Syukur...


Bersyukurlah... 

Dan (ingatlah juga), tatkala TUHAN-mu memaklumkan, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti KAMI akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-KU), maka sesungguhnya azab-KU sangat pedih." (Ibrahim, 14:7)

Acap kali kita lupa...
... segala nikmat yang ALLAH kurnia buat diri kita.

Selalu sahaja kita alpa...
... asyik merintih atas apa yang belum kita miliki sedang jelas, ALLAH pasti akan beri pabila sampai masa yang telah ditetapkan oleh-NYA.

Sering kita berputus asa...
... sedang nyata ALLAH begitu dekat; lebih hampir dari urat merih kita sendiri. DIA Maha Melihat, Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

"Tidak ada yang lebih manis dalam kehidupan ini melainkan tatkala berjaya mencapai kemanisan iman dan mengecap cinta Ilahi," Siti Muthiah @ ‪#‎MH‬.

Berbuat baik. Hindari kejahatan.


Berwaspadalah agar tidak terpijak duri - takwa.

... "Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)-nya; dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya." (az-Zalzalah, 99:7-8)

Berbuat baik. Hindari kejahatan. Andai tersilap langkah, kembalilah. Sesungguhnya ALLAH Maha TELITI Penghitungan-NYA.

"Tidak ada yang lebih manis dalam kehidupan ini melainkan tatkala berjaya mencapai kemanisan iman dan mengecap cinta Ilahi," Siti Muthiah @ # MH.

Salam Ramadan


Manfaatkanlah ruang yang ada selagi punya peluang...

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan di antara yang benar dengan yang salah..." (al-Baqarah, 2:185)

Salam Ramadan al-mubarak.

Moga hari ini lebih baik daripada hari semalam; dan di penghujung hidup kelak berakhir dengan kesudahan yang baik, insya-ALLAH.

"Tidak ada yang lebih manis dalam kehidupan ini melainkan tatkala berjaya mencapai kemanisan iman dan mengecap cinta Ilahi," Siti Muthiah @ ‪#‎MH‬.

Jual beli dengan ALLAH


Buat para pejuang...

"Sesungguhnya ALLAH telah membeli daripada orang-orang Mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Balasan syurga yang sedemikian ialah) janji yang benar daripada ALLAH di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada ALLAH? Maka, bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar." (at-Taubah, 9:111)

"Tidak ada yang lebih manis dalam kehidupan ini melainkan tatkala berjaya mencapai kemanisan iman dan mengecap cinta Ilahi," Siti Muthiah @ ‎#MH.

Usah membuka aib orang


Ingatlah wahai hati yang hanya nampak kecacatan orang...

"Wahai, orang-orang yang beriman. Jauhilah kebanyakan daripada persangkaan kerana sesungguhnya sebahagian daripada persangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka, sudah tentu kamu jijik kepadanya; dan bertakwalah kamu kepada ALLAH; sesungguhnya ALLAH penerima taubat, lagi Maha Mengasihani." (al-Hujurat, 49:12)

~ Andai tidak mampu buat semua, jangan tinggal segalanya~

"Tidak ada yang lebih manis dalam kehidupan ini melainkan tatkala berjaya mencapai kemanisan iman dan mengecap cinta Ilahi," Siti Muthiah @ ‎#MH.

Yakini bantuan ALLAH


Wahai, pejuang...

Hai, orang-orang beriman. Sekiranya kamu membantu (agama) ALLAH, nescaya DIA akan membantumu dan meneguhkan tapak pendirianmu." (Muhammad, 47:7)

"Tidak ada yang lebih manis dalam kehidupan ini melainkan tatkala berjaya mencapai kemanisan iman dan mengecap cinta Ilahi," Siti Muthiah @ ‎#MH.

ALLAH tahu...


Motivasi pagi | Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui...

