih ^^