'Bengkek'nya rasa hati ;)

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Selamat berhujung minggu. Muthiah... Ehe. Tidak tahu lagi apa aktiviti yang hendak dilakukan hari ini. Setelah dekat seminggu berkampung di Kuala Lumpur, banyak perkara yang perlu dibuat di rumah. Antaranya :

  • Mop rumah.
  • Menyapu rumah.
  • Basuh kain.

Dengan kata lain, buat operasi rumah ;)

Hmm... semalam, Muthiah marahkan seseorang. Marah sungguh-sungguh. Oleh sebab Muthiah jarang marah, memang ketara juga. Terima kasih kepada Encik Suami yang selalu mendorong Muthiah untuk rasional dan tidak terlalu beremosi dalam sesuatu perkara. Hihi...

Pernah marah? Kenapa kita berasa marah?

  • Kena tipu.
  • Duit kena pau.
  • Kena umpat.
  • Payah betul hendak beri kerjasama. Sudahlah kita ni pelanggan!!! Customers always right, ya =)
  • Isteri tidak dengar cakap.
  • Suami main kayu tiga. Nauzubillah.
  • Anak menderhaka. Cakap telinga kanan, keluar telinga kiri. Letih..
  • Pemimpin berlaku zalim. Siapakah mereka? Boleh senaraikan?
  • Anak murid degil mengalahkan Shin Chan. Suruh buat kerja sekolah, meniru. Apabila kena denda, mulalah gores kereta cikgu. Tidak pun, lapor pada mak dan ayah. Mereka pula akan lapor pada surat khabar. Bak kata seorang cikgu, "Baguslah. Tukar Kementerian Pendidikan kepada Kementerian Pelajaran. Tugas sekarang adalah mengajar. Tidak lagi MENDIDIK!" Marah sungguh cikgu ini. Namun ingat, marah ini tandanya sayang.
  • Orang tuduh kita bukan-bukan tanpa usul periksa. I'm not a spy. Okay? ;)
  • Orang tabur pasir atas periuk nasi kita. Dengkikah? Atau tidak boleh melihat orang lain lebih senang? Hmm... ingatlah. Tidak ada yang dapat menghalang rezeki ALLAH buat kita andai itu ketentuan-NYA.
  • Suka sangat bagi arahan. Tidak salah tetapi adalah lebih enak jika beri nasihat. Tidak pun, cakaplah elok-elok. Hiii T_______T
  • Kena fitnah. Tidak baik ooo... Anggapan itu bisa membinasakan. Awas!
  • Isteri cemburu buta. Susahlah kalau hendak bekerja kalau begini.
  • Orang masuk blog/ facebook kita, mengutuk macam-macam tentang peribadi kita. Bukan hendak ambil manfaat yang ada. Cari kelemahan dan kelompangan sahaja.
  • Anak buah tidak buat kerja seperti yang diarahkan. Suruh buat laporan minggu. Hendak guna petang ini. Minggu hadapan baru hantar. Adoi!
  • Kumpulan tidak bekerjasama dengan baik dalam menyempurnakan sesuatu tugas.
  • Isteri utamakan hal-hal lain berbanding diri kita. Huhu... Nasib badan.
  • Orang cakap yang bukan-bukan tentang mak ayah kita.
  • Ada orang jahil sewenang-wenangnya menghina ulama.
Banyak sungguh sebab seseorang itu marah. Sabar. Suami Muthiah berkata, "Sabarlah. Kalau tidak, Muthiah akan marah sambil menghiris badan sendiri dengan pisau." Faham maksudnya? Jom.. kita sama-sama atasi rasa marah itu ;)

Salam sayang daripada Muthiah.

Muthiah : Hari ini tidak marah ;)
Labels: | edit post
2 Responses
  1. salam kak

    kdang2 susah jg kalau perkara2 dalam senarai tu berlaku nak sabar...

    moga Allah mempermudahkan urusan =)


  2. Naam, dik.

    Sangat susah... Jom kita cuba...