Kisah aku (penulis)


Mendapat panggilan telefon daripada seorang rakan seperjuangan. Dia meluahkan sesuatu yang terpendam. Tidak tahu apa yang boleh diperkata... aku pun masih baru di lapangan ini dan banyak yang perlu dipelajari. Berkongsi cerita yang mampu. Cuba memotivasi. Moga diambil dari sisi yang positif.

........

Kalau ditanya, apa #rasanya menjadi seorang penulis? 

Bersyukur. Gembira. Bahagia. Puas hati.

Ditanya lagi, #mudahkah menjadi seorang penulis?

'Mudah' sahaja.

Mencari Naurah - Seminggu selepas manuskrip dihantar, mendapat panggilan telefon daripada editor. Manuskrip diterima untuk diterbitkan namun perlu ada pembaikan. Alhamdulillah. Permulaan yang baik.

Ayah, Amir nak masuk U! dan Ayah, Amir nak jadi doktor! - Alhamdulillah. Tidak banyak perubahan yang perlu dibuat dan buku juga habis di gudang. Ayah, Amir nak jadi doktor! turut dibeli oleh PNM serta diulang cetak.

Air Mata Siti Hajar - Bermula dari cerpen Kembali Bercinta, dipanjangkan menjadi novel. Kali pertama dihantar kepada editor, disarankan mengubah penutup. Huh! Banyak juga. Apabila ubah penutup, awalnya terimpak sama. Huhu... Oleh sebab buku-buku terdahulu tidak banyak pembaikan, terjentiklah juga. Namun aku percaya. Apa yang dimahukan adalah yang terbaik sahaja. Hasilnya... memang terbaik dan diri sendiri puas hati. 

Antologi Cerpen. Saya hidup positif! Anda bila lagi? - Alhamdulillah, Mendapat hadiah sagu hati penulisan cerpen anjuran GBK dan PROSTAR.

Antologi Orang Berdosa - Alhamdulillah. Karya diterima terbit dan tiada rombakan perlu dibuat.

Kawan Baru FB dan Powerpuff Girls Mama - Alhamdulillah. Buku kanak-kanak pertama bersama 4 rakan penulis. Powerpuff Girls Mama juga turut diulang cetak.

Dia Diktator Hatiku - Dipanjangkan dari cerpen Manusia Jam Bateri. Boleh juga dipanggil sebagai novel air mata. Tepu. Stres. Semua ada. Mula-mula, manuskrip dikembalikan editor. Banyak rombakan yang perlu dibuat. Tidak apa. Dari sini aku akan belajar. Kali kedua... rombakan lagi. Writer's block. Hampir putus asa. Manuskrip paling lama di tangan. Tidak apa. Usaha tangga kejayaan. Percaya. Penerbit dan editor hanya mahu yang terbaik buat penulis. Kali yang ketiga... ada perubahan kecil lagi. Tidak menoleh ke belakang. Hasilnya... tertanya-tanya. Ilmu apa yang editor pakai ni? Apa yang diminta memang memperbaik karya ini! Subhanallah. Amat berpuas hati. Rombakan yang dibuat bukan saja-saja atau untuk menjatuhkan diri. Ungkapan terima kasih yang tidak terucap di bibir. 

Karya pernah kena #reject?

Hmm... ada satu. Untuk novel remaja tetapi positiflah. Kalau frust, jangan lama-lama sangat. Pandang ke hadapan, terus melangkah mengejar cita-cita. Apa yang penulis nampak tidak sama dengan apa yang editor dan penerbit nampak. Sentiasa optimis. Pasti ada hikmahnya. 

Karya #pending?

Ada dua. Sambungan Ayah, Amir dan buku kanak-kanak. Buku kanak-kanak perlu diubah semula. Insya-ALLAH akan buat nanti. Ayah, Amir... menanti dengan sabar. Ada rezeki, masanya akan tiba jua.

#Cita-cita lain yang belum tercapai?

Mahu menghasilkan karya sastera tinggi. Mampukah aku? Insya-ALLAH, boleh. Nantikan. Jeng jeng jeng. 

Juga... mahu mengadaptasi karya sendiri. Biar lambat asal berkualiti. Belajar dahulu. Insya-ALLAH, masanya akan tiba andai dipanjangkan umur.

Kesimpulannya...

Frust. Writer's block. Sedih. Blablabla itu normal. Usah biarkan perkara negatif itu menguasai diri. Bersangka baik dengan orang lain. Pandang sesuatu secara optimis. Pasti ada hikmahnya. ALLAH tidak akan melakukan sesuatu dengan sia-sia.
0 Responses