Kisah Nabi Ibrahim dan Siti Hajar.
Friday, November 29, 2013
Ibrahim telah meninggalkan Siti Hajar bersama anak mereka, Ismail di satu lembah kontang tanpa tumbuh-tumbuhan di Mekah. Tiada tetangga, tiada makanan. Berkali-kali Siti Hajar bertanya, mengapa mereka ditinggalkan di situ namun tidak diendahkan Ibrahim. Akhirnya...
"Adakah ini perintah ALLAH?" soal Siti Hajar.
"Ya," jawab Ibrahim.
Maka, berkata Siti Hajar dengan yakin, "Sekiranya begitu, ALLAH pasti tidak akan mensia-siakan kita. Tentu ada pembelaan daripada-NYA."