Bekal buat suami


Bertanya isteri kepada suaminya, " Abang makan apa tengah hari tadi?"

Suami menghembus nafas perlahan, lalu menjawab, "Tak sempat nak pergi kafe. Jadi, tak makan..." suami terdiam sekejap.

"Tapi, paginya dah makan banyak."

Isteri hanya mengangguk....

Tidak lama kemudian, isteri bersuara lagi, "Esok Khamis nak puasa sunat tak?"

Agak lama suami mendiamkan diri.

"Tak kot..."

"Kalau macam tu, saya pun tak nak puasalah," beritahu isteri sungguh-sungguh.

Suami segera berpaling ke arah isterinya.

"Kenapa?" Dia menyoal pendek.

Isteri mengeluh kecil.

"Takut tak buat bekal, tak makan pula abang tengah hari nanti."

Suami tersenyum kecil.

"Betul. Lima tahun kahwin ni, abang tak pernah makan tengah hari kalau isteri tak sediakan bekal. Tengok. Kurus melidi dah abang ni."

Suami dan isteri pun sama-sama tertawa.
Labels: | edit post
0 Responses