Entah kenapa

Oh, gambar ini tiada kaitan dengan puisi (jika layak dipanggil puisi) tertulis :)


Entah kenapa
bila mengenangkan dia
aku jadi dukacita
teringatkannya
aku terus kecewa
kisah berlalu 
hari bertukar ganti
aku tetap ragu-ragu

Entah kenapa
dia hadir melukai hati
menangis duka aku sendiri
kuharap dia pergi
namun kisah itu
tetap mahu mendekati

Entah kenapa
sampai bila harus begini
benci dan dendam 
masih melingkari 
kumohon kekuatan TUHAN yang ESA
agar jiwaku dapat kembali

Huhaha... lama tidak bermadah. Hari ini mood merapu tahap gaban <- Wujudkah tahap yang sebegitu? Kita hanya cuba mengasah 'bakat' dalam berpuisi ya?  ~ 



Labels: | edit post
2 Responses
  1. Kalau tak salah saya akak guna nama Nurliza Mohd Nasir kan?

    Antologi cerpen Jom tulis cerpen tu dh berada di pasaran. Saya telah pun membelinya.


  2. Siti Muthiah Says:

    Iya, Helmi. Saya guna nama sebenar. Nama pena Siti Muthiah biasanya digunakan di majalah. Manakala untuk novel NUR (Islamik Alaf21), saya gunakan nama Nazihatul Hanan.

    Selamat membaca dan moga terus sukses dalam lapangan ini, insya-ALLAH, amin :)