Peringatan untuk jasad dan jiwa agar berusaha menghindar dosa. Andai tersungkur jua, kembalilah kepada DIA yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 

"Dan pada sisi ALLAH-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali DIA sendiri; dan DIA mengetahui apa yang di daratan dan apa yang di lautan; dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan DIA mengetahuinya (pula); dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (lohmahfuz)". (al-An'am, 6:59)

"Tidak ada yang lebih manis dalam kehidupan ini melainkan tatkala berjaya mencapai kemanisan iman dan mengecap cinta Ilahi," Siti Muthiah @ ‎#MH.

Segalanya milik ALLAH (rezeki)


Segalanya milik ALLAH...

Sekiranya ALLAH berkehendak untuk melapangkan rezeki kepada hamba-hamba pilihan-NYA, tidak akan ada seorang pun yang mampu menghalanginya.

Dan sekiranya ALLAH berkehendak untuk membataskan rezeki hamba-hamba-NYA, tidak akan ada seorang pun yang mampu memberinya.

"Sesungguhnya, RAB-mu melapangkan dan menyempitkan rezeki kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-NYA; sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Melihat hamba-hamba-NYA." (al-Isra', 17:30)

"Tidak ada yang lebih manis dalam kehidupan ini melainkan tatkala berjaya mencapai kemanisan iman dan mengecap cinta Ilahi," Siti Muthiah @ ‎#MH.

Tawakal hanya kepada ALLAH


Katakanlah (Wahai, Muhammad), "Sekali-kali tidak akan menimpa kami kecuali apa yang telah ALLAH tetapkan untuk kami. DIA-lah Pelindung kami, dan hanya kepada ALLAH-lah orang-orang beriman harus bertawakal." (at-Taubah, 9:51)

"Tidak ada yang lebih manis dalam kehidupan ini melainkan tatkala berjaya mencapai kemanisan iman dan mengecap cinta Ilahi," Siti Muthiah @ #MH.

Membutuh keampunan


Motivasi buat diri yang selalu lupa lagi alpa...

"Jika ENGKAU menyeksa mereka, maka sesungguhnya mereka adalah hamba-hamba-MU; dan jika ENGKAU mengampuni mereka, maka sesungguhnya ENGKAU-lah Yang Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana." (al-Maidah, 5:118)

"Tidak ada yang lebih manis dalam kehidupan ini melainkan tatkala berjaya mencapai kemanisan iman dan mengecap cinta Ilahi," Siti Muthiah @ #MH.

Orang mukmin adalah bersaudara


Tanamkan di dalam hati, ukhwah ini kerana ALLAH, insya-ALLAH 

"Sesungguhnya, orang-orang Mukmin adalah bersaudara..." (al-Hujurat, 49:10)
 

Kemanisan iman


Menggamit kenangan...

"Tidak ada yang lebih manis dalam kehidupan ini melainkan tatkala berjaya mencapai kemanisan iman dan mengecap cinta Ilahi," Siti Muthiah.

Daripada Anas R.A., bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, "Terdapat tiga perkara, sesiapa yang memilikinya, akan merasai manisnya iman: Apabila dia mencintai ALLAH dan Rasul melebihi sesuatu yang lain; dia mencintai seseorang hanya kerana ALLAH; dan dia membenci kekufuran sebagaimana kebenciannya dicampakkan ke dalam api neraka." (H.R. Bukhari)

#Saat Mu'min Merasakan Kelezatan Iman, Dr. Abdullah Nashih Ulwan.
Labels: 0 comments | | edit post

Tawakal



... berserah sepenuhnya kepada ALLAH, disertai dengan usaha.

... percaya kepada ALLAH; beriman kepada kemampuan, kekuatan dan ilmu-NYA.

#Taujih Ruhiyah, Abdul Hamid al-Bilali.
#PRPM.
Labels: 0 comments | | edit post

Jalan mencapai takwa ...



