Sup Sayur

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... Alhamdulillah. Saat ini, emosi berada dalam keadaan baik dan terkawal. Okey. Terus kepada catatan blog hari ini. Muthiah ingin berkongsi satu resipi sup sayur yang menjadi kegemaran Muthiah dan suami. Hari-hari wajib buat. Senang dan mudah! Jom cuba.

Sup Sayur


Bahan-bahan


  • 1/2 ulas bawang kuning - dihiris halus
  • 3-4 ulas bawang putih - dihiris halus
  • 1 inci halia - dihiris halus
  • Fish ball, fish cake (asas) - kalau mahukan variasi, boleh bubuh ketam, udang, sotong (yakni makanan laut).
  • Brokoli
  • Tomato
  • Kubis
  • Lada benggala
  • Lobak merah 
  • Suun
  • Tauhu Jepun
  • Tauhu kering.
  • Lada merah
  • Garam secukup rasa
  • 1 biji telur


Cara membuatnya


  1. Tumis bawang dan halia sampai naik bau.
  2. Masukkan fish ball, fish cake dan makanan laut.
  3. Masukkan air.
  4. Apabila air menggelegak, masukkan sayur-sayuran bersama dengan suun, tauhu Jepun dan tauhu kering.
  5. Tidak lama selepas itu, masukkan bawang secukup rasa.
  6. Kemudian, pecahkan telur dan tutup api.


Tambahan



Kicap dicampur dengan cuka dan cili api.



Mudah, bukan? Selamat mencuba.
Labels: | edit post
1 Response
  1. usryabdullah Says:

    menu ini pun sering 'diorder' bila keluar makan dengan family. Pertama sebab nak ajar anak makan sayur. kedua sebab saya memang hantu sayur dan ulam.