Jom beli buku :)

Alhamdulillah...


Dapat memegang sendiri buku baharu Muthiah yang sudah pun berada di pasaran. Sahabat-sahabat hendak membuat pembelian terus dengan Muthiah pun... boleh. Usah segan silu e-mel Muthiah di xpdcsolehah99@gmail.com.


Dia Diktator Hatiku...

Siapa sangka, benci boleh bertukar menjadi cinta. Celupar dan mulut puaka bukan bererti tidak mengambil berat. Kalau sudah ditetapkan oleh-NYA, ikan di laut, asam di darat. Dalam periuk, bertemu juga.

ZAHIN - "Bahan dah cukup? Editing dah siap? Awak pun tahu kita semua sedang mengejar deadline. Tak boleh sambil lewa. Tak boleh main-main. Tak boleh mengelamun teringatkan pakwe!

Sumayyah membenci Zahin sepenuh hati. Lelaki itu suka benar mencari salahnya. Dia ingat, dia seorang saja yang stres mengejar deadline? Semua editor dan pereka grafik pun tertekan jugak!

Dalam diam, hati Zahin sebenarnya menyimpan rasa. Gelodak cinta yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata.

Mampukah Sumayyah membalas perasaan itu sedangkan dia begitu benci dengan Zahin yang sentiasa serius setiap jam, minit, saat dan hidup matinya hanya memikirkan kerja? Memang dasar DIKTATOR! Hanya deadline, deadline, deadline!



Eh, buku lama pun ada. Yuk dapatkan di toko buku berhampiran atau beli terus dengan Muthiah. 

Terima kasih daun keladi...
2 Responses
  1. Wah, seronoknya tengok buku-buku sendiri. Teringin juga rasanya nak dapatkan buku akak, tapi banyak perkara tak mengizinkan lagi. Insyaallah kelak akan dapatkan juga!

    Hehhe.

    Paling tak mengizinkan, kewangan la. :)


  2. Siti Muthiah Says:

    Terima kasih. Insya-ALLAH. Belajar sungguh-sungguh, nanti berjaya kelak, borong semua buku akak. Kih kih kih :)

    Selamat maju jaya.