Muroqobah ~ merasa keagungan ALLAH pada setiap saat dan ketika, di samping merasa ALLAH sentiasa bersama pada waktu sepi dan ketika orang banyak.

...meyakini bahawa... 

ALLAH sentiasa dekat (bersama) dengannya.
ALLAH melihat dan mendengar setiap apa yang diperbuat dan diperkata.
ALLAH mengetahui sesuatu yang terlihat dan tersembunyi.

Ihsan ~ "Hendaklah kamu beribadah seolah-olah kamu melihat ALLAH; dan sekiranya kamu tidak boleh melihat ALLAH, maka sesungguhnya ALLAH melihat kamu." (H.R. Muslim)

# Tarbiah Ruhiyah, Dr. Abdullah Nashih Ulwan.
Labels: 0 comments | | edit post

Kebaikan VS Kebatilan


Kebaikan yang berpencar-pencar tidak akan dapat menghalang kebatilan yang tersusun rapi - Kata-kata hikmat.

Renung... 
Fikir...

#Kepentingan Tarbiah kepada akhuwat.
Labels: 0 comments | | edit post

Mujahadah


Motivasi pagi buat diri yang selalu lupa...

Daripada Abu Hurairah R.A., bahawa beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya ALLAH berfirman, 'Tidaklah seorang hamba-KU mendekat kepada-KU dengan sesuatu yang lebih AKU sukai selain daripada amalan-amalan wajib; dan seorang hamba-KU sentiasa mendekat kepada-KU dengan melakukan amalan-amalan sunnah sehingga AKU mencintainya. Apabila AKU telah mencintainya, maka AKU-lah yang menjadi pendengarannya; dan sebagai tangan yang digunakan untuk memegang; dan kaki yang dipakai untuk berjalan; dan apabila dia memohon kepada-KU, pasti AKU kabulkan; dan jika berlindung kepada-KU, pasti AKU lindungi,'." (H.R. Imam Bukhari).

# Tarbiah Ruhiyah, Dr. Abdullah Nashih Ulwan.

Takwa (ii)


... kepekaan batin, kelembutan perasaan, rasa takut yang berterusan, selalu berwaspada (hati-hati) jangan sampai terkena duri di jalanan...

(Sayyid Qutbh, Fi Zhilalil Quran)

"Hai, orang-orang yang beriman. Bertakwalah kepada ALLAH dengan sebenar-benar takwa kepada-NYA; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam." (ali-Imran, 3:102)
 

Takwa (i)


Telah bertanya Sayidina Umar al-Khattab R.A. kepada Ubai bin Ka'ab tentang takwa.

Jawab Ubai, "Bukankah kamu pernah melalui jalan yang penuh duri?"

"Ya," Umar mengeyakan.

Ubai bertanya lagi, "Apakah yang kamu lakukan saat itu?"

Umar menjawab, "Aku bersiap sedia dan berjalan dengan penuh waspada (hati-hati)."

"Itulah takwa," Ubai membalas.

# Tarbiah Ruhiyah, Dr. Abdullah Nashih Ulwan.
 
Labels: 0 comments | | edit post

Sedekah


Istiqamah dalam kebaikan ~ bersedekah.

"Setiap ruas tulang manusia harus disedekahi setiap hari selagi matahari masih terbit. Mendamaikan dua orang (yang berselisih) adalah sedekah; dan menolong orang sehingga dia dapat menaiki kenderaan atau mengangkat barang-barang ke atas kenderaannya adalah sedekah; dan kata-kata yang baik adalah sedekah; dan setiap langkah kaki menuju ke tempat solat adalah sedekah; dan menjauhkan bahaya dari jalan juga merupakan sedekah." (H.R. Bukhari dan Muslim) - Hadis Arbain.

Jika tidak mampu buat semua, usah ditinggal segalanya.

Kembali...

Assalammualaikum.

Setelah sekian lama, akhirnya kembali mengemaskini blog. Bukan setakat blog yang bersawang, manuskrip pun tidak dipandang langsung. 'Hutang' dengan editor masih belum dibayar. Janji tinggal janji. Seribu alasan diberi padahal, bukan empunya diri tidak mengetahui, "Hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih." Namun sungguh! Masa betul-betul mencemburui. Bukan tidak merindui tetapi itulah... kita hanya mampu merancang, ALLAH jua sebaik-baik Perencana.

Menyingkap kenangan...

20 April 2013

Sumber foto : Puan Rojanah Kahar

Menghadiri Mesyuarat Permulaan penubuhan Koperasi Kolej Islam yang berlangsung di Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang. Disusuli dengan mesyuarat lanjutan penubuhan.

21 April - 2 Mei 2013


Mengutip pengalaman berharga; melihat sendiri perjalanan PRU di Malaysia, di Putrajaya khususnya. 

2 - 5 Mei 2013


Lagi pengalaman berharga PRU, bersama calon Dun Langkap, Setiu.

Selesai satu urusan. Sambung menulis! Yeah...


Sumber foto : Google Image

Berusaha keras memperbaik manuskrip yang diminta editor. Ah, tertekan! Hati kosong tatkala membaca manuskrip sendiri. Jiwa tidak dapat hadir di dalam cerita yang dihasilkan. Perjalanan kerja terasa lambat. Ikut hati, mahu berundur di sini. Apa kata buat perkara lain dahulu? Namun memikirkan masa dan tenaga yang telah dicurahkan sebelum ini, terus kuatkan semangat untuk berjalan ke hadapan. Cepat lambat nombor dua. Janji siap dan puas hati, insya-ALLAH.

12 Mei 2013

Menghadiri majlis perkahwinan rakan penulis, Iffa Zalia. Moga berbahagia sampai syurga, insya-ALLAH.

14 - 21 Mei 2013


Setelah sekian lama, menengok semula buku sewaktu belajar di kampus dahulu. Untuk apa? Mengutip pengalaman berharga. Terima kasih buat seseorang yang telah 'membuang' Muthiah ke dalam lombong bijih timah yang terdapat kapal karam di dasarnya. 

23 Mei 2013

Sumber foto : Siew Siew Chin

Menghadiri Majlis Anugerah Cemerlang di Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya. Mewakil adik yang tidak dapat hadir. Tahniah daripada kakak!

24 - 25 Mei 2013


Menghadiri Hari Keluarga ALKIS '13 di Hotel Primula, Kuala Terengganu. Seronok walau memenatkan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Majlis Makan Malam ALKIS, sukaneka serta menyelam di Pulau Kapas. Oh, tidak! Muthiah 'gayat' laut.

26 Mei 2013


Tahniah! Perjalanan baru sahaja bermula. Masih banyak yang perlu ditempuhi. Ingat ALLAH sentiasa dan teruskan berusaha sampai berjaya. Semoga sukses di dunia dan akhirat!

28 Mei 2013


Ehem-ehem...

Selesai babak pertama. Bila hendak fokus menulis ni? Insya-ALLAH... akan cuba bersungguh-sungguh!

Reminder...

29 Mei 2013 - Meraikan ehem-ehem lagi.
30 Mei 2013 - Ke Pusat Dokumentasi Dewan Bahasa dan Pustaka (hantar buku, beb!)
1 Jun 2013 - Hari Keluarga Jalan Arked 5/3.
6 Jun 2013 - Mesyuarat Agung Tahunan LEPAS di Perak.
14 Jun 2013 - Majlis pertunangan anak sahabat.


Okey. Tiba waktunya Muthiah perlu cari masa mengemaskini blog dan menyudahkan manuskrip dengan bersungguh-sungguh. Mulakan pada hari ini! Sekian, terima kasih.

Muthiah : Impian dan cita-cita satu perkara. Hubungan sesama manusia usah dilupa! (Peringatan buat diri sendiri).